6

178 11 0
                                    

Tiba tiba lampu lif menyala. Alhamdulillah syukur. Lif pun terus bergerak ke tingkat 3. Ramai betul orang menunggu kitorang dekat luar lif. Termasuk Abdul dan Farah.

Banyak betul wartawan yang sedang menangkap gambar kami. Aku kenal salah seorang wartawan tu. Cepat cepat aku melarikan diri dari semua orang. Taknak kena gosip sekali.Fuh.

Baru sahaja Rayyan hendak bercakap dengan Rania dah hilang. Susah dia nak kejar sebab banyak sangat wartawan yang ada di sekeliling Rayyan. Pihak hotel meminta maaf dengan Rayyan sebab bantuan baru sampai dan lif rosak.

"Encik, encik okay tak? Kenapa baju encik basah?" Farah memberi towel kepada Rayyan. Abdul mengelap badan Rayyan yang basah menggunakan towel yang diberi.

"Takde apalah. Aku mandi kolam malam tadi. Lepastu lupa bawak baju lain" mata Rayyan masih lagi mencari cari perempuan yang dia tidak kenali. Nama dia taktahu. Ye memang haritu Rania ada kenalkan diri. Tapi Rayyan tak ambik tahu.

Uish! Apa kena dekat kau ni Rayyan. Peduli apa dekat minah ketam tu. Mana boleh! Aku dah sentuh dia kot! Satu persatu suara sedang menghantui minda Rayyan. Abdul sedang sibuk melayan wartawan manakala Rayyan malasnak bercakap bagai dia pon balik bilik. Farah? Farah dah diarah untuk urus keluar masuk dia di hotel ni. Hari ni kan nak check out.

Rayyan memerhati lama pintu bilik di sebelah biliknya "556". Rayyan menguak pintu biliknya perlahan dan menutup rapat. Dia terus membaringkan diri di atas katil.

Hah! Penat! Tidur duduk semalaman. Dia masih lagi terbayang bayang tentang kejadian malam tadi. Terbayang wajah Rania. Gelak tawa Rania. Cengeng Rania masa dia tinggalkan Rania dekat pantai tu.

tok tok tok pintu biliknya diketuk. Potong stim doh!

"Who?" suara garau Rayyan memenuhi satu bilik itu. Tiada sahutan. Eyy malas betul aku nak angkat.

Rayyan membuka pintu biliknya sedikit. Pelik takde orang pun.Rayyan memandang bawah pintu. Ada sekeping sampul surat dan beg kertas kecil.

"Mesti dari peminat ni, malaslah aku nak baca" Hek eleh sombong punya artis. Abdul yang baru datang terus diarah untuk membuangnya.

Tak tahulah kenapa hati Rayyan tergerak nak tahu siapa yang menghantarnya.

"Abdul. Apa nama yang dinyatakan di surat itu tadi?"

"Rania Rafesya"

"Oh peminat mungkin. Dah buang belum?"

"Sudah"

"Apa isi dalam beg kertas tadi?"

"Jacket rasanya. Warna hitam"

Terduduk Rayyan yang sedang berbaring tadi. Serious? Takkan pompuan tu! Tiba tiba Rayyan seakan akan teringat sesuatu.

flashback

"Oh terima kasihlah nak kenal dengan saya.Saya taktahu pulak awak ni ramah dengan orang biasa sampai nak berjabat tangan hehe. Saya Rania peminat awak"

end of flashback

Ha percakapan Rania semasa berlanggar dengannya kelmarin. Tepuk dahi. Itulah sombong sangat. Kan dah makan diri.

"Kau buang kat mana barang tu?" risau Rayyan bertanya.

"Tong sampah dekat lobby seperti yang diarah encik" Abdul senyum berbicara.

"Aduhhhhh dahla keluar. Aku nak duduk sorang!!" tengking Rayyan. Abdul keluar dengan hati yang sabar. Kenapa entah tiba tiba emo.

Rania menyurung bagasinya yang becartoon spongebob squarepants. Tak senonoh betul. Air di dalam Coffee cup di tangannya sudah habis disedut. Rania berjalan menuju ke tong sampah di lobby hotel.

"Amboi! Ni surat dengan beg aku! Takguna punya mamat. Lek je dia buang barang aku" Huaaaa rasa nak menangis. Rania mengorek ngorek sampah untuk mencapai surat dan beg berisi jacket Rayyan. Peduli apa aku kalau orang nak fikir aku ni ngorek sampah.

Haih. Salotape dekat sampul surat ni pun tak terusik. Sungguh retak hatinya dilayan orang sebegini. Daddy aku sendiri taklayan aku camni. Rania terus keluar meninggalkan hotel yang penuh dengan kisah duka dan lara itu untuk menuju ke lapangan terbang.

"Dekat mana?" Rayyan bercakap dingin. Bagasi yang berisi pakaiannya disurung oleh Farah.

"Dekat sini" Abdul menunjukkan tong yang menjadi tempat dia membuang surat Rania.

"Tunjuk dekat aku buat apa. Cariklah cepat!!" kan dah kena tengking. Sabarje hati Abdul ni. Memanglah aku tunjuk sebab dia yang tanya "dekat mana" tadi kan readers sekalian.

Setengah jam Abdul menyelongkar tong sampah itu. Tapi hampeh tiada pun surat dan beg kertas yang dibuangnya sebentar tadi. Kejam betul Rayyan layan pekerjanya begini. Semua mata pelancong dan pekerja hotel tertumpu pada mereka.

"Err encik. Tak ada" menunduk Abdul takut. Dia bukanlah takut kena tengking cuma dia takut kena pecat kalau takjumpa. Susah betul nak jumpa lelaki macam Abdul kan. Penyabar. Selalunya kalau lelaki sama lelaki ni cepat gaduh.

"What!!!!! It's okay. Let it be. Kemas !" Rayyan berjalan dingin menuju ke pintu keluar hotel.

*******
Rania duduk menunggu di tempat menunggu.

"Lamanya flight ni" jam baru pukul 10 pagi. Flight 11 pagi. Ada sejam.

Baik aku minum lagi bagus. Rania menyurung bagasinya sekali lagi. Dia menuju ke Starbucks Coffee yang ada di lapangan terbang itu.

"Americano one please"

"Nope! Two please!" mana pulak datang suara yang menyibuk aku ni.



FINISH ! TIBER RAJIN NAK UPDATE BERTURUT TURUT HARI. So voted and comment if ada yang takpuas hati dengan cerita ni or nak bagi suggestions ke. Sila sila lah ....

BEFORE THAT !!!!!!!!

korang nak tau banyak lagi cita best tak ? Ha ! Meh baca berjemaah cerita dari hnaasha

I love you encik suami.

SAYA DAH BACA TAU! THUMBS UP YEAH.

MR PERFECT MILIK AKU !Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang