#11

61 3 0
                                    

"Mama! Rayyan dah balik!" jerit Tengku Rayyan apabila dia muncul di depan pintu banglo tiga tingkat itu. Tersentak ibunya yang sedang membuat kek kegemaran jejaka tersebut di ruangan dapur rumah banglo tersergam indah tersebut.

Tengku Sofea Amira yang sedang membuat hiasan pada kek itu terus bergegas ke arah pintu depan rumah banglo itu. Terkejut wanita berkenaan setelah melihat penampilan anaknya yang sangat berlainan berbanding dahulu.

"Welcome home, my son. Makin handsome anak Mama ni. Kurusnya anak mama ni. Jaga badan ya?" ujar Tengku Sofea seraya sambil mengusap-usap rambut anak lelakinya itu.

Gembira sungguh wanita itu tatkala melihat anak lelakinya sudah berada di depan matanya. Tengku Sofea lantas menyatakan sesuatu kepada Tengku Rayyan dan Tengku Shah.

"Sayang, Rayyan duduk dulu ya. Mama nak sediakan kek yang mama buat kat dapur tadi. Tunggu sekejap ya," tutur Tengku Sofea lalu menuju ke arah dapur untuk menyediakan Chocolate Cheese Moist Cake.

Tengku Sofea sememangnya gemar untuk membuat kek menggunakan resipinya yang tersendiri. Piring dan kek diambil lalu diletakkan ke atas meja makan di ruang tamu. Wanita berkenaan juga menyediakan air Hot Chocolate yang merupakan minuman kegemaran anak lelakinya, iaitu Tengku Rayyan.

"Okay, jom makan kek yang mama baru buat ni. Makan banyak-banyak. I'm sure it is delicious," ujar Tengku Sofea kepada Tengku Rayyan dan Tengku Shah supaya mereka berdua menikmati hidangan minum petang itu.

Tengku Sofea lantas memotong kek berkenaan lalu diletakkan di atas piring dan diserahkan kepada Tengku Rayyan dan Tengku Shah. Air coklat panas juga dituangkan ke dalam tiga gelas kaca lutsinar. Aroma minuman panas yang mengasyikkan itu telah menambah kelazatan kek itu.

"Sedapnya kek ni. Mama buat macam mana? Nanti mama buatlah kek-kek lain yang lebih sedap than this chocolate cake," jelas Tengku Rayyan yang memuji kek buatan ibunya itu.

"Amboi Rayyan. Manisnya mulut memuji Mama macam-macam. Puji Mama melambung-lambung pula tu. Do you have anything that you want from me?" balas Ku Sofea dengan nada yang sinis.

Tengku Sofea amat mengenali perangai jejaka tampan berkenaan yang bermulut manis. Kelihatan wajahnya menjadi kemerah-merahan akibat malu dengan sindiran yang ditujukan kepadanya. Wajahnya yang putih membuatkan warna merah pada wajahnya kelihatan ketara. Kepalanya pula ditundukkan ke bawah.

"Mama, Rayyan nak masuk bilik dulu. I'm tired and I need a good rest. Goodbye ma, goodbye pa," Tengku Rayyan melangkah pergi dari meja makan dan menuju ke bilik tidurnya.

Tengku Zulkarnain Shah dan Tengku Sofea Amira hanya tersenyum melihat telatah anak lelakinya itu. Mereka sememangnya memahami perangai kedua-dua anak mereka. Menggeleng sahaja kepala mereka berdua melihat gelagat Tengku Rayyan.

**********

Tengku Rayyan menghentikan enjin keretanya berjenama Mercedes Benz E300 AMG Line. Fail surat perjanjian antara dirinya dan bapanya dicapai lalu bergegas masuk ke perkarangan syarikat rakaman milik ayahnya, iaitu Syarikat Fantasy Entertainment. Langkahnya mula dipercepatkan lalu menolak pintu masuk ke syarikat itu. Akhirnya, dia tiba ke bilik persendirian Tengku Shah.

Kelihatan bapanya sedang tekun menelaah buku berasaskan keagamaan. Tengku Shah sememangnya gemar membaca pelbagai jenis buku, majalah atau bahan ilmiah yang bermanfaat. Ketekunannya menelaah pelbagai jenis buku membuatkan dirinya tidak sedar akan kehadiran anaknya yang telah muncul di hadapannya.

Oleh sebab itu, dia mempunyai minda yang sangat cerdas. Buah fikirannya juga berkualiti sehingga dia dapat menghasilkan sebuah syarikat rakaman tersohor di tanah air. Ilmunya juga telah diturunkan kepada Tengku Rayyan. Jejaka itu amat mudah memahami segala tunjuk ajar yang diberikan oleh sesiapa untuk dirinya.

"Assalamualaikum, Papa," sapa jejaka tampan itu.

"Waalaikumussalam. Kenapa tiba-tiba nak jumpa Papa? Bukankah Papa dah bagi tugas kepada kamu supaya kamu cari Rania?" tanya Tengku Shah dengan nada yang agak tinggi seolah-olah menengking anak lelakinya itu.

"Papa, Rania is yet to be found. Bila Rayyan pergi ke rumah dia, pintu pagar rumahnya berkunci. She wasn't at her house, perhaps. Rayyan tanya jiran dia, tapi dia orang pun tak tahu mana keluarga Rania sekarang. Dia orang kata lagi, dah tiga hari keluarga Rania tak ada dekat rumah," balas Tengku Rayyan memberikan penjelasan dengan lengkap supaya Tengku Shah tidak memarahi dirinya.

Tengku Shah yang sedang mendengar penjelasan Tengku Rayyan terus mencapai telefon bimbitnya lalu menghubungi seseorang. Nombor diketik dan telefon bimbit mula diletakkan berhampiran telinga Tengku Shah.

"Hello, Kar. I have a mission for you to be completed. Kau ingatkan muka gadis bernama Rania yang pernah aku ceritakan pada kau? Kau tolong carikan dia sekitar Ipoh. Kalau jumpa dia, terus beritahu aku dengan cepah. Upah nanti akan aku bagi dekat kau lepas kau dapat jumpa dia," arah Tengku Shah kepada perisik yang bernama Karim yang sudah lama berkhidmat dan bertugas dengannya.

"Okay, Tengku. Saya akan pastikan saya dapat jumpa Rania secepat mungkin," jawab perisik itu.

Karim merupakan seorang perisik yang mempunyai komitmen tinggi dalam melaksanakan pekerjaannya. Dia sentiasa mematuhi arahan yang diberikan oleh Tengku Shah. Setiap tugasan akan dilaksanakan olehnya dengan lancar. Lagi pun, dia sudah bekerja selama 13 tahun sebagai perisik persendirian.

Sejurus Tengku Shah memberikan tugasan kepada perisiknya, dia terus mematikan panggilan. Telefon bimbit diletakkan ke atas meja berkaca lalu terus mendekati Tengku Rayyan. Dia menghulurkan beberapa helai kertas kepada anak lelakinya itu.

"Rayyan, seingat Papa lah. Papa belum lagi serahkan biodata lengkap Rania pada Rayyan. Hari tu, Papa cuma bagi alamat Rania saja. Rayyan baca lah biodata Rania elok-elok. Macam-macam perkara pasal Rania ada dalam kertas tu. Read this," Tengku Shah menyerahkan beberapa helai kertas berkepil kepada anaknya.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now