#97

18 2 0
                                    

Tengku Farah tidak mampu berfikir secara waras. Gadis yang mengenakan seluar jeans paras atas lutut itu berjalan perlahan memasuki Zouk Club Kuala Lumpur. Dia mengambil kedudukannya di kerusi kecil yang terletak di sudut bangunan itu.

Lampu kelab yang memancarkan cahaya berwarna-warni menerangi seluruh bangunan kelab tersebut. Tiba-tiba, seorang wanita menghulurkan satu paket serbuk berwarna putih kepada Tengku Farah sebaik sahaja dia mendapatkan kedudukannya.

"Untuk apa ni aunty? Boleh ke saya makan? Is it dangerous?" soal Tengku Farah kepada wanita berkenaan.

"No it's not. Kalau makan rasa tengah berkhayal. Kalau you tengah stress, boleh hilang stress tu kalau makan ubat ni. Ambil lah, aunty bagi free saja for you," jawab wanita berkenaan dengan selamba.

Tengku Farah bingkas bangun daripada kerusi yang didudukinya lalu bergerak ke kaunter untuk memesan minuman berkarbonat, iaitu air Coca Cola. Sekeping wang not bernilai RM 100 dikeluarkan daripada dompetnya lalu diberikan kepada petugas kelab malam itu.

Tengku Farah segera mengambil gelas minuman itu lalu bergerak ke arah kerusi yang telah diduduki oleh dirinya sebentar tadi tanpa mengambil wang baki. Serbuk dadah jenis syabu dimasukkan ke dalam air minuman Coca Cola tersebut.

Air minuman berkarbonat, iaitu Coca-Cola mula diteguk sedikit demi sedikit oleh Tengku Farah. Gadis itu mula merasakan bahawa terdapat sesuatu yang menjadikan dirinya lebih bertenaga pada ketika itu.

Selesai meneguk air minuman berkarbonat, iaitu Coca Cola yang bercampur dengan serbuk dadah jenis ecstasy, Tengku Farah lantas bergerak ke arah sekumpulan remaja yang sedang asyik menari mengikut irama muzik moden.

Tengku Farah menari dalam kelab malam tersebut mengikut irama muzik yang dipasang, iaitu lagu berjudul 'One Last Time' yang dinyanyikan oleh Ariana Grande. Gadis itu seolah-olah tidak dapat mengawal pergerakannya setelah memimum air yang dicampurkan dengan serbuk dadah jenis ecstasy.

Tengku Farah merasakan bahawa melalui cara itu sahaja yang mampu membuatkan dirinya keluar daripada kepompong masalahnya. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, namun gadis anggun tersebut berterusan tenggelam dalam suasana hingar-bingar di dalam kelab malam berkenaan.

Tengku Farah tampak seperti tidak ambil peduli dengan risiko yang bakal dihadapinya andai kata Tengku Fadwah Adni mengetahui bahawa dirinya telah mengunjungi Zouk Club Kuala Lumpur. Tiba-tiba, telefon pintar berjenama iPhone 11 Pro yang diletakkan di poket bahagian pinggulnya bergetar. Itu menandakan bahawa seseorang sedang menghubunginya. Dia lantas mengambil telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan tersebut.

"Ara, where are you right now? Tau tak sekarang ni dah pukul berapa? Sekarang dah pukul 2! Where are you?!"tengking Tengku Adni.

"Ara tengah clubbing dekat Zouk Club ni. Mama tak payah lah cari Ara. Ara rasa best sangat clubbing dekat sini. Bye Mama, Ara nak sambung menari ni. Nanti kita jumpa dekat rumah," tutur Tengku Farah dengan selamba lalu menamatkan panggilan.

"Ara! Ara!" tengking Tengku Adni buat sekali lagi tatkala mendapat tahu bahawa Tengku Farah telah mematikan panggilan.

"Aku dah kata dah tadi. Jangan buat benda macam-macam. Dari gaya dia cakap, nampak macam tu bukan dia. Mesti dia dah terambil sesuatu ni. Maybe, she just took some drugs. Habis lah kalau orang nampak dia dalam club tu. Lepas satu, satu masalah Ara ni buat. Aku kena bawa balik dia sekarang sebelum jadi apa-apa yang lagi teruk dekat dia," bebel Tengku Adni sambil menukarkan pakaiannya kepada yang lebih sopan.

Tengku Adni menggaru kepalanya yang tidak gatal. Wanita itu segera menolak pintu gelangsar pada almari berkenaan.

Tengku Adni yang hanya mengenakan singlet berwarna merah jambu pada tubuhnya segera menutupinya dengan memakai hoodie berwarna hitam. Seluar pendek yang dipakai olehnya ditukarkan kepada seluar sukan.

Kunci kereta yang digantung di sebalik pintu bilik tidur lantas diambil olehnya. Wanita itu kemudiannya bergegas untuk mengjidupkan enjin keretanya yang terletak di bahagian halaman rumah.

***********

Tengku Adni memarkir kereta berjenama miliknya di bahagian bahu jalan berhampiran dengan Zouk Club Kuala Lumpur. Kelihatan kereta berjenama milik anaknya diparkir dengan kemas berdekatan dengan pintu masuk kelab malam tersebut.

Dari jauh, Tengku Adni tampak jelas sosok tubuh anaknya, iaitu Tengku Farah yang ingin melintasi jalan raya dalam keadaan wajah yang tertunduk. Wanita itu lantas mematikan enjinnya lalu berlari dengan pantas untuk menuju ke arah anak gadisnya.

Namun, Tengku Farah rebah secara tiba-tiba di bahu jalan sebelum melintasi jalan raya tersebut. Pengarah Adni menarik nafas lega setelah anaknya tidak berdaya untuk melintasi jalan besar berkenaan.

Orang ramai yang berada di kawasan tersebut tercengang tatkala melihat tubuh Tengku Farah yang terbaring lemah di bahu jalan tersebut. Mereka mula mendekati tubuh gadis itu yang tidak bergerak.

"Dia ni Tengku Farah, penyanyi popular tu."

"Betul lah tu. Dia Tengku Farah, anak Tengku Adni."

"Dia mesti baru lepas keluar daripada Zouk Club tu. Nasib belum sempat nak lintas jalan, dah pengsan dekat sini. Kalau tak, sia-sia saja kena langgar dengan kereta."

"Tak baik menfirnah. Tu kan dosa besar. Dah tu, jom kita bawa dia ke hospital. Mana lah tahu dia sakit ke atau apa-apa ke."

Suasana yang sunyi sebentar tadi menjadi riuh-rendah disebabkan suara orang ramai yang berbicara mengenai Tengku Farah. Tengku Adni segera mendekati tubuh anaknya yang terbaring lesu di atas permukaan bahu jalan yang dilitupi dengan rumput hijau. Wanita itu segera menyatakan sesuatu.

"Tolong angkatkan dia masuk ke dalam kereta saya. Biar saya yang bawa dia ke hospital," ujar Tengku Adni yang sengaja menukarkan personalitinya supaya kehadirannya di situ tidak menimbulkan sebarang masalah lagi.

Topi berwarna hitam dipakai kemas pada kepalanya. Cermin mata hitam juga dipakai bagi mengelakkan orang ramai mengesan kehadirannya yang merupakan seorang penyanyi lagenda negara, merangkap ibu kepada Tengku Farah.

Mujur sahaja Tengku Adni bertindak bijak untuk menukarkan personalitinya. Jika tidak, pasti wanita tersebut akan menerima tohmahan dan cacian hebat mengenai anggapan masyarakat terhadap Tengku Farah.

Dua orang pemuda yang berada di situ menawarkan diri mereka untuk mengangkat tubuh Tengku Farah ke dalam kereta milik Tengku Adni. Wanita berkenaan lantas mengucapkan terima kasih rerhadap dua orang jejaka berkenaan.

Serelah Tengku Farah telah dibawa ke dalam kereta, Tengku Adni segera menghidupkan enjin keretanya. Wanita itu membebel sendirian di dalam keretanya.

"Nasib lah aku tak menggelabah masa nampak Ara nak melintas jalan tadi. Kalau tak, dah lama orang syak yang aku ni tak pandai nak jaga anak. Nasib lah ada cermin mata hitam dengan topi dekat dalam ni. Pandai juga aku tukar suara aku bagi orang tak syak yang aku ni Tengku Adni," omel Tengku Adni sendirian.

"Ara ni, esok kena lah marah dengan aku. Stres sampai sanggup pergi clubbing. Aku tak tahu lah kalau esok ada berita pasal Ara nanti. Lagi lah aku mengamuk dengan dia," jelas Pengarah Adni seraya menggelengkan kepalanya secara berulang kali.

Wanita itu lantas memandu kereta miliknya dan beredar daripada kawasan premis Zouk Club KL berkenaan.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now