#65

18 3 0
                                    

"Assalamualaikum, Rayyan. I dah datang ni. I masuk bilik you ya?" soal Khadijah kepada Tengku Rayyan.

Tengku Rayyan tidak menjawab salam yang diberikan oleh Khadijah. Gadis tersebut menolak pintu bilik pemuda itu tanpa menunggu dengan lebih lama lagi. Kelihatan tiada kelibat jejaka tampan itu di dalam bilik tidur milik pemuda tersebut. Gadis bertudung sempurna itu memerhatikan seluruh pelosok bilik itu.

Tengku Rayyan bergerak keluar daripada bilik mandi yang terletak di dalam bilik tersebut. Tuala berwarna merah jambu diikat pada paras pinggangnya sahaja. Pemuda kacak itu mengelap wajahnya menggunakan sehelai kain lap. Jejaka tampan tersebut menggeliat di depan pintu bilik mandi itu.

Tiba-tiba, Tengku Rayyan terlihat wajah Khadijah yang sedang menduduki katil kayu jati di dalam biliknya. Jejaka berkulit putih itu terkejut ketika melihat kehadiran gadis bertudung tersebut di dalam biliknya. Gadis tersebut terkesima tatkala melihat pemuda itu yang tidak mengenakan sebarang baju pada tubuhnya.

Khadijah tersipu malu kerana melihat badan Tengku Rayyan tanpa seurat benang itu. Gadis tersebut lantas menutup wajahnya dengan menggunakan tangannya. Dia terus bergerak keluar daripada bilik pemuda itu.

"Aduh, Khadijah ni. Macam mana lah dia boleh masuk dalam bilik aku ni. Setahu aku, aku dah siap kunci bilik aku tadi. Hish, whatever lah. Nasib lah aku tak keluar bilik air telanjang tadi. Kalau tak, habis la," ujar Tengku Rayyan seraya ketawa kecil.

Tengku Rayyan membuka raknya dengan menolak pintu gelangsar ke sebelah kanan. Baju kemeja berwarna biru cerah berjenama GUESS yang tergantung di tempat penggantung baju dicapai. Seluar pendek berwarna hitam paras lutut juga diambil.

Tengku Rayyan menyarungkan pakaian pada tubuhnya lalu memakai seluar pendek tersebut. Kemudian, pemuda itu membuka pintu bilik persendiriannya untuk membenarkan Khodijah memasukinya.

"Assalamualaikum, Rayyan. Macam mana keadaan you sekarang ni? Dah makin sihat atau apa? Leher you tu dah makin pulih?" berbagai-bagai persoalan diberikan oleh Khodijah kepada Tengku Rayyan.

"Waalaikumussalam, Khadijah. Mari masuk. Keadaan I sihat-sihat saja. Leher I ni pun dah semakin pulih. Kalau ikutkan ambil masa yang lama juga nak sembuhkan leher I ni," jawab Tengku Rayyan yang menjawab persoalan daripada Khadijah.

Tengku Rayyan menduduki sofa berwarna biru tua yang terletak di sudut kamar persendirian miliknya itu. Khadijah bergerak masuk ke dalam bilik jejaka kacak tersebut lalu menduduki sofa bersama-sama pemuda itu.

"Tapi, my parents bawa I pergi ke tempat seorang tabib Cina dekat Hulu Langat dua hari lepas. Alhamdulillah, dah elok leher ni berkat kuasa Allah. He said kalau dah elok hari ni, tak payah lah nak pergi berubat lagi dengan dia. Lagipun, yang nak berubat dengan dia tu ramai. Kita kena buat appointment bagai kalau kita nak berubat dengan orang Cina tu," tambah Tengku Rayyan lagi dengan lebih lanjut.

"Bagus juga kalau dekat Malaysia ni ada orang yang boleh buat macam tu. Tak lah susah kalau ada orang tangan patah, kaki patah atau apa-apa sekalipun. Alhamdulillah leher you makin sembuh," bicara Khadijah pada Tengku Rayyan.

"Betul tu. Kalau lah tak ada orang macam tu dekat Malaysia ni. Mesti orang-orang yang accident macam I ni susah nak sembuh," jelas Tengku Rayyan.

"You belum call Rania lagi? Tanya pasal keadaan dia. Dah sihat ke belum? Have you called her?" tanya Khadijah kepada Tengku Rayyan bertalu-talu.

"Ya Allah, lupa betul I nak call dia. Baru semalam I nak call dia. Tapi, my Mom tak bagi. Dia suruh I betul-betul sembuh, baru nak kisah pasal keadaan orang lain. Thanks Khadijah sebab ingatkan," tutur Tengku Rayyan pada Khadijah.

Tengku Rayyan menghidupkan telefon pintar berjenama iPhone 10 Pro yang baru sahaja dibelikan oleh bapanya, iaitu Tengku Shah semalam. Nama Rania Qaisara dicari pada senarai kenalan lalu segera menghubungi gadis itu.

"Assalamualaikum, Rania. Macam mana keadaan you sekarang ni? Sorry sebab I tak boleh nak call you. My phone entah tercampak dekat mana dah. Phone yang I pakai ni pun baru saja Papa I beli semalam. Sorry sangat sebab baru teringat nak call you," Tengku Rayyan memulakan panggilan dengan Rania Qaisara.

"Waalaikumussalam, Rayyan. I okay saja ni. Tak teruk sangat macam keadaan you that you have to use neck braces. I just ada luka-luka sikit dekat dahi I ni," Rania Qaisara menjawab salam daripada Tengku Rayyan.

"You dengan siapa dekat rumah tu? I nak datang ke rumah you sekejap lagi," tanya Rania Qaisara kepada Tengku Rayyan.

"Dekat rumah ni cuma ada I, bibik I and kawan perempuan I saja. I tengah berborak-borak dengan kawan I ni. Nama dia Khadijah. Khodijah, jerit hai dekat Rania sekejap," jawab Tengku Rayyan sambil meminta Khadijah untuk menjerit sebentar.

Khodijah menturuti permintaan Tengku Rayyan sebentar tadi. Gadis ayu tersebut menjerit dengan kuat untuk menandakan bahawa dia sedang berada bersama-sama Tengku Rayyan di rumah banglo pemuda kacak berkenaan.

Tengku Rayyan menutup kedua-dua belah telinganya kerana Khodijah menjerit dengan kuat. Jejaka berbadan ramping itu meneruskan untuk menghubungi Rania Qaisara untuk beberapa minit sahaja lagi.

"Kuat betul suara Khadijah ni. Sakit telinga I. You dengar kan suara dia tadi Rania?" soal Tengku Rayyan kepada Rania Qaisara.

"Mana ada I dengar suara anyone yang tengah menjerit. You ni nak main-mainkan I atau saja nak takut-takut kan I ni?" marah Rania Qaisara pada Tengku Rayyan.

"I rasa you tak korek telinga you dah lama kot. Sebab tu you tak dengar jeritan dia yang kuat tu," bicara Tengku Rayyan dengan sinis.

"You cepat lah datang rumah I ni. Dah lama I tak tengok muka you, rindu rasanya. Eh silap, maksud I, I rindu nak latih you menyanyi lagi, I rindu nak marah you lagi," jelas Tengku seraya ketawa kecil di hujung panggilan.

Tengku Rayyan mematikan telefon pintar berjenama iPhone 10Pro milik pemuda itu. Seluruh pelosok bilik tidurnya diperhatikan dengan teliti. Ternyata, Khadijah telah meninggalkan dirinya bersendirian di dalam bilik itu.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now