#16

40 3 0
                                    

Kereta Mercedes Benz E300 AMG Line diparkir berdepan dengan Sandra Steak Restaurant. Enjin kereta itu dimatikan lalu Tengku Rayyan dan Rania Qaisara memasuki restoran eksklusif yang terletak berhampiran dengan Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Gadis dan pemuda tersebut menduduki meja yang terletak di sudut penghujung restoran itu yang khas untuk pasangan romantik. Wajah Rania Qaisara mula menjadi kemerah-merahan kerana malu untuk menduduki meja yang khusus untuk pasangan romantik itu.

"Kau dah kenapa ajak aku duduk dekat meja berdua macam ni? Ingat aku suka kau? Jom pergi meja lain. Kalau tak aku report polis untuk cubaan merogol kau dekat aku. Jom pergi meja lain," marah lembut Rania Qaisara pada Tengku Rayyan dengan nada yang lembu.

Dahi pemuda kacak itu mula berkerut kerana risau Rania Qaisara akan membuat laporan cubaan merogol terhadap gadis itu. Tengku Rayyan terus mengajak gadis itu untuk menduduki meja yang berada di tengah-tengah restoran itu.

Suasana restoran itu sangat mendamaikan pengunjung-pengunjung yang mengunjungi restoran itu. Lampu dihiasi dengan cahaya yang agak malap menjadikan restoran itu sangat eksklusif. Dinding restoran pula dihiasi dengan pelbagai wallpaper berunsurkan Menara Eiffel yang menyerlahkan lagi kemewahan restoran itu.

Tengku Rayyan terus memanggil pelayan yang sedang bertugas di restoran berkenaan Sememangnya, jejaka itu gemar untuk bersiul berbanding memanggil pelayan sendiri bagi membuat pesanan makanan.

Setelah beberapa minit, muncul seorang gadis bertubuh kecil dan berpakaian baju serba hitam bertulis Sandra Steak. Kelihatan di tangannya memegang buku menu makanan restoran itu bagi memudahkan juadah makanan dipesan dengan segera.

Gadis berkenaan yang bertugas sebagai pelayan restoran mewah itu melemparkan senyuman manis terhadap Tengku Rayyan dan Rania Qaisara. Jejaka tersebut terus menyatakan menu makanan yang hendak dinikmati oleh dirinya.

"I wanna eat Lamb Steak With Sweet Pepper Sauce and Ice Lemon Tea With Pudina. And you Rania, what do you wanna eat?. Just order the food and drink and this is my treat," tutur Tengku Rayyan yang amat fasih dalam berbahasa Inggeris. Maklumlah, sudah lima tahun dia menduduki negara Amerika Syarikat.

"I also wanna same food and drink like him. Thank you, you may go," bicara Rania Qaisara yang juga fasih berbahasa Inggeris. Senyuman manis turut dilemparkan pada gadis waiter yang berambut perang itu.

Restoran eksklusif itu sememangnya menggunakan Bahasa Inggeris sebagai medium untuk berbual-bual dengan pelayan dan pemilik restoran tersebut. Tidak hairanlah mengapa restoran ini mengamalkan konsep sebegini kerana penghijrahan pemiliknya, Maria Sandra.

Pemiliknya juga telah berhijrah ke negara Amerika Syarikat untuk mempelajari pelbagai ilmu masakan negara terkenal tersebut. Akhirnya, Sandra telah kembali ke Malaysia untuk membuka sebuah restoran berasaskan makanan barat.

"Apa nama kau sebenarnya? Kita dah lama jumpa dan berborak tapi aku tetap lupa untuk tanya nama kau," soal Rania Qaisara pada jejaka di hadapannya itu.

Senyuman turut dilemparkan pada jejaka hidung mancung itu tanda persahabatan antara mereka. Rania Qaisara merenung wajah tampan milik Tengku Rayyan.

"Nama aku Tengku Rayyan Mikhail Bin Tengku Zulkarnain Shah. Nice to meet you," jawab Tengku Rayyan dengan ringkas.

"Aku actually duduk dekat KL and datang dekat Ipoh ni sebab nak jumpa kau," tambah Tengku Rayyan lagi.

Tidak jauh dari meja yang diduduki Tengku Rayyan dan Rania Qaisara, ada dua orang gadis yang sedang bergelak ketawa. Tiba-tiba, salah seorang gadis itu berhenti daripada ketawa lalu memberitahu rakannya mengenai kehadiran Rania di restoran itu. Kedua-dua gadis itu merenung tajam jejaka tersebut dan gadis berkenaan.

Gadis berbaju pendek yang menunjukkan pusatnya serta memakai seluar pendek paras peha bernama Ariana. Seorang lagi berpakaian baju lusuh berwarna hijau bergambar bibir wanita serta memakai seluar ketat berwarna biru laut yang terkoyak sedikit di bahagian betis dan lutut bernama Mary.

Kedua-dua gadis itu bangun dari kerusi yang didudukinya lalu membayar bil makanan dan minuman mereka. Kemudian, mereka bergerak ke meja tempat Rania Qaisara bersama Tengku Rayyan.

"May we have our seats, dear ultimate and the best mistress in Malaysia?" soal Mary dengan nada yang berlenggok-lenggok.

Rania Qaisara mula gelisah tatkala berjumpa dengan bekas rakan-rakannya iaitu Ariana dan Mary. Dia kembali mengingati peristiwa dia mengkhianati rakan baiknya sendiri. Sungguh dia tidak sanggup berjumpa dengan mereka lagi.

Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa besarnya dosanya terhadap Ariana, kawan baiknya. Dia hanya mampu tertunduk malu sambil menitiskan air matanya. Sungguh dia tidak mampu berhadapan dengan kedua-dua gadis itu.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now