#78

18 2 0
                                    

Pengarah Alif menekup mulutnya tatkala melihat perbuatan ganas Pengarah Hafiz terhadap petugas syarikat tersebut. Jejaka itu tidak menyangka bahawa Pengarah Hafiz sanggup berbuat demikian untuk kepentingan dirinya.

Pengarah Hafiz menduduki kerusi yang telah digunakan oleh petugas tersebut sebentar tadi. Tetikus pada komputer itu mula digerakkan dan diklik untuk mengubah undian antara Tengku Farah dan Rania Qaisara.

Bagi mengelakkan kegiatan pengundian penyanyi yang telah diubah, Pengarah Hafiz merancang sesuatu idea bernas. Lelaki berusia itu mengangkat tubuh petugas bernama Aiman itu lalu meletakannya di atas kerusi bekerjanya.

"Batang kayu besbol tu, aku dah letak dekat tempat asalnya. Nasib baik lah, kepala dia tak berdarah. Boleh lah aku buat rancangan lain. So, aku dah letak balik budak tu dekat atas kerusi. Maybe, orang akan syak dia tertidur masa dia tengah kerja. Bukannya, orang akan syak yang budak ni sebenarnya dah pengsan sebab dah kena pukul dengan aku," tutur Pengarah Hafiz kepada dirinya.

"Budak tu memang akan tau yang ada orang pukul dia. Tapi, kalau dia bagi tau Pengarah Alif pasal dia kena pukul. Mesti lah Alif tu tak percaya, Alif tu kan mulut dia tak ada insurans, mesti dia cakap yang budak nama Aiman ni kuat tidur, makan gaji buta, tak pandai nak buat kerja. So, my work is done, aku kena pergi dewan tu. Yang penting, Farah dah menang lawan dengan Rania," ujar Pengarah Hafiz seraya ketawa kecil.

Pengarah Alif berasa marah tatkala mendengar kata-kata daripada Pengarah Alif sebentar tadi. Jejaka tersebut segera menghempaskan sebuah mangkuk kaca yang terletak di ruang pejabat bahagian belakang di dalam bilik tersebut.

Pengarah Hafiz tersentak tatkala mendengar bunyi hempasan kaca secara tiba-tiba di sebalik pintu yang terkuak itu. Lelaki itu kelihatan cemas lalu segera berlari lintang-pukang daripada bilik pengurusan undian penyanyi berkenaan.

Pengarah Alif menamatkan video yang telah dirakam olehnya mengenai perbuatan jahat Pengarah Hafiz sebentar tadi. Jejaka tersebut ketawa terbahak-bahak ketika melihat lelaki beredar dengan cepat selepas mendengar bunyi kaca terhempas itu.

"Kurang ajar punya jantan. Cakap mulut aku ni tak ada insurans. Sesuka hati saja dia cakap aku macam tu," omel Pengarah Alif sendirian.

"Tak apa lah kalau dia dah cakap macam tu. Yang penting, mesti Hafiz tu akan kena marah dengan Adni. Aku kenal lah Pengarah Adni tu macam mana. Sanggup buat apa untuk bahagiakan anak dia, Tengku Farah tu. I will upload this video on Youtube for sure. Kau tunggu lah nasib kau, Hafiz. Tak pasal-pasal saja kau kena pecat dengan Fantasy Entertainment nanti," bicara Pengarah Alif lagi.

Pengarah Alif beredar daripada bilik pengurusan undian penyanyi tersebut dengan segera. Jejaka berkulit hitam manis itu risau sekiranya dia akan dituduh kerana memukul petugas syarikat berkenaan.

Pengarah Alif juga mahu mengekori Pengarah Hafiz daripada arah belakang. Jejaka itu mahu mencari bukti untuk memastikan Pengarah Hafiz didakwa.

**********

Pengarah Adni sedang menunggu kehadiran Pengarah Hafiz di kawasan parkir kereta berhampiran bangunan Syarikat Penyiaran TVMas tersebut. Wanita itu mengerling jam tangan pada pergelangan tangan sebelah kirinya beberapa kali. Dia bimbang sekiranya Pengarah Hafiz telah tersilap langkah untuk menjayakan rancangan jahat mereka.

Pengarah Adni juga risau sekiranya lelaki itu terserempak dengan petugas syarikat sewaktu berada di dalam bilik pengurusan pengundian para peserta rancangan Classic Songs. Wanita itu mula berasa kurang senang pada hatinya.

Kelihatan Pengarah Hafiz berjalan menuju ke arah Pengarah Adni yang sedang berada di luar bangunan Syarikat Penyiaran TVMas tersebut. Wanita berkaliber itu berasa lega tatkala melihat lelaki itu yang sedang menghampiri dirinya.

Pengarah Alif berjalan menuju ke arah kereta berjenama Myvi miliknya yang diparkir di kawasan parkir kereta syarikat tersebut. Tiba-tiba, jejeka itu terserempak dengan Pengarah Adni dan Pengarah Alif yang sedang berbual-bual.

Pengarah Alif bergerak pantas untuk menghampiri Pengarah Adni dan Pengarah Hafiz. Pemuda itu berselindung di sebalik sebuah kereta berjenama BMW untuk merakam perbualan antara insan-insan berperwatakan licik itu.

Pengarah Alif mula mengeluarkan telefon pintar daripada poket seluarnya. Jejaka tersebut segera merakam perbualan antara Pengarah Hafiz dan Pengarah Adni.

"Sorry, Pengarah Adni. I lambat sikit buat kerja tu tadi. Tadi, ada masalah sikit dengan komputer tu. Nasib I dah selesaikan undian tu dengan cepat. Kalau tak, mesti dah ada orang yang masuk ke dalam bilik tu," jelas Pengarah Hafiz pada Pengarah Adni.

"Semua kerja I dah selesaikan. Tengku Farah confirm akan mengalahkan Rania Qaisara dalam first round. Actually, pesaing terdekat Tengku Farah tu Rania je. So, Farah mesti menang terus dalam episod ni sebab dia pasti akan kalahkan peserta-peserta lain dalam survival tu," tambah Pengarah Hafiz lagi.

"I mati-mati ingatkan yang you dah kantoi dengan pekerja-pekerja syarikat tu. Sebab dah lambat sangat. Nasib lah you akhirnya dah selesaikan kerja tu. Actually, I bersetuju dengan pendapat you tu. Memang Rania Qaisara tu ada bakat menyanyi yang lebih besar daripada anak I, Farah," tutur Pengarah Adni yang berterus-terang.

"Tak payah lah kita nak bersembang pasal Rania tu lagi. She's unrelated to both of us. Dia tu cuma musuh tetap I, you and Farah. Jom lah kita masuk dalam dewan tu sekarang. Sikit lagi kita akan tahu siapa pemenangnya. Eh, kita memang dah tahu siapa pemenangnya untuk first round ni. Siapa lagi kalau bukan, Tengku Farah," ujar Pengarah Hafiz seraya ketawa tebahak- bahak di penghujung kata-katanya.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now