3

191 15 0
                                    

I phone Xs Rayyan berdering menandakan ada yang menelefon. Nama suda tertera di skrin telefon.

anabella💗 amboi siap ada love. Girlfirend ke? Nope pantang lelaki bernama Rayyan Danial suka kat pompuan sebab? Nanti nantilah cite hehee Ha Aina Nabila ni cousin rapat Rayyan memang dari kecil dah rapat. Sebabtu dia layan Bella ni macam adik dia sendiri.

"Hey Danny! How?" Bella seperti risau bertanya.

"It's perfect. Bella takpayah risaulah. Dahdah Danny sibuk ni" terus Danny mematikan panggilan. Amboi.

"Inilah sebabnya aku tak suka perempuan. Macam macam masalah. Haih nasib baiklah Bella tu sepupu aku kalau bukan memang taklah aku nak tolong" bercakap sorang Rayyan. Nasib baik takde orang hehe.

**********

Malam pon tiba. Jam menunjukkan pukul 8;12 malam. Usai solat Isyak Rayyan melipat sejadahnya dengan kemas. Dia kemudiannya duduk di birai katil.

Dia bercakap di dalam hati 'hari ni last aku dekat pulau pinang sepanjang aku shooting kat sini belum ada masa lagi nak berjalan jalan esok dah balik haih nak buat apa eh sekarang ni"

Rayyan menyarungkan t-shirt putih dan mengenakannya dengan jacket hitam di luar. Dia menggunakan tracksuit biru tua je dengan cap. Yelah artis kan takut orang nampak. Dahla Abdul takde.

*******

Angin bertiup tenang. Uih terasa sejuk pulak Rania di situ. Dia berjalan jalan di sepanjang pantai. Uih malam malam ni mana ada orang main dekat bawah laut sana. Memang rambo lah Rania. Sedang dia berjalan tenang adoh terjatuh pulak. Tak perasan dekat bawah ada batu. Yelah gelap kan org semua dekat atas aku je main dekat bawah.Basah baju Rania terkena air laut.

"Hoiiii!!!!!" terkejut Rania kerana disergah oleh seseorang.

"Astaghfirullahalazim ya Allah lindungilah aku dari segala makhluk halus" dia memejamkan matanya dek kerana takut. Rania kaku. Dia masih duduk di atas air laut itu.

"Hey! Kau dah gila ke? Mandi laut malam malam macam ni? Kalau aku tak perasan kau jatuh takde orang tahu kau nak lemas ke mati ke ape tau!" oh manusia rupanya. Lega hati Rania. Terus dia berdiri dan menjauhi air laut sedikit.

"Siapa cakap saya nak mandi laut. Saya berjalan je lah! Awak siapa nak sibuk!" bergetar getar suara Rania. Sejuk punya pasal.

Tiba tiba Rania terasa seperti terpijak sesuatu! Ya Allah boleh pulak terpijak ketam. Tak semena mena Rayyan Danial dipeluknya.

"Allah..... Ketammmmm bawak jauh jauh untuk saya please......" makin kuat Rania memeluk Rayyan.

Rayyan kaku. Dia tidak pernah disentuh mana mana perempuan sebelum ni. Eh! Perempuan ni? Dialah yang sentuh tangan aku tadi. Sekarang peluk aku pulak!

Rayyan perlahan lahan mengangkat tangannya dan tangannya bergerak ke belakang badan Rania. Nak peluk balik ke ? Heh memang taklah! Pap tamparan yang padu dikenakan oleh Rayyan ke belakang badan Rania.

Terkejut Rania. Terus dia meleraikan pelukkannya. Malu menguasai dirinya. Apa aku buat ni!

"Kau sentuh aku lagi sekali kau siap eh! Tadi kau sentuh tangan aku sekarang nak peluk aku pulak?!" muka takut Rayyan keluar. Eh ! Ni kira gangguan seksual tau!

" Apa ni! Saya tak sengaja lah! Saya minta maaf sangat sangat saya takut ketam" Rania menahan diri dari menggigil. Yarabi sejuklah! Basah kuyup ni!

"Eeeeee!!! Pelik lah kau ni!" makin takut Rayyan melihat Rania seram lah aku perempuan macam ni! Tanpa membuang masa Rayyan terus meninggalkan Rania seorang diri.

"Hek eleh blah macam tu je. Ingatkan nak tolong aku tadi. Baru nak berangan cite Korea mana tahu dia sarungkan jacket dia kat aku hehe"tersengih sengih Rania. Bongoklah kau Nia ! HAHAHAHA ouch ! kenapa tapak kaki aku macam sakitni! Pulak dah. Berdarah kaki Rania terkena sepit ketam mungkin.  Dia terduduk dek kerana sakit. Taktahu nak buat apa.

Tanpa sedar ada sepasang mata yang sedang memerhati Rania. Siapa ? Lah Rayyan rupanya. Dia takdelah jalan jauh sangat tadi. Lepastu dia rasa macam tak sedap hati dia perhatikanlah pompuan tu dari jauh.

Air mata Rania menitis sikit demi sikit.
"Ya Allah first time macam ni. Aku tak pernah lagi sakit macam ni sorang sorang. Selalu daddy ada temankan. Betul cakap daddy aku" tak habis luahan hati Rania ada pulak manusia dari mana entah menyarungkan jacket ke badan Rania. Terperanjat Rania. Omo! Berangan aku menjadilah. Cepat cepat dia mengesat air matanya.

"Bak sini kaki kau" eh Rayyan Danial? Eleh caring jugak dia ni rupanya. Ingatkan dah blah tadi.

"Ouch! Sakitlah"

"Tahanlah sikit! Macam budaklah. Dahla menangis congek betul" Rayyan membalut luka di kaki Rania dengan menggunakan sapu tangannya yang sedia ada di dalam poket seluar.

"Senyum senyum pandang aku kenapa?" terhenti senyum Rania. Potong stim ah!

"Mana ada pandang awak ouch!!"

"Ha tipu lagi kan luka tu dah buat kau lagi sakit" ketawa Rayyan Danial. Rania diam. First time tengok Rayyan senyum dan ketawa. Sepanjang hari ni aku jumpa dia masam je muka. Handsome. Perfect sungguh. Aku perhati setiap inci muka dia. Mata hijau. Hidung mancung. Bibir sexy auch. Full package HUAHUAHUA

Terhenti ketawa Rayyan apabila dia perasan Rania sedang memerhatikannya. Kenapa dengan aku ni. Sebelum ni aku takpernah ketawa hanya disebabkan seorang perempuan. Berdehem Rayyan.

"Kalau takde apa aku blah dulu, boleh jalan tak?"

"Boleh boleh" control malu Rania.

"Betul?"

"Iye"

"Kau tak takut?"

"Nak takut buat apa?"

"Dah malam ni orang dekat ataspon macam dah balik semua kita je tinggal kat pantai ni nanti ada pulak hannnnn faham fahamlah kau"

"Tak takut hantu. Allah kan ada" selamba je Rania menjawab.

"Bukan hantu biasa biasa tau kat sini"

"Hantu apa?" riak betul muka Rania menandakan dia taktakut

"Hantu ketam" terus Rayyan berjalan meninggalkan Rania.

"Hantu ketam! Awak tunggu!!!!" Rania terencot encot mengejar Rayyan. Tersenyum lelaki itu.







hey readers so how ? everything's okay from part one until three ? i hope so. goodnight y'all :)

MR PERFECT MILIK AKU !Where stories live. Discover now