#73

15 2 0
                                    

"Rania, I nak tanya you. Kenapa muka you tiba-tiba pucat lepas you keluar daripada bilik undian tadi? Sebelum you masuk dalam bilik tu, you sihat saja. Bersemangat lagi, macam tak sabar-sabar nak menyanyi dekat survival tu nanti. Tiba-tiba, lepas dah keluar bilik tu, pengsan pula. Atau pun semua ni, ada kaitan dengan Tengku Farah? You bagitau lah I kenapa you jadi macam ni," soal Tengku Rayyan yang kehairanan.

"Tak ada apa-apa lah Rayyan. I cuma takut dengan Tengku Farah saja. For your information, Farah and I will compete in the first round dalam survival tu nanti. Sebab tu muka I jadi pucat tadi. I takut sangat-sangat kalau I kalah teruk dengan Farah nanti. Farah kan boleh dikira sebagai penyanyi yang berbakat juga. Bakat dia sangat besar dalam bidang nyanyian ni," jawab Rania Qaisara yang terpaksa berbohong.

"Ya Allah, aku ingin memohon maaf kepada-Mu. Sesungguhnya, aku tidak sanggup untuk bercerita kepada Rayyan mengenai amaran yang telah diberikan oleh Tengku Farah terhadap aku. Maafkan aku, Ya Allah. Aku tidak sanggup untuk memburuk-burukkan air muka Farah pada Rayyan," Rania Qaisara berdoa di dalam hati.

"Ya Allah. Gila lah you. Kena lawan menyanyi dengan Farah dalam first round that survival tu nanti. Maklum lah, dia dah lama sangat jadi trainee dekat Fantasy Entertainment. Farah tu boleh ibarat macam senior trainee dalam syarikat kita tu. Terlampau lama sangat nak ajar Farah menyanyi," ujar Tengku Rayyan pada Rania Qaisara.

"Dah berapa banyak vocal coach yang dah Tengku Adni ambil daripada seluruh dunia ni untuk ajar Farah menyanyi. Dari South Korea, USA, United Kingdom, France and macam-macam negara lagi. Semuanya semata-mata, nak bagi Farah tu jadi perfect dalam menyanyi," bicara Tengku Rayyan dengan pannjang lebar.

"Matlamat utama Tengku Adni tu, dia nak Farah jadi international singer. Bagi Tengku Adni, menyanyi dalam Malaysia saja tak cukup luas untuk Farah. Dia nak Farah dikenali oleh semua orang dalam dunia ni, macam Beyonce, Whitney Houston, Christina Aguillera, Christina Perri dan semua penyanyi yang terkenal di dunia ni. Tengku Adni nak Farah jadi famous disebabkan talent yang ada pada dia," jelas Tengku Rayyan.

"Oh, macam tu. I don' expect Tengku Adni jenis macam tu. Sanggup berhabis duit untuk cari vocal coach untuk ajar anak dia menyanyi betul-betul untuk jadi international singer. Ada juga orang yang macam aunty you tu," tutur Rania Qaisara pada Tengku Rayyan.

"Untuk pengetahuan you, I, Rafiq and my Papa, Tengku Shah memang tak suka dengan perangai Tengku Adni tu. Bukan apa, dia tu terlampau mengongkong hidup Tengku Farah tu. Farah tu, SPM dia dapat result yang average, but it's still excellent and dia nak sambung belajar dekat overseas. Kalau tak silap I, dia nak ambil course that is related to Psikologi dekat overseas. Tapi, Tengku Adni tak bagi Farah sambung belajar," ujar Tengku Rayyan.

"Masa Tengku Adni tak bagi Farah untuk sambung belajar dekat overseas, Farah tu merajuk dengan Tengku Adni. Makan dia tak nak, keluar rumah pun tak nak, macam-macam lagi lah. Sampai satu masa tu, Tengku Adni kurung Farah dalam bilik dia," tambah Tengku Rayyan lagi pada Rania Qaisara.

"Kenapa Tengku Adni kurung Farah tu? Dia ada buat benda-benda tak elok ke?" soal Rania Qaisara pada Tengku Rayyan.

"Betul tekaan you tu. Farah jadi stress sebab Mama dia tak nak bagi dia sambung belajar dekat overseas. Farah tak fikir panjang, dia terus pergi dekat night club untuk hilangkan tekanan dia. Tengku Adni tu dia mengamuk lah. Dia terus kunci Farah dalam bilik dia lebih kurang sebulan kalau tak silap I. Semua tu jadi lepas Farah ambil result SPM dia," Tengku Rayyan menjawab soalan Rania Qaisara.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now