#81

13 2 0
                                    

"Penyanyi yang memenangi Rancangan Classic Songs untuk episod pada hari ini ialah ... Adakah Tengku Farah yang akan merangkul trofi rancangan pada hari ini? Adakah Nazmi Indera yang bakal merangkul trofi itu? Siapa sokong Tengku Farah? Cuba bersorak sedikit! Siapa sokong Nazmi Indera sebagai juara? Cuba jerit sedikit dalam kiraan tiga. Satu, dua, tiga," tutur pengacara rancangan tersebut kepada para penonton.

Hampir seluruh penonton yang berada di dalam Dewan Besar Syarikat Penyiaran TVMas bersorak untuk menjerit nama Tengku Farah secara berulang kali. Tampak penyokong bagi Nazmi Indera seperti tidak berdaya untuk menentang sorakan yang begitu gemuruh daripada peminat Tengku Farah.

"Baiklah, saya tidak akan mengumumkan keputusannya sekarang. Penyanyi yang bakal merangkul trofi Rancangan Classic Songs dalam episod pada hari ini sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM 15, 000 sumbangan Syarikat Produk Kosmetik terkemuka Malaysia, Aurora Wave ialah ... ," ujar hos rancangan untuk menambahkan perasaan suspen terhadap penonton yang berada di dalam dewan syarikat berkenaan.

"Tengku Farah daripada Syarikat Fantasy Entertainment. Tahniah saya ucapkan padanya. Diminta Pengarah Adni, sebagai pengarah syarikat merangkap ibu kepada Tengku Farah untuk mengiringi Presiden Rafiq untuk bergerak menuju ke atas pentas. Dipersilakan," tambah pengacara rancangan tersebut.

Para peminat Tengku Farah yang hampir memenuhi sebahagian besar dewan milik Syarikat Penyiaran TVMas menjerit kegembiraan tatkala gadis itu diumumkan sebagai pemenang rancangan Classic Songs dalam episod tersebut. Gadis anggun itu membongkokkan badannya tanda menghormati peminatnya.

"Diminta Presiden Rafiq untuk menghulurkan trofi pemenang kepada Dato' Khalid, iaitu Presiden Syarikat Penyiaran TVMas," bicara pengacara rancangan itu.

Sebuah trofi berbentuk mikrofon yang diperbuat daripada keluli dicapai oleh Presiden Rafiq. Kemudian, jejaka tampan itu memberikan trofi tersebut pada Dato' Khalid. Lelaki yang berpakaian segak itu menerima penghuluran trofi tersebut seraya memberikannya kepada pemenang episod berkenaan, iaitu Tengku Farah.

Gambar Tengku Farah yang sedang memegang trofi Rancangan Classic Songs diambil oleh seorang jurugambar lelaki. Gadis itu turut diminta untuk bergambar bersama-sama dengan Presiden Rafiq dan Pengarah Adni.

"Dipersilakan Tengku Farah, pemenang Rancangan Classic Songs pada episod ini untuk memberikan ucapan terima kasihnya. Sekian, dipersilakan," jelas pengacara rancangan tersebut seraya menghulurkan mikrofon kepada Tengku Farah.

Tengku Farah mencapai mikrofon yang berada di dalam pegangan hos Rancangan Classic Songs itu. Gadis itu melemparkan senyuman manis terhadap para penonton yang memenuhi dewan besar berkenaan khususnya kepada peminat-peminatnya yang disayangi. Peminat gadis anggun tersebut bersorak kegembiraan dan memberikan tepukan gemuruh ketika melihat dirinya akan menyampaikan ucapan terima kasih.

"Terima kasih kepada ibu saya, Tengku Fadwah Adni yang sentiasa beri sokongan moral kepada saya. Terima kasih kepada my vocal coach, Izzatul Fadilah yang cuba berikan yang terbaik untuk mengajar teknik nyanyian pada saya. Terima kasih juga kepada pihak TVMas kerana telah memberi saya peluang emas untuk saya sertai Rancangan Classic Songs dalam episod hari ini," tutur Tengku Farah kepada para peminatnya.

"Saya tak lupa juga pada semua peminat saya yang saya betul-betul saya sayangi, Laraelvis. Tanpa anda, tanpa semua peminat saya ni, saya tentu tak akan sampai ke tahap yang macam ni. Terima kasih semua kerana sudi mengundi saya dalam rancangan ni. Terima kasih sangat-sangat," tambah Tengku Farah lagi.

Tengku Farah membongkokkan tubuhnya di atas pentas itu sebaik sahaja tamat ucapan terima kasih daripada dirinya. Suasana dalam dewan itu kembali hingar-bingar dengan tepukan dan jeritan kegembiraan daripada peminat Tengku Farah.

Ucapan kemenangan daripada Tengku Farah sebagai pemenang Rancangan Classic Songs dalam episod pada hari itu menandakan bahawa program realiti itu telah sampai ke penghujungnya. Ketika para penonton mula beredar daripada dewan itu, suatu pengumuman telah diberikan oleh pengacara rancangan popular tersebut secara tiba-tiba.

"Maafkan saya, Tuan, Puan, Dato' dan Datin sekalian. Saya baru sahaja menerima satu pengumuman daripada pihak atasan. Oleh itu, saya minta semua untuk memasuki dewan ini semula khususnya para peserta, iaitu penyanyi yang telah bertanding dalam konsert pada hari ini," ujar hos rancangan tersebut.

Presiden Rafiq, Pengarah Adni dan Tengku Farah tercengang tatkala mendengar pengumuman berkenaan. Mereka bertiga yang telah berada di pintu keluar dewan tersebut lantas bergerak semula ke arah sofa yang telah disediakan. Kesemua penyanyi yang telah bertanding juga segera menduduki kerusi khas yang telah mereka duduki sebentar tadi.

Hanya sebahagian besar sahaja yang telah kembali memasuki dewan besar milik Syarikat Penyiaran TVMas. Terdapat segelintir penonton yang tetap bergerak keluar daripada dewan itu walaupun telah diminta untuk menunggu sebentar.

"Nampaknya, ramai penonton yang tergesa-gesa untuk beredar daripada dewan ini. Baiklah, biar saya berterus-terang sekarang. Pihak atasan baru sahaja memaklumkan kepada saya tentang suatu special award untuk salah seorang daripada penyanyi yang telah bertanding tadi," tambah pengacarara rancangan realiti itu lagi.

Keadaan di dalam dewan besar tersebut mula riuh-rendah dengan bunyi perbualan para penonton yang tertanya-tanya dengan anugerah istimewa itu. Pengarah Adni dan Tengku Farah mula berpandangan antara satu sama lain. Semua penyanyi yang bertanding dalam rancangan itu turut tertanya-tanya dengan anugerah berkenaan.

"Anugerah istimewa yang saya maksudkan tadi ialah Anugerah Vokal Terbaik. Peserta yang memenangi anugerah tersebut akan membawa pulang wang tunai bernilai RM 5 000. Penyanyi yang menerima anugerah itu ialah penyanyi daripada Syarikat Fantasy Entertainment," bicara hos rancangan itu dengan bersemangat.

Para peminat Tengku Farah lantas menepuk tangan dan bersorak kegembiraan untuk kemenangan gadis yang berbakat itu. Gadis anggun tersebut lantas bergerak menuju ke atas pentas untuk menerima anugerah berkenaan.

Pengacara Rancangan Classic Songs itu kelihatan seolah-olah mendengar sesuatu daripada alat pendengar suara yang terletak pada telinganya. Kemudian, dia segera menyatakan sesuatu kepada para penonton dan Tengku Farah.

"Maafkan saya, Tengku Farah dan para penonton. Bukan Tengku Farah yang telah memenangi anugerah ini. Penerima sebenar anugerah ini ialah Rania Qaisara daripada Syarikat Fantasy Entertainment. Dipersilakan pemenang untuk bergerak ke atas pentas untuk menerima hadiah dan trofi," jelas hos rancangan itu.

Tengku Farah berasa terhina ketika dia sebenarnya bukan penerima Anugerah Vokal Terbaik. Gadis itu yang berada di atas pentas lantas bergerak ke arah sofa yang telah disediakan bersebelahan ibunya sambil menundukkan wajahnya. Pengarah Adni sempat menggelengkan kepalanya ke arah kiri dan kanan secara berulang kali.

Penonton-penonton yang memenuhi dewan besar tersebut sempat menghina Tengku Farah sebelum gadis itu menduduki sofa bersebelahan Pengarah Adni. Botol air mineral dibaling oleh beberapa penonton ke arah penyanyi itu.

Tengku Farah merasakan bahawa maruahnya telah dipersendakan dan dipijak-pijak oleh para penonton yang berada di situ. Gadis anggun berkenaan lantas berlari untuk bergerak keluar daripada dewan tersebut.

Pengarah Adni berasa kasihan terhadap layanan yang diterima oleh Tengku Farah. Melihatkan situasi itu, wanita licik itu segera bergerak keluar daripada dewan tersebut untuk mengekori Tengku Farah daripada arah belakang.

"Saya minta maaf kerana kesulitan kecil telah berlaku sebentar tadi. Baiklah, kita akan teruskan sesi penyampaian hadiah kepada Rania Qaisara," ujar hos rancangan realiti popular tanah air, iaitu Classic Songs.

Para peminat Rania Qaisara menjerit kegembiraan tatkala gadis ayu berkenaan dipilih untuk menerima Anugerah Vokal Terbaik dalam konsert pada hari itu. Mereka bersorak nama gadis tersebut secara beberapa kali.

"Nampaknya, Rania Qaisara tidak berada di dalam dewan ini bersama-sama dengan pengurusnya. Baiklah, saya minta Presiden Rafiq sebagai Presiden Syarikat Fantasy Entertainment untuk menjadi wakil kepada Rania Qaisara. Sekian, dipersilakan Tuan untuk menerima trofi dan wang tunai tersebut," tutur pengacara rancangan tersebut.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now