#38

22 2 0
                                    

Tengku Rayyan segera melayari aplikasi Youtube untuk mengenal pasti dan melihat video apa yang telah popular dalam aplikasi itu. Ternyata ada satu video yang berjudul, Bila Larut Malam (Ujibakat Fantasy Entertainment). Pemuda itu berasa terkejut tatkala melihat jumlah tontonan video tersebut melebihi 2 juta.

"Siapa yang mesej you tu? I rasa itu mungkin mesej daripada ayah you, betul tak?" soal Khodijah yang tertanya-tanya.

Tengku Rayyan mengangguk-angguk kan kepalanya ke atas dan ke bawah. Jejaka tersebut tertanya-tanya apakah hubungan antara video popular tersebut dengan bapanya. Setelah berfikir sejenak, jejaka itu mula mengetik video tersebut. Bunyi video diperkuatkan untuk mendengar suara penyanyi dalam video itu.

"Aku rasa suara perempuan ni macam pernah dengar. Her voice and dress looks really familiar. Dia tunduk pula masa menyanyi, macam Rania saja masa hari ujibakat tu. Who is this talented lady?" desis suara kecil Tengku Rayyan yang tertanya-tanya.

"Itu aku Rayyan. Itu merupakan video semasa aku menyanyi dekat ujibakat Fantasy Entertainment. Masa aku menyanyi lagu Bila Larut Malam. Juga masa aku kena marah teruk dengan kau disebabkan benda yang kecil saja. Tak kan kau dah lupa baju aku yang berkelip-kelip, that old-fashioned dress," sinis sahaja kata-kata Rania Qaisara yang sedang menuruni tangga untuk menuju ke tempat jejaka berhidung mancung itu berada.

Kelihatan Rania Qaisara sedang mengangkat sebuah bagasi yang terisi penuh dengan pakaian-pakaian miliknya. Di tangannya pula dipegang beg tangan berjenama Gucci yang berwarna hitam. Tengku Rayyan tertanya-tanya ke mana gadis itu akan pergi dengan membawa bagasi yang besar tersebut.

"Mak Jah, selamat tinggal. Mak Jah jaga diri Mak Jah elok-elok. Jangan lupa jaga Mama elok-elok. Nia sayang sangat-sangat dekat Mak Jah dengan Mama. Dua orang ini saja lah tempat Nia mengadu nasib dan tempat mengadu semua masalah Nia," tutur Rania Qaisara sambil memeluk tubuh Mak Jah dengan erat.

"Kejap, kau nak pergi mana Rania? Janganlah tinggalkan aku seorang-seorang. Macam mana aku nak jadi presiden syarikat nanti kalau kau tak kembali balik dekat Fantasy Entertainment. Tolong, Nia. Maafkan aku. Aku tak akan tengking kau lagi," ujar Tengku Rayyan sambil membuat riak risau pada wajahnya.

"Aku nak ikut kau balik KL lah, Tengku Rayyan. Malas aku nak gaduh dengan kau lagi. Okay, sekarang jom kita gerak sekarang. Yang kau buat muka sedih semacam ni kenapa? Benci betul lah. Cepatlah berdiri sebelum aku ubah fikiran aku. Or else, you will regret," bicara Rania Qaisara dengan menggunakan nada sinis.

Rania Qaisara bergerak keluar daripada rumah banglo tersebut dengan hanya membawa beg tangannya sahaja. Gadis tersebut sengaja membiarkan bagasi berwarna perang itu terpacak di depan pintu rumah. Hal ini kerana, dia mahu mempermainkan dan menjadikan Tengku Rayyan sebagai pembantu peribadi buat sementara waktu.

"Terima kasih Mak Jah. Mujurlah Mak Jah rapat dengan Rania dan boleh pujuk dia. Kalau Mak Jah tak ada, tentu Rayyan akan bermasalah sekarang. Mak Jah, Rayyan akan ingat patuh syarat Mak Jah dan ingat semua pesanan Mak Jah. Rayyan pergi dulu ya. Assalamualaikum," Tengku Rayyan melemparkan senyuman kepada Mak Jah.

Belum sempat Mak Jah menjawab salam Tengku Rayyan, jejaka itu terus bergegas keluar daripada rumah banglo itu. Dia juga mengangkat bagasi milik Rania keluar bersama-samanya. Kemudian, dia memasukkan bagasi ke dalam kereta Mercedes-Benz nya.

Tengku Rayyan memerhati semua sudut yang jauh pada pandangannya dengan menggunakan kedua-dua belah matanya yang tidak rabun itu. Dia mahu mencari Khadijah yang menghilang secara tiba-tiba daripada rumah itu.

Tengku Rayyan menduduki bahagian pemandu lalu menghidupkan enjin kereta Mercedes-Benz E300 AMG Line miliknya. Jejaka tampan tersebut terus berlalu pergi daripada rumah banglo itu tanpa menunggu apa-apa lagi.

Ketika keluar daripada persimpangan untuk menuju keluar daripada taman perumahan tersebut, dia masih mencari-cari di mana Khadijah berada. Tiba-tiba, Tengku Rayyan ternampak susuk tubuh gadis bertudung itu pada cermin sisi kereta Mercedes-Benz miliknya. Jejaka itu terus memberhentikan keretanya untuk bertemu dengan wanita tersebut.

"Rania, you tunggu sekejap dalam kereta ini. I nak jumpa kawan I dekat bus stop tu," tutur Tengku Rayyan seraya keluar daripada perut kereta itu.

Tengku Rayyan berjalan kaki lalu menuju ke arah perhentian bas tempat Khadijah sedang berada keseorangan. Dia terus menduduki satu bangku besi yang telah disediakan di perhentian bas itu bersama-sama gadis itu.

"You nak pergi mana Khadijah? You nak I hantar you ke tempat yang you nak?" soal Tengku Rayyan sambil merenung wajah gadis itu.

"Tak apa lah. I boleh naik bas dengan sendiri. You tak payah la nak risau dengan I. I boleh jaga diri I elok-elok. I tak mahu lah nak menyusahkan you.lagipun, I memang tak suka nak menyusahkan orang," ujar Khadijah sambil merenung kakinya yang berluka itu.

"Ya Allah! You ni dah kenapa. Kasut atau selipar you pergi mana? Tak kan selipar you pun boleh hilang? You ni pelik sangat la. Nah, duit ni! Pergi beli selipar yang baru," jelas Tengku Rayyan yang kasihan dengan keadaan gadis bertudung tersebut lalu menghulurkan wang tunai not RM 50 kepadanya.

"Terima kasih sebab bagi duit ni. Pemurah betul you ni," tutur Khadijah sambil melemparkan senyuman kepada Tengku Rayyan.

"Khodijah, I nak cepat sampai ke Kuala Lumpur ni. So, I kena bergerak sekarang juga. Maafkan I sebab tak boleh nak tolong you banyak. Ni kad pejabat I. Kalau ada masalah, call saja I," ujar Tengku Rayyan lalu menghulurkan kad pejabatnya.

Tengku Rayyan terus berlari menuju ke arah kereta berjenama miliknya. Dia terus membuka pintu kereta itu lalu memasuki perut keretanya.

"You cakap dengan siapa? I tak nampak sesiapa pun yang ada kat bus stop tu. Kosong saja, yang ada you duduk seorang dan you cakap sorang-sorang. you ni saja nak main-mainkan I ke apa?" tanya Rania Qaisara yang tertanya-tanya kerana dia langsung tidak melihat sebarang susuk tubuh manusia yang berada di perhentian bas itu kecuali pemuda itu.

"Ada la, Nia. Maybe, you tak perasan kehadiran dia dekat bus stop itu," jelas Tengku Rayyan sambil bergerak menggunakan keretanya untuk menuju ke Kuala Lumpur.

Rania Qaisara mengerutkan dahinya tatkala dirinya tidak menyedari kehadiran gadis misteri berkenaan. Gadis itu lantas melupakan peristiwa itu untuk seketika.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now