#1

195 8 0
                                    

"Mama, Nia nak keluar sekejap. Nak duit sikit boleh tak, Mama?" tutur Rania Qaisara yang hanya mengenakan seluar pendek paras bawah pinggulnya sahaja.

"Apa Nia? Nak keluar malam-malam ni? Cuba tengok sekarang dah pukul berapa? Dah pukul 11 malam. Nia nak balik pukul berapa pula hari ni? Waktu Subuh? Atau pun tak balik langsung?" bertalu-talu soalan ditanya oleh Dato' Shazana Alia.

Rania Qaisara mula mendengus nafas deras. Gadis itu lantas mendatangi Dato' Alia yang sedang menduduki sofa sambil menonton filem 'The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2' lakonan Kristen Stewart dan Robert Pattinson.

"Nia keluar sekejap tak kacau Mama pun. Kenapa Mama nak sibuk halang Nia keluar. Cepat lah, Mama. Nia nak duit sikit saja, RM 1 000, cukup lah. Cepat lah, Mama, kawan Nia dah tunggu dekat luar tu," ujar Rania Qaisara.

"Apa Nia? Bukan ke Mama dah bank in RM 10, 000 minggu lepas. Tak kan dah habis kot, Nia? Nia buat apa dengan duit RM 10, 000 tu? Nia buat apa sayang dengan duit tu?" bicara Dato' Alia dengan menggunakan nada lembut.

Rania Qaisara mendengus nafas deras buat kali kedua. Gadis itu mula mengerutkan dahinya menunjukkan dirinya sedang menahan perasaan amarahnya. Dia segera mencapai beg tangan ibunya yang berjenama Michael Kors berwarna hitam.

Dato' Alia menepis tangan Rania Qaisara sebelum sempat gadis berkenaan mencapai beg tangan wanita itu. Gadis anggun tersebut tidak ambil peduli dengan perbuatan ibunya lalu tetap mencapai beg tangan tersebut.

Beg dompet berjenama Coach berwarna biru tua dikeluarkan oleh Rania Qaisara daripada perut beg tangan milik Dato' Alia. 15 keping wang not RM 100 diambil oleh gadis tersebut tanpa rasa bersalah.

Rania Qaisara berjalan keluar daripada rumah banglo mewah tersebut tanpa rasa bersalah terhadap perbuatannya kepada Dato' Alia. Wanita berkenaan masih sempat memegang tangan gadis itu dengan erat sebelum dia beredar daripada rumah itu.

"Nia, jangan keluar malam ni sayang. Mama rasa ada something yang tak kena sekarang ni. Macam ada something that will happen dekat Rania. Pagi esok lah Nia keluar ya sayang," jelas Dato' Alia lagi.

"Tak payah lah nak beralasan lagi, Mama. Nia still nak keluar juga malam ni. Goodbye," tutur Rania Qaisara seraya menolak tubuh Dato' Alia.

Dato' Alia terbaring di atas lantai di bahagian ruang tamu rumah banglo tersebut. Air mata mula mengalir pada pipi putih mulusnya.

Pembantu rumah bagi rumah banglo tersebut hanya melihat situasi berkenaan daripada jauh. Wanita yang bernama Hajah Wan Habibah bimbang sekiranya orang gaji itu ditengking oleh Dato' Alia jika dirinya masuk campur dalam situasi berkenaan.

"Allahuakbar. Dah makin teruk perangai Rania ni. Takut betul nak masuk campur hal dia orang," Mak Jah mengucap panjang.



Rania Qaisara menjerit tatkala dirinya ditolak ke dalam kawasan semak. Beg tangannya tercampak selepas ditolak dengan begitu kuat oleh seseorang. Oleh kerana dia mempunyai badan yang ramping, dia lebih mudah terjatuh setelah ditolak oleh seseorang.

Lelaki itu mencengkam tangannya ibarat beruang yang ingin memakan mangsanya. "Today, you'll be mine," ujar lelaki itu.

Fikiran Rania Qaisara mula bercelaru siapakah gerangan lelaki yang ingin memperkosa dirinya. Dia mengimbas kembali peristiwa pada dua bulan yang lalu. Tenyata, lelaki itu ialah Khairul Ammar. Ammar merupakan salah seorang mangsa yang pernah dipermainkan oleh gadis berkenaan.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now