#4

97 4 2
                                    

Zaharul Akashah memasuki bilik dan mengunci pintu biliknya itu. Berkerut seribu dahinya dan muram wajahnya setelah terkenangkan Diana Rose.

Sesungguhnya, Zaharul Akashah masih tidak memberi ruang kepada hatinya untuk menerima sesiapa lagi kecuali gadis bernama Diana Rose. Di atas meja bacaannya, tersusun rapi pelbagai gambar-gambar mesra mereka.

Oleh kerana tidak mampu untuk mencintai gadis selain bekas isterinya, Zaharul Akashah tidak pernah membuang memori bersama-sama dengan bekas isterinya. Terlampau banyak kenangan yang dilalui oleh duda tersebut dengan bekas isterinya itu.

Zaharul Akashah kembali mengenangkan peristiwa yang berlaku pada dirinya dan bekas isterinya, Diana Rose pada dua tahun yang lalu. Gadis itu meminta dirinya untuk menceraikannya atas sebab yang tidak munasabah. Pada waktu itu, mereka baru sahaja selesai menunaikan solat fardhu Subuh.

"Shah, I nak cakap dengan you satu hal ini. I nak you lafazkan cerai ke atas I. There are no feelings of me towards you." serius nada suara Rose pada waktu itu.

Diana Rose diibaratkan seperti gadis yang hilang kewarasan akal sehingga sanggup meminta dirinya sendiri untuk diceraikan oleh Zaharul Akashah. Jejaka itu terkejut lalu menyatkan sesuatu kepada isterinya.

"What! Are you crazy sehinggakan you nak minta I ceraikan you,? Perkataan cerai ni tak boleh dipermainkan. You ingat lafaz cerai tu perkara yang mudah untuk I lafazkan? Sayang, tolong fikir masak-masak sebelum you buat keputusan untuk tinggalkan," tutur Zaharul Akashah sambil meninggikan suaranya secara tiba-tiba.

Zaharul Akashah tidak tahu apa yang pernah dilakukan olehnya sehingga isterinya meminta dirinya untuk diceraikan. Dia terkejut kerana tiba-tiba perkataan itu keluar dari bibir isterinya itu. Tiada lagi lafaz 'sayang' daripada isterinya untuk dirinya kini.

"No. I tak gila. I'm still sane. I memang nak you ceraikan I. Susah sangat ke you nak lafaz cerai dekat I. Ataupun you nak, I sendiri yang failkan penceraian kita dekat Pejabat Agama Islam?" ujar Diana Rose dengan nada sinis.

"I dah fikir masak-masak yang I memang tak ada jodoh dengan you. Mungkin I milik orang lain and you milik orang lain juga. I don't love you anymore, Shah. Jodoh kita memang tak boleh diteruskan lagi dan jodoh kita berhenti sampai di sini sahaja," tutur Diana Rose dengan merendahkan suaranya.

"Sebelum you nak ceraikan I, I ada satu permintaan. I just nak you halalkan makan dan minum I yang pernah you tanggung selama ini. Maafkan dosa I selama ni sebab I dah menduakan you," kata Rose sambil insaf akan dosa-dosanya.

"To be honest, I can't really forgive for everything that you've done. Sakit hati I bila you berasmara dengan jantan lain dalam rumah ni. Lagipun, I dah tak sanggup tengok you menduakan I lagi. I percaya jantan yang pernah you berasmara tu ialah jodoh yang sesuai untuk you. You pergilah bersama dia sebab I dah bersedia untuk lepaskan you," ujar Zaharul Akashah dengan nada sinis.

Zaharul Akashah tidak sanggup apabila dirinya melihat adegan terlampau yang dilakukan oleh Diana Rose pada suatu malam. Setelah melihat situasi berkenaan, pemuda tersebut segera meninggalkan rumahnya.

"Rose, you can choose whether you want to leave this house or not. I akan call you bila I dah tetapkan tarikh untuk kita ke Pejabat Agama Islam Ipoh. Goodbye, Diana Rose. In Shaa Allah, we will meet again," bicara Zaharul Akashah dengan tenang terhadap Diana Rose.

Zaharul Akashah bertutur tanpa rasa marah seperti permulaannya tadi. Mereka baru sahaja mendirikan rumahtangga selama lapan bulan. Disebabkan komitmen tinggi terhadap kerjayanya sebagai seorang doktor, mereka masih tidak memperoleh cahaya mata lagi.

Setiap lelaki di atas muka bumi ini pasti berasa sangat sedih dan kecewa apabila melihat isteri mereka sedang menduakan mereka dan berasmara dengan lelaki lain. Namun begitu, Zaharul Akashah tetap menunggu kata-kata Diana Rose untuk menceraikannya. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya hati seseorang hambanya apabila mereka diperlakukan dengan sedemikian oleh teman hidup mereka sendiri.


Zaharul Akashah kembali kepada fikiran asalnya. Jejaka itu tidak lagi memikirkan tentang Diana Rose semula. Walaupun dia pernah menduakannya, perasaan cinta yang terbina dalam sanubarinya itu tidak akan luntur walaupun sedikit. Dia tetap menyimpan perasaan cintanya buat bekas isterinya itu walaupun perit yang dirasakan oleh lelaki itu.

Zaharul Akashah tidak mampu mengelak untuk mengingati bekas isterinya. Peristiwa itu pula berlaku dua minggu sebelum pemuda tersebut melafazkan cerai talak terhadap Diana Rose. Hari itu merupakan hari lahir bagi bekas isterinya. Segala persiapan telah dilakukan oleh Zaharul Akashah di Hotel Hill City yang terletak berhampiran kota Tambun. Sambutan hari lahir itu telah diadakan secara tertutup

Segala persiapan telah dibuat dengan sempurna. Zaharul Akashah hanya perlu menjemput isterinya untuk melancarkan sambutan hari lahir berkenaan di hotel tersebut. Alangkah gembiranya hatinya sewaktu hendak menjemput isteri kesayangannya itu. Semangatnya mula berkobar-kobar untuk menjemput Diana Rose.

Setelah sampai sahaja di rumah bangle mewahnya, Zaharul Akashah berasa hairan kerana melihat kereta mewah jenama Jaguar di luar rumahnya. Pemuda itu lantas memasuki rumahnya memandangkan pintu pagar dan pintu rumahnya tidak berkunci. Dia mula berasa tidak sedap hati lalu menuju ke bilik tidur dia dan Diana Rose.

Zaharul Akashah mula curiga apabila terdengar bunyi Diana Rose yang sedang merengek manja. Daripada celahan daun pintu yang telah terkuak sedikit, dia mendapati bahawa isterinya sedang bersetubuh dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.

Oleh sebab dia tidak mampu melihat adegan itu, dia terus berlari menuruni anak tangga. Hanya Allah sahaja tempat dia mengadu pada waktu itu.

"Ya Allah, how could she do this to me?" Berulang-ulang Doktor Zaharul mengulangi ayat tersebut kerana tidak mampu menahan ujian buat dirinya.

"Hello Sam. Please cancel the dinner. Please donate the foods to the nearest charity centre in Ipoh." Zaharul Akashah menghubungi pengurus makan malam yang menerajui sambutan untuk hari lahir isterinya.

Zaharul Akashah mematikan kenangan itu sebentar. Jejaka berkenaan terus terbaring di atas katil empuknya kerana terlalu sedih. Fikiran dia menjadi tidak tentu arah sekiranya terkenang bekas isterinya. Bacaan, LaIlaHailAllah dibacanya berulang kali. Akhirnya, dia tidur bersama-sama air mata yang mula bergenang di pipinya.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now