#69

21 2 0
                                    

Tengku Farah Laila mengenakan baju T-shirt berwarna merah jambu lembut pada tubuhnya. Seluar pendek jeans paras atas lutut dipakai olehnya. Tampak gadis berkulit putih tersebut sudah bersedia untuk memulakan latihan tarian.

Lagu berjudul 'Anaconda' yang dinyanyikan oleh Nicki Minaj diperdengarkan menggunakan sebuah komputer riba berjenama Apple Macbook Pro. Pembesar suara turut dipasang pada komputer riba tersebut bagi menghasilkan bunyi yang lebih kuat.

Langkah kedua-dua belah kakinya mula digerakkan ke arah hadapan, belakang, kiri dan kanan. Kepalanya mula digerakkan untuk mendalami lagu yang sedang didengari oleh gadis itu. Gadis anggun berkenaan menambahkan tariannya dengan sedikit gerakan pinggul. Pinggulnya digerakkan ke arah kanan dan kiti secara berulang kali. Dia juga menggerakkan tangannya mengikut alunan muzik yang dipasang.

Peluh mula merenik pada dahinya yang putih mulus. Kedua-dua belah tangannya mula dibasahi dengan peluh sehingga dia berasa dingin. Tengku Farah turut memusingkan tubuhnya secara berulang kali persis seorang penari balet. Kemudian, dia cuba untuk meregangkan badannya pada lantai yang ditutupi dengan kayu itu.

Bunyi telefon bimbit miliknya jenis iPhone 11 Pro berdering menunujukkan bahawa seseorang ada panggilan yang sedang masuk. Gadis berseluar jeans pendek tersebut mencapai telefon pintar miliknya yang terlertak di atas sebuah meja. Dia juga mengelap peluh yang membasahi leher dan dahi dengan menggunakan kain lap berwarna putih.

Tengku Farah menjawab panggilan telefon daripada sesorang individu. Gadis itu masih tidak berhenti daripada mengelap peluh yang membasahi badannya.

"Assalamualaikum, Tengku Farah. Ini saya, Presiden Rafiq. Macam yang Farah tahu, dua jam lagi, kita akan ada perbincangan dengan Pihak Pengurusan TVMas. Farah dengan saya akan pergi bersama-sama nanti. I'll meet you first in 30 minutes at the cafeteria," tutur Presiden Rafiq yang menghubungi Tengku Farah.

"Waalaikumussalam, Tuan Presiden. Okay I'll get ready right now. Thanks for informing me," ujar Tengku Farah seraya mematikan panggilan telefon.

Tengku Farah menjerit kegembiraan tatkala dirinya diajak untuk menaiki kereta bersama-sama dengan Presiden Rafiq. Gadis tersebut segera memasuki bilik mandian yang terletak di dalam bilik latihan berkenaan untuk membersihkan tubuhnya.

Selepas membersihkan tubuhnya, gadis ayu tersebut mengenakan sehelai baju kemeja berwarna merah jambu perempuan pada tubuhnya. Kain paras bawah lutut berwarna biru dan berbelang hitam turut dipakai olehnya.

Seusai mengenakan baju kemeja dan kain pada tubuhnya, Tengku Farah memakai kanta lekap berwarna perang pada matanya. Mascara dan celak turut dikenakan pada matanya untuk menambahkan seri pada matanya.

Minyak wangi berjenama Gucci Flora disemburkan pada tubuhnya bagi mempertingkat keyakinan dirinya. Beg tangan berjenama Gucci berwarna hitam dicapai oleh gadis tersebut lalu bergerak keluar daripada bilik latihan pelatih berkenaan.

Tengku Farah memasuki lif untuk menuju ke tingkat bawah bangunan Syarikat Fantasy Entertainment. Kelihatan Rania Qaisara sedang berada di dalam perut lif tersebut. Kedua-dua gadis itu akan bergerak menuju ke tingkat bawah bangunan.

"You nak buat apa dekat tingkat bawah tu? Nak jumpa sesiapa ke?" soal Tengku Farah pada Rania Qaisara untuk memulakan perbualan.

"I nak balik rumah sekejap. Ada benda yang I kena buat dekat rumah I," jawab Rania Qaisara dengan bersopan-santun.

"Nasib lah. Presiden Rafiq tak jemput dia sekali untuk pergi perbincangan dengan pihak pengurusan TVMas tu. Kalau dia ada, dah lama aku tak ikut sekali. Looking at her makes me feel so annoyed," omel Tengku Farah di dalam hati kecilnya.

"You nak pergi mana ni? Pakai baju cantik-cantik ni?" tanya Rania Qaisara pada Tengku Farah yang kehairanan.

"I have a meeting to be attended with the management of TVMas. I dijemput untuk bertanding dalam satu episod bagi rancangan Classic Songs nanti. Jangan lupa untuk tengok persembahan I nanti," bicara Tengku Farah yang sombong.

"Oh macam tu. Congrats for being chosen to be one of the candidates. Good luck," jelas Rania Qaisara pada Tengku Farah.

Pintu lif terbuka dengan luas menandakan mereka sudah sampai ke tingkat bawah bangunan syarikat. Tengku Farah segera bergerak keluar daripada perut lif tanpa menghiraukan ucapan tahniah daripada Rania Qaisara.

"Kenapa la kena sombong sampai macam tu sekali," Rania Qaisara bermonolog di dalam hatinya lalu mengeluh.

Dari jauh, Rania Qaisara melihat kehadiran Presiden Rafiq yang sedang menunggu kedatangan Tengku Farah. Presiden Rafiq memandang keadaan sekeliling tingkat bawah bangunan tersebut. Jejaka segak tersebut menyedari keberadaan Rania lalu melambaikan tangannya ke arah gadis ayu itu. Gadis tersebut membalas lambaian pemuda itu dengan melemparkan senyuman manis terhadapnya.

**********

"Assalamualaikum, Dato' Khalid. Kami daripada Syarikat Fantasy Entertainment. Nama saya, Tengku Rafiq selaku Presiden Fantasy Entertainment. Gadis di sebelah saya ni ialah Tengku Farah. Dan lelaki sebelah sana itu merupakan Pengarah Pemasaran kami, iaitu Pengarah Hafiz," tutur Presiden Rafiq seraya membongkokkan badannya.

"Waalaikumussalam, Presiden Rafiq. Hari ini, kita tak payah lah nak buat mesyuarat formal sangat. Kita buat santai saja. Mari duduk di sofa tu," ujar Dato' Khalid sambil berjabat tangan dengan Presiden Rafiq dan Pengarah Hafiz.

"Saya dah selidik pasal perkembangan Tengku Farah daripada awal-awal dia jadi trainee Syarikat Fantasy Entertainment. Saya tahu yang dia sangat berbakat dalam bidang nyanyian. Saya juga berasa terharu sebab Tengku ni sanggup bertanding dalam suatu episod rancangan Classic Songs nanti," bicara Dato' Khalid pada Tengku Farah.

"Apa-apa pun. Terima kasih pada Dato' sebab sudi jemput saya dalam rancangan Classic Songs nanti. Saya sebenarnya takut juga untuk bertanding dalam survival ni sebab semua penyanyi hebat-hebat belaka. In Shaa Allah, saya akan buat yang terbaik walaupun saya sedang mengalami jangkitan kuman pada tekak saya," jelas Tengku Farah.

"Jangkitan kuman pada tekak Tengku? Tengku Farah yakin yang Tengku boleh menyanyi dengan baik nanti? Bukan apa, saya takut Tengku tak mampu bertanding dengan baik nanti. Risau pula saya dengan keadaan Tengku. Kalau Tengku tak kisah, saya boleh cari penyanyi lain untuk gantikan Tengku," tutur Dato' Khalid.

"Saya sudah pun berbincang dengan Tengku Farah. Dia memang nak masuk survival ni walaupun dia ada masalah dengan tekaknya. Lagipun, Tengku Farah ni sangat berbakat. Satu Malaysia sudah tahu dengan bakat nyanyian yang luas dalam diri dia. Setakat jangkitan kuman pada tekaknya, I'm sure Tengku Farah won't have problems to deal with it," ujar Presiden Rafiq yang mewakili Tengku Farah.

Tengku Farah tersenyum seorang diri. Gadis tersebut berasa gembira kerana Presiden Rafiq sangat percaya dengan bakat yang ada dalam dirinya.

"Bagus lah kalau macam tu. Alhamdulillah. Syukur kepada Allah. Pihak kami juga berbangga kerana dapat mengundang hot singer macam Tengku Farah. Pasti ratings show akan tinggi sebab ramai nak tengok Tengku menyanyi," bicara Dato' Khalid sambil mengukirkan senyuman pada bibirnya.

Pintu pejabat milik Presiden Syarikat Siaran TVMas diketuk berkali-kali secara tiba-tiba. Kelihatan seorang pemuda memasuki pejabat tersebut lalu menduduki sofa di sebelah Dato' Khalid. Jejaka itu melemparkan senyuman pada semua yang berada di situ.

"Dato' Khalid, ada berita tergempar dan berita buruk. Pihak siaran kita terpaksa tukar penyanyi yang bernama Malik Yusoof tu untuk rancangan Classic Songs. Nanti saya akan cetak senarai penyanyi yang boleh digantikan dengan dia," jelas jejaka itu.

"Kenapa pula pihak kita kena tukar Malik Yusoof dengan tiba-tiba? Bukan ke dia dikategorikan sebagai penyanyi yang berbakat? Kenapa dia kena ditukarkan?" tanya Dato' Khalid pada pemuda tersebut.

"Dia terlibat dalam satu kes khalwat dekat hotel dengan seorang artis terkenal Malaysia," jawab jejaka berkenaan.

Melodi CintaWhere stories live. Discover now