#40

24 2 0
                                    

"Kau memang tak guna Tengku Rafiq. Kau memang tak guna! Kau memang suka cari nahas dengan aku. Kau tu budak yang gilakan kuasa!" jerit Pengarah Adni sehingga membuatkan tubuh Pengarah Hafiz tersentak.

"Puan Pengarah kena bersabar dengan situasi ni. Puan tak boleh tunjuk yang Puan ini sebenarnya orang yang lemah. Kalau Tengku Farah tahu yang Puan mengamuk dalam bilik ini, pasti dia juga rasa tidak tenang. You should be patient, I will always help you," ujar Pengarah Hafiz untuk menenangkan Pengarah Adni.

Pengarah Adni menjerit semula lalu melemparkan seluruh fail dan alat tulis yang ada di atas meja pejabat itu. Kertas-kertas dalam semua fail tersebut bersepah di atas karpet berwarna perang di dalam bilik itu. Wanita itu juga turut menghempaskan papan kekunci komputer berjenama Apple di bilik tersebut.

"Puan Pengarah kena bawa bertenang dan bersabar. Habis berselerak bilik ini Puan kerjakan. Kalau Tengku Farah lihat bilik ini, pasti dia juga rasa sedih. Puan pasti tahu yang Tengku sangat sayang akan Puan. She doesn't want you to have this behavior. Stop doing this for the sake of Tengku Farah," jelas Pengarah Hafiz lagi.

Pengarah Hafiz membantu Pengarah Adni untuk berehat sebentar di bahagian sudut bilik tersebut. Mereka berdua menduduki sofa berwarna hitam di situ. Pada waktu ini, hanya Pengarah Hafiz saja yang boleh menenangkan hati wanita itu.

Pengarah Hafiz menyeluk poket seluar slack nya untuk mencapai telefon bimbit berjenama iPhone 11. Corak dilukis untuk menghidupkan telefon bimbitnya. Kemudian, dia mencari nombor telefon Setiausaha Pengarah Adni, iaitu Izni Syamim. Dia ingin meminta gadis itu berbuat sesuatu.

"Hello, Assalamualaikum, Izni. Sila datang ke bilik Pengarah Adni sekarang juga. Ada perkara yang sangat penting yang perlu awak lakukan untuk Puan Pengarah. Please come here as fast as you can. Saya beri awak masa hanya 10 minit sahaja untuk sampai ke bilik ini. I will fire you if you're late even for a second. Understood!" tengking Pengarah Hafiz di hujung panggilan lalu mematikan telefon bimbitnya.

**********

"Biadab betul lelaki ini. Tahulah rapat dengan Puan. Tapi tak payah la nak tengking-tengking aku. Dia ingat dia ni siapa? Perangai macam presiden syarikat saja. Saja la tu nak rapat-rapat dengan Puan, nak dapat pangkat tinggi. Dah lama aku perhati perangai lelaki tu," ujar Izni Syamim, setiausaha kepada Pengarah Adni.

"Siapa yang call kau tu? Nampak sangat kau marah dengan dia," tanya Izzatul Fadilah kepada Izni Syamim.

"Siapa lagi kalau bukan si Hafiz tu. Dia seorang saja yang call orang sambil menjerit dan menengking sampai orang dekat sebelah pun dengar. Ini mesti kes Pengarah Adni mengamuk lagi ni. Dia suka sangat mengamuk waktu sekarang ni. Tak tahu aku sebab apa dia macam tu," jelas Izni Syamim yang segera beredar daripada gerai makan itu.

"Eh, kau ni Izni. Kau nak pergi mana, terburu-buru sangat. Tak payah nak risau sangat. Bukannya perempuan tu nak mati pun. Lantak dia saja. Tunggulah aku kalau nak cepat pun, tunggulah aku. Aku mana ada kereta sendiri. Aku kan menumpang kau saja," tutur Izzatul seraya mengekori Izni daripada arah belakang.

"Ish, minah ni. Suka sangat membebel. Tak pernah diam mulutnya. Tak kira jauh mana dia ada. Pok pek pok pek. Dah cepat la sikit. Tinggal kau nanti, baru kau tau. Berjalan lah kau ke office tu nanti," omel Izni Syamim sendirian.

**********

Pintu diketuk berkali-kali menandakan Setiausaha Pengarah Adni telah berada di depan bilik tersebut. Izni Syamim menolak pintu bilik itu dengan segera. Alangkah terkejutnya dia tatkala melihat bilik itu berserakan dengan kertas-kertas yang bersepah.

"Dah tau kan, you nak buat apa sekarang? Tak apa, biar I terangkan semula. Takut-takut you tak ingat. Tolong kemas semua benda yang berselerak dalam bilik ni. I tak nak nampak apa pun yang tak kemas bila I datang balik ke bilik ni dengan Pengarah Adni," tutur Pengarah Hafiz sambil menyilangkan kakinya di sofa.

Pengarah Hafiz beredar daripada bilik tersebut bersama-sama Pengarah Adni. Mereka akan berbincang mengenai Tengku Farah di sebuah kafetaria eksklusif yang berdekatan dengan syarikat itu.

" Kan aku dah cakap tadi. Mesti sebab Pengarah Adni ni mengamuk. Habis berselerak bilik ni dibuatnya. Ni lah masalah utama orang kaya. Bagi la aku benda-benda mahal ni kalau tak nak. Dibiarnya komputer ni hancur, keyboard pun dihentaknya. Macam-macam la Pengarah Adni ni," desis suara kecil Izni Syamim.

"Yang Hafiz tu pula. Kejap panggil aku awak, kejap panggil kamu, you la, macam-macam panggilan aku dapat dari dia. Dia tu ada mental disorder ke apa?" soal Izni Syamim sendirian sambil ketawa kecil.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now