#95

23 2 0
                                    

Pengarah Alif mendaftarkan dirinya sebagai pengguna aplikasi Youtube. Video perbualan antara Pengarah Hafiz dengan Pengarah Adni sengaja dimasukkan ke dalam aplikasi tersebut. Video tersebut merupakan perbualan mengenai tindakan Pengarah Hafiz yang sengaja menukarkan undian penonton untuk Rania Qaisara supaya menjadi lebih rendah dalam Rancangan Classic Songs, siaran TVMas.

Tempoh masa sebanyak 5 minit diambil bagi memasukkan video tersebut ke dalam aplikasi Youtube. Pengarah Alif mendengus nafas lembut kerana akhirnya dia mendapatkan semangat untuk membongkarkan perbuatan licik Pengarah Adni dan Pengarah Alif hanya untuk kepentingan Tengku Farah.

"Tu lah. Lain kali jangan buat Rania macam tu. Tak kisah lah macam mana pun, jangan buat dekat Rania atau pun penyanyi lain. So, now aku dah upload video tu dekat Youtube. How could a legendary singer like her be this unprofessional," tutur Pengarah Hafiz.

"Tapi, aku rasa Tengku Farah mesti tak sedar yang Pengarah Adni sanggup buat macam tu untuk dia. Whatever lah, yang penting akhirnya aku dah bongkarkan apa perangai sebenar Pengarah Adni," tambah pemuda itu lagi.

"Berani buat, berani tanggung. Kalau takut nak tanggung risiko, lain kali tak payah lah buat benda jahat," omel Pengarah Alif bersendirian.

Pintu pejabat persendirian milik Pengarah Alif kelihatan diketuk beberapa kali oleh seserang. Rakan sepejabat jejaka tersebut, iaitu Megat segera menolak pintu pejabat berkenaan. Pemuda bertubuh ramping itu menegur dirinya secara tiba-tiba. Megat lantas bertanyakan sesuatu kepada rakannya.

"Bro, apa hal kau membebel seorang-seorang. Bunyinya macam orang tengah tak puas hati saja," sapa Megat pada Pengarah Alif.

"Kau buka Youtube sekarang. Ada satu video pasal Tengku Farah, anak Tengku Adni," ujar Pengarah Alif pada rakannya.

"Pasal Tengku Farah? Aku punya crush tu. Kenapa dengan dia? Dia pakai bikini dekat Hawai ke? Ni yang buat aku terangsang ni. Apa nama video tu? Sekarang juga aku tengok," soal Megat pada Pengarah Alif.

"Apa benda lah kau merepek ni Megat? Cuba jangan jadi gatal sangat. Ubah sikit perangai kau. Nanti mati masa kau tengah tengok porn, sia-sia saja. Kau nak ke jadi macam tu? Hish kau ni. Search lah, 'Tengku Adni Licik'," bicara Pengarah Alif seraya menggelengkan kepalanya secara berulang kali.

"Sorry, sorry. Aku main-main saja lah, Alif. Jangan lah ambil serius sangat . Nak bergurau dengan kau pun tak boleh. Okay, aku search video tu sekarang juga," jelas Megat pada Pengarah Alif.

Megat mengeluarkan telefon pintar miliknya yang berjenama Samsung Galaxy M21 daripada poket seluar slack berwarna hitam. Aplikasi Youtube ditekan oleh dirinya untuk menonton video yang diperkatakan oleh Pengarah Alif.

Nama video ditaip pada papan kekunci untuk mencari video 'Pengarah Adni Licik' sebaik sahaja aplikasi Youtube terpapar pada skrin telefon pintar milik jejaka itu. Pelbagai video mengenai Pengarah Adni terpapar pada skrin telefon berkenaan. Video yang dimaksudkan oleh Pengarah Alif ditekan.

Megat yang merupakan sahabat paling rapat dengan Pengarah Alif menonton video perbualan antara Pengarah Adni dengan Pengarah Hafiz yang berdurasi 4 minit. Video tersebut ditonton dengan teliti oleh jejaka itu.

Megat yang merupakan seorang pemuda tinggi lampai persis model itu tergamam setelah meneliti video perbuatan licik Pengarah Adni. Jejaka itu lantas menyatakan sesuatu pada rakan sepejabatnya, iaitu Pengarah Alif.

"Maksudnya, masa first round Rancangan Classic Songs hari tu, Rania Qaisara yang menang? Bukannya Tengku Farah? How could Tengku Adni do that?" jelas Megat yang seolah-olah tidak percaya dengan tindakan Tengku Adni.

Pengarah Alif menganggukkan kepalanya ke arah atas dan bawah secara berulang kali menunjukkan bahawa dirinya bersetuju dengan pendapat rakannya. Megat menghenyakkan pinggulnya pada kerusi yang terletak berhampiran dengan meja pejabat.

"Astaghfitrullahalazim. Kenapa lah Pengarah Adni sanggup buat macam tu untukTengku Farah? Kenapa dia sanggup buat macam tu? Aku betul-betul tak percaya perangai Tengku Adni macam ni," tutur Megat pada Pengarah Alif.

"Patut lah semua rancangan yang pernah Tengku Farah masuk, dia tetap menang walaupun suara dia kurang sedap daripada penyanyi-penyanyi lain. Bila wartawan hiburan tanya juri apa-apa rancangan, dia orang kata, Tengku Farah ada penghayatan yang tinggi dalam nyanyiannya. Sebab itu dia boleh menang. Most probably, mesti semua juri rancangan dah kena rasuah dengan Tengku Adni," ujar Megat dengan nada yang tidak berpuas hati.

"Tak baik cakap macam tu, Megat. Tu dikira menfitnah. Tapi, ada kebenaran juga apa yang kau cakapkan tu. Kau tengok lah, sikit lagi Tengku Farah dengan Tengku Adni mesti jadi trending dekat Twitter. Masa tu, mesti Tengku Farah kena buang daripada syarikat dia, tak ada orang panggil dia untuk buat performances dekat mana-mana, atau pun apa-apa sekali pun," bicara Pengarah Alif pada rakannya.

"Eh, kau ni Alif. Aku rasa kau lagi over daripada aku mengumpat dua beranak tu," jelas Megat seraya ketawa kecil.

"Betul lah apa yang aku kata tu. Kau tengok lah apa yang akan jadi dekat Tengku Farah nanti. Mesti jadi macam-macam dekat dia. Tengku Farah ni dah lah cantik and pandai menyanyi. Satu Malaysia confirm tak sangka yang mak dia sanggup buat macam tu for the sake of her," tutur Pengarah Alif pada Megat.

"Aku tak nafikan apa yang kau cakapkan tu. Kita tengok lah apa yang jadi dekat dia orang nanti," ujar Megat pada rakannya.

"Tapi kan, Alif. Kau tak hairan ke siapa yang sanggup bongkarkan apa yang Tengku Adni buat. Macam mana ada orang boleh rakam conversation Tengku Adni dengan Pengarah Alif? Aku pelik lah. Aku rasa orang tu mesti rasa geram sangat dengan Tengku Adni. Sebab tu lah, dia sanggup upload video tu dekat Youtube. What do you think, Alif?" soal Megat yang berasa kehairanan.

Dahi milik Pengarah Alif mula berkerut seribu tatkala mendengan pedapat daripada Megat. Peluh jantan juga mula merenik dan membasahi dahi milik jejaka berkenaan. Pemuda itu segera menjawab pertanyaan rakannya dengan tergagap-gagap.

"Apa aku nak jawab dekat Megat ni? Tak kan lah aku nak mengaku yang sebenarnya memang aku yang upload dekat Youtube. Tak boleh jadi ni. Aku cakap lah apa yang patut," Pengarah Alif bermonolog dalam hatinya.

"Entah lah, Megat. Aku tak rasa hairan pun pasal video tu. Biasa lah, tak kan lah nak biar saja Tengku Adni tindas orang lain," bicara Pengarah Alif dengan tergagap.

"Apa hal kau cakap pun macam tergagap-gagap ni? Kau jangan cakap yang kau sebenarnya upload video tu dekat Youtube. Kau jangan cakap macam tu, Alif," jelas Megat sambil menudingkan jarinya pada Pengarah Alif.

"Kau gila ke apa Megat? Tak kan lah aku yang rakam video perbualan tu. Merepek saja lah kau ni," tutur Pengarah Alif yang menafikan anggapan rakannya.

"Aku main-main saja lah. Tak kisah lah siapa yang upload tu dekat Youtube. Asalkan sekarang ni, perangai sebenar Tengku Adni, satu Malaysia akan tahu. Alif, jom lah pergi lunch dekat kedai mamak, tempat selalu kita makan tu. Perut aku dah berbunyi dah nak makan," ujar Megat seraya beredar daripada pejabat milik Pengarah Alif.

"Nasib lah Megat tak tanya lebih-lebih dekat aku. Kalu tak, tak pasal-pasal aku pula yang dapat masalah nanti," desis suara kecil Pengarah Alif.

"Apa yang kau termenung tu Alif? Dari tadi, pelik saja aku nampak kau. Cepat lah keluar bilik tu. Nanti lambat sampai ofifice, big boss marah pula," bicara Megat yang berada di depan pintu masuk pejabat milik Pengarah Alif.

Pengarah Alif ketawa kecil setelah mendengar celoteh Megat terhadap dirinya. Jejaka itu lantas bergerak keluar daripada pejabat persendiriannya.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now