#9

61 3 0
                                    


Rania Qaisara bangkit dari pengsannya selepastidak menyedarkan diri selama tiga hari berturut-turut. Kedua-dua belah kelopak matanya dibuka sedikit demi sedikit. Matanya kabur apabila melihat keadaan persekitaran di tempat pembaringannya. Jelas kelihatan suasana di dalam sebuah bilik rawatan hospital.

Rania Qaisara memandang ke arah kiri dan ke kanan. Tiada seorang jururawat atau doktor pun yang berada di situ melainkan dirinya yang sedang terlantar sakit. Tangannya mula digerak-gerakkan dan dia mula menggengam kedua-dua belah tangannya sedikit demi sedikit.

Rania Qaisara cuba untuk duduk di atas katil daripada posisi baringnya tadi. Gadis berkenaan lantas memperbetul keadaan badannya di atas katil itu.

"Aduh, sakit"," omel Rania Qaisara kerana kepalanya tiba-tiba terasa berpusing apabila dirinya cuba untuk duduk dia atas katil tersebut. Kepalanya terasa seperti dicucuk-cucuk dengan objek tajam yang membuatkan rasa sakit hadir secara tiba-tiba. Dia mengusap-ngusap kepalanya yang telah terbalut dengan bandage.

"Macam mana aku boleh ada dalam hospital ni? What has happened to me?" tutur Rania Qaisara dengan perlahan sambil duduk di atas katil tersebut.

Rania Qaisara masih memegang kepalanya yang sedang sakit. Gadis itu sememangnya tidak mengingati apa-apa dan punca dirinya berada di hospital itu. Dia cuba untuk mengingati sebab dia dirawat di hospital tetapi dia masih tidak mengingatinya.

"Doctor! Nurse! It hurts!" jerit Rania Qaisara sekuat hati sehingga jeritannya mula kedengaran ke kawasan luar daripada bilik rawatannya.

Kepalanya menjadi sakit semula ibarat jarum-jarum kecil mencucuk tempurung kepalanya. Kedua-dua belah tangannya mencengkam katil yang didudukinya itu.

Disebabkan kesakitannya pada kepala itu, dia jatuh terduduk di atas lantai berjubin itu. Ungkapan sakit keluar semula daripada bibirnya yang merah itu. Dia hanya dapat meraung kesakitan untuk mendapatkan bantuan.

Pesakit-pesakit dan kakitangan hospital tersentak apabila mendengar bunyi orang menjerit dengan kuat dan datang dari bilik rawatan Rania Qaisara. Doktor Zaharul yang berada di bahagian luar bilik rawatan gadis itu terus bergegas ke arah bilik itu lalu memasukinya. Matron Haliza juga yang berada di dalam bilik rawatan Dato' Shazana Alia turut bergegas untuk melihat keadaan pesakit berkenaan.

Jeritan Rania Qaisara mula kedengaran dengan sangat kuat. Ungkapan sakit berulang-ulang kali meniti di bibir anak gadis itu. Gadis tersebut meronta-ronta dan menghentakkan kakinya di lantai berjubin itu. Matron Haliza mempercepat tindakannya dengan mengambil ubat penenang lalu menyuntikkannya ke lengan Rania.

Doktor Zaharul hanya berdiri di sudut katil Rania Qaisara. Doktor itu hanya memerhatikan keadaan gadis anggun itu yang menjerit kuat seperti orang yang terkena histeria.

Keadaan Rania Qaisara yang menjerit kesakitan tadi mula beransur tenang. Jeritannya juga tidak keluar lagi daripada bibirnya yang telah kering. Matanya mula berkaca setelah menahan kesakitannya tadi. Linangan air matanya yang membasahi pipi menunjukkan betapa peritnya apabila kepalanya pening seperti mahu pecah. Kini, dirinya mula lemah dan berasa mengantuk akibat suntikan itu tadi.

Rania Qaisara kembali tenang sepenuhnya tanpa sebarang jeritan. Matron Haliza menghulurkan beberapa helai tisu kepada gadis tersebut supaya air matanya dilap. Jururawat itu berasa simpati dan kasihan terhadap nasib pesakit itu.

Matron Haliza meminta pertolongan Doktor Zaharul untuk mengangkat Rania Qaisara ke atas katil semula. Doktor berkenaan mematuhi arahan yang diberikan oleh ketua jururawat itu. Dia terus mendukung gadis itu sambil menatap wajahnya yang ayu.

Matron Haliza membetul bantal Rania Qaisara supaya dia dapat berehat dengan lebih selesa. Badan gadis tersebut juga diperbetulkan di tempat pembaringan kerana dia tidak mampu untuk bergerak.

Selimut diselubungkan ke tubuh gadis itu. Rania Qaisara akhirnya bercakap dengan Matron Haliza dengan nada yang lemah. Jururawat itu duduk di tepi katil pesakit tersebut. Doktor Zaharul hanya termangu melihat keadaan gadis berkenaan.

Rania Qaisara menggenggam tangan Jururawat Haliza dengan erat. Gadis tersebut bertanyakan sesuatu dengan jururawat itu.

"Nurse, mana mama saya? Dia dah datang ke?" tanya Rania Qaisara yang mula menganggap bahawa ibunya sudah tidak menyayanginya.

Rania Qaisara telah menolak ibunya sebelum bergerak keluar daripada rumah pada hari dia hampir diperkosa. Gadis anggun berkenaan hanya mampu berdoa agar ibunya memaafkan kesalahannya beberapa hari yang lepas.

"Mama awak, Mama awak," Matron Haliza teragak-agak untuk menceritakan perkara sebenar kepada Rania Qaisara.

Jururawat Haliza berasa bimbang sekiranya perkara buruk akan berlaku pada Rania Qaisara sekiranya dia menceritakan perkara sebenar kepada gadis itu. Jururawat itu yakin bahawa pesakit itu akan pengsan semula apabila mengetahui perkara sebenar.

"Kenapa dengan Mama saya, nurse? What happened to her?" riak wajah Rania Qaisara berubah dalam sekelip mata.

Jelas kelihatan raut wajahnya yang sedang ketakutan kerana risau akan keadaan ibunya yang tercinta. Rania Qaisara menggoyangkan tangan Matron Haliza sehingga jururawat berkenaan menjawab pertanyaannya sebentar tadi.

"Mama awak pengsan dan sekarang dia dirawat di bilik rawatan sebelah," tutur Matron Haliza dengan perlahan kerana bimbang gadis itu akan memarahinya sekiranya dia tersilap bicara.

Jururawat Haliza sememangnya mudah berasa kasihan dengan sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan. Hal ini demikian kerana, jururawat itu juga berasal daripada sebuah keluarga yang miskin dan daif.

Nasib badan, Matron Haliza dibantu oleh keluarga Doktor Zaharul untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejururawatan di universiti tempatan. Akhirnya, dia berjaya menjadi seorang ketua jururawat dan berkhidmat di hospital kerajaan itu.

Serentak dengan itu, Rania Qaisara terus tidak menyedarkan diri selepas terjaga selama lebih kurang 10 minit secara tiba-tiba.

"Aduh, sepatutnya aku kena tipu dia yang mak dia tiada apa-apa masalah. Sekarang ni kan dah susah. Anak beranak dah pengsan," bebel Matron Haliza sendirian.

Matron Haliza berasa menyesal kerana memberitahu perkara sebenar kepada Rania Qaisara. Doktor Zaharul hanya menggeleng-gelengkan kepalanya secara berulang kali. Tidak sangka gadis itu begitu risau dengan keadaan ibunya.

"Kenapa Rania tu pengsan balik? Ya Allah, mesti dia rasa risau sangat dengan keadaan Dato' Alia," Doktor Zaharul bermonolog.

Doktor Zaharul dan Jururawat Haliza segera beredar dari bilik rawatan Rania Qaisara. Mereka menuju ke kafeteria di dalam hospital besar tersebut.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now