"Nia!!!!!! Bangun!!!!!! Kerja oi!!!!!!!" Syazana selaku kawan baik Rania Rafesya atau housemate Rania tergesa gesa menyiapkan diri. Weh dah pukul 9! Kena sampai pukul 10 cun ni!
"Iyeeee aku bangun ni" alahai malas betul lah. Hari hari aku terpaksa turun awal demi bff aku. Dia takde kereta. Dia tumpanglah aku tiap tiap hari. Haih aku? Pakai kereta Myvi putih je. Kalau diikutkan aku ni diletak bahagian hiburan pukul 11 baru start kerja. Haih Syaz ni pulak bahagian jenayah. Terpaksa turun awal sebab nak hantar dia.
Ha! Siapa yang baru kenal kat Rania Rafesya ni.... Meh kenal kenal sikit. Okay aku bekerja di syarikat Harian Akhbar. Aku memang hari hari kena update pasal artis Malaysia. Kadang kadang seronok kadang kadang leceh. Yelah macam macam je benda jadi kat artis sekarang. Hm boss aku? Ehhhhhh boss baikkkkk sangat. Iye baiklah sangat.
********
Kini Rania dan Syaz sampai di bangunan yang besar dan tinggi ye tempat mereka bekerja. Bangunan je sama tapi tingkatnya lain. Syaz bahagian jenayah tingkat 3. Kalau korang nak tahu Syaz ni garang tau. Memang patut tolong polis selalu hehe. Aku pulak tingkat 5. Jauh betul.
"Nanti lunch kau free tak Syaz?"
"Sorry aku tak free. Hari ni aku kena pergi balai ada kes baru" Syazana terus beredar meninggalkan Rania setelah pintu lif terbuka di tingkat 3. Haih redha je lah takde teman. Aku bahagia hiburan ni santai je.
Rania berjalan lemah longlai ke tempat duduknya di dalam pejabat. Haih aku tak tahu kenapa hari ni aku malas sangat.
"Goodmorning!!!!!!! Assalamualaikum!!!!! Hai Nia!" haih siapa lagi kalau bukan rakan sekerja aku. Ke mana aku pergi nak interview orang situ jugaklah dia ada. Ha nama dia Alif Farhan. Panggilje fahan.
"Hmm waalaikumussalam" Rania menjawab salam Farhan dengan begitu malas.
"So! Han ada cerita baru ni"
"Iye aku tahu. Kau memang bagus, hari hari adaje dapat berita. Aku sekali pun takpernah mengharap kat kau je tahu bla bla bla bla" panjang betul kata kata Rania.
"Alaaa Nia ni. Lekla, belum ada rezeki Nia kan. Okay back to our first conversation. Nia kenal tak pelakon Aizat ?"
"Bapak kau! Gila tak kenal! Famous tu!"
"Takpayahlah nak jerit! Nanti keluar pulak Encik buncit tu" terhibur pulak Farhan. Encik Buncit ni boss diorang. Tuan Azhar.
"Okay okay sorry aku excited. So kita nak interview dia ke!" bercahaya mata Rania. Amboi gatal.
"Taklah. Mana ada! Farhan nak kita dua siasat latar belakang hidup dia"
"Eh kenapa pulak? Ada papa ke?" hairan pulak Rania.
"Tak macam ni. Semalam Farhan baru je balik dari beli barang dapur"
"Ha ha ha barang dapur macam pompuan ah!" tekekek Rania.
"Ish Nia ni!Tumbok kang. Dengar dulu" Rania kembali serious.
"Lepastu Han terlanggar dia. First Han tak perasan. Bila tengok susuk badan memang dia tau Nia! Okay and then ada pulak seorang lelaki bawak pistol Niaaaaaaaaa kejar Aizat tu! Seram Han tengok tau Nia!" panjang lebar Farhan bercerita.
"Ish kau ni! Takkanlah ! Mungkin tengah shooting kah! Kita mana tau"
"Alaaaaa Han taknampak pon mana mana camera, pengarah or apa apa je yang ada kaitan ngan shooting"
"So apa kaitan pulak dengan siasatan Farhan tu"
"Ha! Han curious tau! Kena siasat ni!"
"Okay" tiba tiba muka Rania bertukar sedih.
"Nia, kenapa sedih pulak ni?" risau Farhan.
"Hm.... Bila lah aku nak dapat hasil kerja aku sendiri" buat buat menangis pulak dah.
"Nia ni. InsyaAllah nanti adalah tu Nia. Sekarang ni kita focus kisah Aizat okay?" senyum ikhlas Farhan.
**********
one two three action!"Kau siapa! Kau jangan nak tunjuk belang kat sini! Aku bapak kawasan!" tak semena mena lelaki yang ada di hadapan Rayyan ditumbok dan disepak.
Cut!!!!!
"Good job guys! Sampai sini je lah. See you all tomorrow okay?" bertepuk tangan pengarah filem tu.
"So lepasni encik kena meeting pulak eh" pengurus Rayyan Danial atau Farah menguruskan segalaa jadual harian selebriti ini.
"Tak payah. Cancel je. Kau tak nampak ke aku baru habis shooting penat tahu tak!" kan dah kena marah. Rayyan ni dingin orangnya. Memang dia tak melayan perempuan lagi lagi perempuan yang tak sekaya dia. Ayah dia tan sri. Ada syarikat sendiri. Syarikat televisyen. Sebab tu lah Rayyan ni senang senang jad pelakon.
DO READ MY NEW STORY !
TERLALU ISTIMEWA
VOTE FOR IT! COMMENT FOR IT! ILL APPRECIATE ALL OF PEOPLE WHO DO THIS FOR MY MEW STORY ❤
KAKAK KAKAK ABANG ABANG YANG KACAK LAGI SHANTIKS SILA SILA BACA CERITA BARU DARI SAYA
TERLALU ISTIMEWA OKAY ?😝❤

CZYTASZ
MR PERFECT MILIK AKU !
Romans[ COMPLETE ] *************** Soalan yang sering bermain di minda Rania Rafesya kini sudah terjawab. Mengapa hatinya semakin membenci lelaki bernama Rayyan Danial ? Perasaan ego dan benci semakin menghilang setelah Rania dan Rayyan bersama namun , ba...