#52

19 2 0
                                    

"Actually, keluarga Doktor Zarul dah hantar rombongan merisik ke rumah kita. Doktor Zarul nak jadikan Nia sebagai isteri dia yang sah. Tarikh pertunangan Nia dengan Doktor Zarul pun dah ditetapkan, iaitu pada tiga bulan lagi. Doktor Zarul kata lagi, dia akan tampung semua perbelanjaan pertunangan, perkahwinan and reception sekali. Best kan Nia berita ni?" soal Dato' Alia dengan penuh bersemangat.

Kedua-dua belah mata Rania Qaisara terbeliak ketika mendengar berita gembira yang disampaikan oleh Dato' Alia. Gadis tersebut seolah-olah tidak percaya dengan khabar gembira tersebut. Dia menggoyangkan tubuh ibunya berkali-kali.

"Mama main-main saja kan? Doktor Zaharul tak ada pun merisik Rania lagi? Dia tak ada pun nak bertunang, berkahwin dan buat resepsi bagai. Apa ni Mama? Kenapa buat Rania macam ni. I don't have any intention to get married right now. I just need to focus on my career as a singer. Please Mama. Jangan buat Nia macam ni," bicara Rania Qaisara sambil menggoyangkan tubuh Dato' Alia.

Riak wajah Rania Qaisara serta-merta berubah daripada ceria bertukar kepada riak bimbang pada wajahnya. Sungguh, gadis itu tidak percaya dengan segala pernyataan yang keluar daripada mulut ibunya, iaitu Dato' Alia.

"Mana ada main-main Nia. Mama memang dah terima risikan daripada Doktor Zarul," ujar Dato' Alia pada anaknya.

"Allahuakbar. Tapi kenapa Mama. Why don't you ask me in the first place? Kenapa Mama dah sampai tetapkan tarikh pertunangan Nia dan dia?" tanya Rania Qaisara sambil mencangkung dan menyandarkan badannya pada kereta jenis Toyota Vios berwarna putih.

Dato' Alia berada dalam posisi mencangkung lalu memimpin Rania Qaisara untuk berdiri bersama-sama dengan anak gadisnya iaitu, Rania. Wanita itu menggenggam kedua-dua belah tangan anak perempuannya itu.

"Tak adalah Nia. Tak payah lah Nia nak nangis-nangis. Mama main-main saja dengan Nia. Kita kan dah lama tak bergurau macam ni. Sorry lah kalau Nia tak suka. Sorry lah kalau my joking is too over. I'm sorry, my lovely daughter," jelas Dato' Alia meminta maaf.

"Mama ni nakal lah. Saja nak buat Nia anxious. Ingat betul-betul Doktor Shah dah merisik Nia dekat rumah Mama. Ish Mama ni, tak baik betul. Buang tabiat ke apa Mama ni nak jodohkan Nia dengan Doktor Zarul tu," tutur Rania Qaisara sambil mengesat air mata yang berlinangan di kedua-kedua belah matanya.

"Mama tak payah lah nak minta maaf dengan Nia. Nia ni yang dah terlalu banyak buat salah dengan Mama," ujar Rania Qaisara lagi kepada ibunya.

"Nia dah tolak Mama sampai Mama jatuh. Semua jadi macam ni sebab hati Nia dah jadi terlampau hitam. Disebabkan kejahatan yang dah Nia buat selama ini. Nia betul-betul minta maaf Mama. I couldn't be a good daughter for you," tambah Rania Qaisara lagi yang mula mengalirkan air matanya.

"Nia, jangan ungkit lagi pasal benda yang dah lepas. Jangan cerita lagi benda yang dah lepas. Semua tu dah lama lepas Nia, buang kan semua tu. Mama tak suka lah kalau Nia ungkit lagi pasal cerita yang dah lepas," jelas Dato' Alia kepada anaknya.

"Mungkin dulu Nia nakal. Tapi, Alhamdulillah Nia sekarang dah banyak sangat berubah. Mama betul-betul bersyukur dengan perubahan Nia ni. yang penting, Mama sayangkan Nia," bicara Dato' Alia lagi.

Dato' Alia dan Rania Qaisara berpelukan buat sekali lagi. Air mata membasahi pipi gebu milik kedua-dua orang insan tersebut. Wanita itu menepuk bahagian belakang tubuh anak perempuannya. Gadis itu menangis teresak-esak kerana ingin menahan tangisan. Gadis anggun tersebut melepaskan pelukan itu lalu menyatakan sesuatu kepada ibunya.

"Mama, kita dah lama bersembang ni. Jom jumpa manager yang uruskan hal Nia. Mama kan belum pernah jumpa dia lagi. Jom lah Mama jumpa dia," ujar Rania kepada Dato' Alia.

"Tak boleh lah Nia. Sebenarnya, Mama datang dekat sini pun sebab kebetulan. Mama kena pergi Korea. Produk Namasc dengan Femyeo tu dah dapat banyak permintaan dari sana. Sorry ya Nia tak boleh nak jumpa manager Nia tu. In Shaa Allah, nanti Mama akan jumpa dia sendiri," jelas Dato' Alia meminta maaf kepada anaknya.

"Congrats, Mama. Dah sampai sana Mama kembangkan produk arwah Papa. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Nanti kalau Mama ada masa, Nia bawa Mama jumpa manager Nia," bicara Rania Qaisara kepada ibunya.

"Thank you, Nia. Mama buat semua ni semata-mata sebab Nia dan arwah Papa. Dah, Nia. Mama kena pergi KLIA cepat. Ada hal sikit dekat sana. Bye, Nia. Assalamualaikum," tutur Dato' Alia sambil menghulurkan tangannya ke arah Rania.

Rania Qaisara bersalaman dengan Dato' Alia. Gadis berkenaan juga menjawab salam daripada ibu yang dia sangat sayangi itu. Wanita itu lantas memasuki keretanya untuk menuju ke lapangan terbang KLIA untuk berlepas ke Korea Selatan.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now