#118

54 2 0
                                    

Rania Qaisara memasuki bilik rawatan Tengku Rayyan di Damai Service Hospital. Gadis itu terus meletakkan mangkuk tingkat di atas meja bersebelahan katil pesakit.

Kelihatan Tengku Rayyan sedang ralit melayari laman sosial 'Instagram' menggunakan telefo pintarnya yang berjenama iPhone 11 Pro. Pemuda tersebut hanya membiarkan kehadiran Rania Qaisara di dalam bilik rawatan itu tanpa menyapanya.

Rania Qaisara mula menyusun mangkuk tingkat tersebut di atas meja berkenaan. Makanan yang disediakan ialah seperti nasi putih, sambal udang galah, gulai lemak labu dan sambal belacan berserta daun pegaga.

"Assalamualaikum, Rayyan. I ada bawa favourite dishes untuk you. Ada sambal udang galah, masak lemak labu dengan sambal belacan. You letak lah phone you dekat bawah bantal tu dulu. You makan dulu ya," sapa Rania Qaisara pada Tengku Rayyan.

"Waalaikumussalam, you letak saja dekat atas meja tu. I tak lapar lagi sekarang ni. Kalau lapar nanti, baru lah I makan makanan yang you bawa tu. Anyway, thanks for preparing the foods for me," tutur Tengku Rayyan pada gadis tersebut.

"Rayyan, your Mom kata yang you tak makan lagi dari pagi tadi. You jamah lah sikit makanan ni. I was the one who cooked all of these dishes for you. Penat I masak untuk you kalau you tak nak makan. Ni pun baru first time I memasak. Tu pun Mama you yang tolong I bagi resipi and buat semua. I pun tak pasti lah makanan yang I masak ni sedap atau tak. You makan sikit ya," jelas Rania Qaisara pada jejaka berkenaan.

Rania Qaisara meletakkan nasi ke dalam pinggan yang telah dibawa olehnya daripada rumah banglo milik Tengku Shah. Tiga ekor udang galah dimasukkan ke dalam pinggan tersebut menggunakan sudu. Empat potongan kecil masak lemak labu dan sambal belacan turut dimasukkan ke dalam pinggan itu.

Rania Qaisara mendekati katil Tengku Rayyan. Gadis itu lantas menyuapkan nasi dengan sambal udang galah pada mulut jejaka tersebut.

Tengku Rayyan segera menolak suapan dan pinggan yang sedang dipegang oleh Rania Qaisara. Gadis itu tidak sangka bahawa pemuda tersebut sanggup bertindak sedemikian terhadap dirinya walaupun dia cuba berbaik dengannya.

Pinggan kaca yang dipegang oleh Rania Qaisara sebentar tadi terlepas daripada pegangannya lalu menyebabkan pinggan tersebut berderaian di atas lantai bilik rawatan berkenaan. Sambal udang galah yang berwarna merah terpercik pada lantai dan dinding di bilik rawatan tersebut.

Rania Qaisara mula menitiskan air matanya pada pipi putih mulusnya. Gadis tersebut lantas mengutip pinggan yang berderaian menggunakan tangannya. Dia menjerit dengan kuat setelah kaca yang berderaian melukakan jari dan tapak tangannya.

Tengku Rayyan tidak mengambil peduli tentang keadaan Rania Qaisara yang sedang menjerit kesakitan akibat tangannya terluka. Jejaka berkenaan masih ralit untuk melayari media sosial 'Twitter' tanpa menghiraukan keadaan di bilik rawatan itu.

"how could you do this to me, Rayyan? Apa salah I dekat you sebenarnya? Tolong lah Rayyan, jangan buat macam ni dekat I. I tak boleh hidup tanpa you. Jangan lah buat I macam ni," Rania Qaisara merayu pada Tengku Rayyan.

"Just shut up. Aku dah suruh kau tadi. Letak saja makanan tu dekat atas meja tu. Tapi, kau degil juga. Beria kau nak suapkan dekat mulut tu, dah kenapa? Aku pun boleh makan sendiri lah. Anyway, tak payah lah nak cakap yang kau perlukan aku dalam hidup kau. Tolong lah, Rania. Aku tak perlukan kau dalam hidup aku lah. Khadijah is the one and only woman that can make me happy," ujar Tengku Rayyan pada gadis tersebut.

Rania Qaisara berjalan mendekati Tengku Rayyan dengan keadaan tangannya yang dibasahi dengan darah. Gadis jelita berkenaan terus menyatakan sesuatu kepada jejaka tampan tersebut sambil menangis teresak-esak.

"Rayyan, I rasa yang you patut tahu. Sebenarnya Khadijah tu tak wujud dalam dunia ni. Memang you seorang saja yang boleh dengar and nampak dia. Tapi, orang-orang sekeliling you tak boleh nampak dia. Rayyan, tolong lah sedar. Khodijah tu tak wujud, dia cuma halusinasi yang you cipta sendiri," Rania Qaisara berterus-terang.

"Kau sebenarnya siapa nak cakap Khadijah tak wujud? You;re disrespecting the woman I love," tengking Tengku Rayyan yang memecah suasana bilik rawatan itu.

Tengku Rayyan pantas meletakkan telefon bimbitnya yang berjenama iPhone 11Pro di bawah bantal pada katil di bilik rawatan tersebut. Jejaka tersebut segera mengangkatkan tangan kanannya bagi melayangkan sebuah tamparan pada pipi Rania Qaisara.

"Rayyan, apa yang kamu nak buat dekat Rania tu? Kamu nak tampar dia?" Tengku Shah yang berada di pintu bilik rawatan tersebut bersuara dengan lantang.

Tengku Rayyan terus meletakkan tangannya di sisi tubuhnya. Niatnya untuk melayangkan sebuah tamparan pada pipi Rania Qaisara terbatal setelah melihat kehadiran Tengku Shah di dalam bilik rawatan itu.

"Kamu nak jadi apa ni Rayyan? Sejak bila pula Papa ajar kamu untuk tampar perempuan. Kenapa? Kamu nak jadi lelaki dayus? Belum berkahwin pun, kamu boleh ada niat nak tampar perempuan. Kalau dah kahwin nanti, kemungkinan besar kamu pukul isteri kamu walaupun ada masalah kecil saja," bicara Tengku Shah sambil berjalan untuk mendekati anak lelakinya, iaitu Tengku Rayyan.

"Rayyan, Rayyan. Kalau Papa tak datang awal dekat sini tadi, tak pasal-pasal kamu dah tampar pipi Rania tu. Apa salah dia Rayyan sampai kamu sanggup tampar dia? Rania, tinggalkan saja pinggan yang pecah dekat atas lantai tu. Nia keluar sekarang ya, pergi basuh tangan tu. Uncle nak cakap something dengan Rayyan," tambah Tengku Shah lagi.

Rania Qaisara mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Tengku Shah. Dalam keadaan darah yang menitis pada lantai bilik rawatan Tengku Rayyan, gadis itu lantas bergerak keluar daripada bilik berkenaan.

Tengku Shah beranggapan bahawa titisan berwarna merah yang menitis pada lantai bilik rawatan tersebut merupakan kuah bagi sambal udang galah. Ternyata titisan tersebut sebenarnya ialah darah yang membasahi tangan Rania Qaisara.

"Rania, tu macam mana tangan boleh berdarah tu? Kenapa Nia kutip kaca yang pecah tu guna tangan?" soal Tengku Shah pada Rania Qaisara.

Rania Qaisara lantas memusingkan tubuhnya untuk menghadap Tengku Shah serta Tengku Rayyan. Belum sempat menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Tengku Shah, gadis berkenaan rebah di atas lantai secara tiba-tiba.

Tengku Rayyan dan Tengku Shah berasa terkejut tatkala melihat tubuh Rania Qaisara yang terbaring kaku di depan pintu bilik rawatan tersebut. Tengku Shah segera berjalan pantas untuk menuju ke arah gadis jelita berkenaan.

"Ya Allah, what have I done to her? Kenapa aku sanggup buat macam tu dekat Rania? Bukan ke aku sebenarnya cintakan dia? Eh tak, aku tak cintakan dia. Aku sukakan Khadijah dan bukannya perempuan tu. Biar lah dia sakit ke apa. Aku tak kisah pun kalau dia mati. Asalkan aku dengan Ijah boleh hidup bersama," Tengku Rayyan bermonolog dalam hatinya.

"Tengok apa yang dah buat ni? Mesti Rayyan buat sesuatu dekat dia. Tengok mata dia, dah bengkak sebab menangis. Sekarang pula, dia dah pengsan sebab pendarahan banyak dekat tangan dia," Tengku Shah membebel sendirian.

"Biar saja lah dia, Papa. Biar lah dia mati atau apa pun. Dia bukan ada kaitan dengan kita. Dia tak ada pun pertalian darah dengan kita. Papa tak payah lah nak ambil peduli pasal perempuan tu," tutur Tengku Rayyan dengan tenang.

"Perangai kamu betul-betul dah lain, Rayyan. Sejak kamu kenal Khadijah tu, perangai kamu makin pelik. Berani kamu menjawab dengan Papa ya? Papa nak pergi jumpa doktor dulu," ujar Tengku Shah yang memarahi tindakan anak sulungnya itu.

Tengku Shah tidak menyangka bahawa Tengku Rayyan berani mencelah kata-katanya. Lelaki itu lantas memarahi jejaka tersebut.

Tengku Shah segera bergerak pantas untuk beredar daripada bilik rawatan Tengku Rayyan bagi memanggil doktor bertugas untuk memeriksa keadaan Rania Qaisara. Lelaki itu risau sekiranya sesuatu yang buruk berlaku pada gadis berkenaan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 11, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Melodi CintaWhere stories live. Discover now