#51

22 2 0
                                    

Majlis pelancaran single Rania Qaisara dan Tengku Farah telah tamat. Maka, penonton diminta untuk melekatkan pelekat berwarna pada papan tanda yang diletakkan di pintu utama untuk keluar daripada dewann besar tersebut.

"Pengumuman rasmi kepada semua penyokong Rania Qaisara dan Tengku Farah. Sila lekatkan pelekat berwarna pada papan tanda yang disediakan. Bagi penyokong Rania Qaisara, sila lekatkan pelekat berwarna merah atau kuning di sebelah kiri papan tanda. Bagi penyokong Tengku Farah pula, sila lekatkan pelekat berwarna di sebelah kanan papan tanda. Hadirin diminta bersurai. Sekian, terima kasih," tutur pengacara majlis itu.

"Sebelum melekatkan pelekat berwarna pada papan tanda, hadirin sekalian dialu-alukan oleh syarikat untuk mengambil gambar bersama-sama artis. Oleh itu, Rania Qaisara sila bergerak ke bahagian kiri dewan. Tengku Farah pula diminta untuk bergerak ke bahagian kanan dewan," pengacara majlis membuat pengumuman.

Kelihatan lebih ramai penonton yang mahu bergambar bersama-sama Rania berbanding Tengku Farah. Rania Qaisara bergambar dengan pelbagai jenis lapisan umur dan bangsa.

Presiden Rafiq melihat dari jauh keadaan masyarakat yang sedang bergambar dengan Rania Qaisara dan Tengku Farah. Tiba-tiba, jejaka itu melihat Tengku Farah menolak tubuh badan seorang wanita Cina berumur lingkungan 30-an.

Oleh sebab keadaan dewan yang terlampau penuh dengan lautan manusia, hanya segelintir masyarakat sahaja yang melihat insiden tersebut. Wartawan yang melihat adegan itu tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar wanita India yang terbaring di atas karpet berwarna hijau akibat tolakan Tengku Farah.

Presiden Rafiq mula berasa marah dengan tindakan Tengku Farah. Jejaka itu segera bergerak pantas menuju ke arah wanita Cina itu. Pemuda itu lantas memimpin wanita tua tersebut untuk berdiri semula.

Seorang wartawan akhbar hanya memerhatikan tindakan Presiden Rafiq pada wanita berbangsa Cina itu. Wartawan itu mengeluarkan telefon bimbitnya dan merakam perbualan antara Presiden Rafiq dan wanita berumur sekitar 30-an itu tanpa disedari oleh jejaka itu.

"Kenapa Tengku Farah tolak aunt sampai terjatuh?" soal Presiden Rafiq kepada wanita beragama Buddha yang telah ditolak oleh Tengku Farah sebentar tadi.

"Itu perempuan banyak jahat. Saya mahu bergambar sama dia. Tapi, dia kata dia tak mahu sebab dia kata bau badan saya busuk. Saya mahu bergambar dengan dia juga. Dia marah dan tolak saya jatuh," jawab wanita tersebut.

"Nah duit sikit aunt. Aunt balik rumah elok-elok ya. Saya minta maaf sebab dia buat macam tu pada aunt," tutur Presiden Rafiq seraya menghulurkan wang RM 50 kepada wanita Cina yang berumur sekitar 30 tahun itu.

"Terima kasih acai. Terima kasih tolong saya. Sebelum saya balik, saya mahu tampal itu pelekat," ujar wanita Cina tersebut.

Wanita berbangsa Cina itu mengambil pelekat berwarna merah dan melekatkannnya pada bahagian kiri papan tanda. Kemudian, wanita itu bergerak keluar daripada dewan besar hotel tersebut tanpa menoleh ke belakang.

Sedikit demi sedikit masyarakat melekatkan pelekat pada papan tanda yang disediakan lalu bergerak keluar daripada dewan besar hotel tersebut. Presiden Rafiq yakin bahawa pelekat merah lebih banyak berbanding pelekat berwarna kuning.

"Orang semakin sikit, pelekat dekat sebelah kiri lagi banyak daripada pelekat warna kuning dekat sebelah kanan. Nampak gayanya, Rania lah yang akan menang dari segi populariti walaupun dia tak sampai lagi 3 bulan jadi penyanyi syarikat aku. Thumbs up, Rania," omel Presiden Rafiq sendirian.

**********

Rania Qaisara bergerak pantas untuk menuju ke tempat parkir kereta Hotel Shangri-La itu. Dia membuang pandangan pada seluruh pelosok tempat parkir tersebut. Akhirnya, dia menjumpai kereta Mercedes-Benz E300 AMG Line berwarna hitam methlic. Dia sangat yakin bahawa kereta mewah itu kepunyaan pengurusnya, iaitu Tengku Rayyan.

Sewaktu Rania Qaisara berada di tempat parkir kereta, bahunya disentuh lembut oleh seseorang. Cara pegangan tersebut sangat dia kenali. Gadis itu menoleh ke arah belakang untuk melihat siapa gerangan manusia yang memegang bahunya. Alangkah gembiranya hati gadis itu tatkala melihat ibunya berada betul-betul di depan matanya.

Rania Qaisara segera memeluk tubuh ibu yang dia sayangi iaitu, Dato' Shazana Alia. Wanita itu menerima pelukan anaknya lalu mengusap-usap bahagian belakang tubuh gadis itu. Datin Alia tahu bahawa anaknya sangat rindu akan dirinya.

"Mama, kenapa tak cakap nak datang sini? Saja lah tu nak buat surprise," tutur Rania Qaisara yang diiringi dengan bunyi tangisan.

"Macam lah Nia tak kenal Mama. Mama kan memang suka buat macam ni. Lagi-lagi, Nia seorang saja anak Mama. Dah lah tu Nia. Apa nangis-nangis ni, berkedut muka tu nanti. Baru tahu," ujar Dato' Alia sambil ketawa kecil.

Rania Qaisara ketawa kecil bersama-sama ibu kandungnya. Kemudian, gadis itu melepaskan pelukan dengan Dato' Alia.

"Dah lama Mama sampai? Nia tak nampak Mama pun masa Nia buat persembahan tadi," soal Rania kepada Dato' Alia.

"Mama dah lama sampai ke KL ni. Tapi, masalahnya sepanjang-panjang jalan besar tu jam. Ada orang accident, teruk juga la. Bahagian belakang kereta tu teruk kemek nya. Kalau tak ada accident tu, boleh la dengar anak Mama ni nyanyi. Rugi betul tak boleh tengok Nia nyanyi," jelas Dato' Alia.

Rania Qaisara mengangguk tanda memahami penjelasan yang diberikan oleh Dato' Alia. Gadis itu memeluk semula tubuh ibunya yang tercinta.

"Nia minta maaf dengan Mama sebab jarang call or whatsapp dengan Mama. Nia busy sangat disebabkan single ni. In Shaa Allah, lepas ni Nia akan selalu contact Mama. Sorry Mama sebab tak layan call and whatsapp Mama. Seriously, jadual Nia terlampau padat sangat. Macam-macam latihan Nia ...

Belum sempat Rania Qaisara menghabiskan kata-katanya, Dato' Alia meletakkan jari telunjuknya pada bibir anak gadisnya itu. Dia mahu gadis berkenaan berhenti daripada bercakap dengan berterusan. Wanita tersebut melepaskan pelukan anaknya lalu memegang kedua-dua belah bahu anak perempuannya untuk menyatakan sesuatu.

"Nia, Nia. Dari kecil sampai besar tak pernah berhenti bercakap kalau tak disuruh. Pok pek pok pek. Mama tahu jadual Nia mesti padat sebab dah jadi seorang penyanyi. Mama ada satu berita gembira nak bagi tahu Rania. Mama yakin mesti Nia suka dengar berita sensasi ni," ujar Dato' Alia yang teruja untuk menyatakan berita gembira itu.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now