#116

25 2 0
                                    

"Assalamualaikum, Uncle Shah. Uncle dah lama sampai? Rania baru saja solat dekat surau tadi," sapa Rania Qaisara dengan bersopan.

"Waalaikumussalam, uncle baru saja sampai dekat sini.Alhamdulillah, Rayyan dah sedar daripada koma. Nasib baik lah, Rayyan koma dalam lebih kurang 2 hari saja. Kalau tak, mesti lagi teruk demam panas Aunty Sofea tu," ujar Tengku Shah seraya ketawa kecil.

"Mesti Doktor Amin yang call uncle kan? Sorry uncle, Rania cadang nak call uncle lepas solat. Tak sangka pula uncle dah tahu pasal benda ni dulu. Uncle, Rania nak tanya something dekat uncle boleh?" soal Rania Qaisara pada Tengku Shah.

Tengku Shah lantas meletakkan kembali cawan yang berisi air suam ke atas meja di dalambilik rawatan tersebut. Lelaki itu menganggukkan kepalanya ke arah atas dan bawah secara berulang kali menandakan dia bersedia untuk menjawab soalan daripada Rania Qaisara.

"Uncle, Rayyan pernah ke ada girlfriend atau pun tunang, namanya Khadijah?" tanya Rania Qaisara pada Tengku Shah.

"Tak ada, kenapa?" jawab Tengku Shah dengan ringkas.

"Masa Rayyan sedar daripada koma, Rayyan ingatkan sebenarnya Rania ni ialah Khsdijah. Bila Nia kata yang nama Nia ialah Rania, dia jadi marah. Rayyan mula tanya dekat mana Khodijah sekarang. Dia kata, dia accident tadi sebab dia cuba untuk selamatkan Khadijah daripada kena langgar," Rania Qaisara memulakan penceritannya.

"Nia betul-betul tak faham dengan apa yang Rayyan cakap. Doktor Amin kata yang Rayyan menghidap sejenis penyakit. Kalau tak ada masalah, boleh uncle cerita dekat Nia?" tanya Rania Qaisara di penghujung kata-katanya.

Tengku Shah terbatuk secara tiba-tiba setelah mendengar cerita yang disampaikan oleh Rania Qaisara kepada dirinya. Gadis itu segera menuangkan air suam daripada termos ke dalam cawan lalu diberikan kepada lelaki itu.

Tengku Shah meneguk air suam yang diterima olehnya dengan perlahan. Lelaki itu mula bertanyakan sesuatu kepada Rania Qaisara.

"Apa? Rayyan cakap yang Rayyan cuba selamatkan Khadijah daripada kemalangan?" Tengku Shah bertanya.

Rania Qaisara mengangukkan kepalanya ke arah atas dan bawah secara berulang kali. Tengku Shah seperti tidak percaya dengan cerita yang disampaikan oleh gadis itu. Lelaki itu meraup wajahnya untuk beberapa kali.

"Ya Allah, Allahuakbar. Penyakit Rayyan dah bertambah parah. Uncle tak sangka yang penyakitnya akan sampai ke tahap yang teruk macam ni. Sebenarnya, Rayyan menghidap penyakit skizofrenia. Rania sendiri pun tahu kan penyakit ni macam mana, since you're a medical graduate," Tengku Shah mula berterus-terang.

Rania Qaisara menutup mulutnya yang terbuka luas untuk seketika sebentar tadi. Gadis anggun berkenaan tidak percaya bahawa insan yang dicintainya telah menghidap penyakit skizofrenia tanpa disedari olehnya.

"Patut lah, sejak akhir-akhir ni Rayyan macam pelik saja. Maksudnya, Rayyan dah lama dapat penyakit ni. First time, masa dia jemput Rania dekat Ipoh. Dia kata, ada kawan dia yang tak berkasut tengah duduk dekat bus stop. Then, dia bagi duit dekat orang tu. Nia tak nampak pun orang yang dia maksudkan tu," Rania Qaisara mula mengaitkan kronologi penyakit yang dihadapi oleh jejka yang dicintainya, iaitu Tengku Rayyan.

Bila Rania tanya dia, mana orangnya, Rayyan kata orang tu dah naik bas. Nia pun buat-buat lah macam apa yang Rayyan cakap tu, betul-betul belaka. Nia pun biarkan saja apa yang Rayyan cakap tu," tambah Rania Qaisara lagi.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now