Bella berjalan masuk ke dalam wad Rayyan.
"Bella janji, sebelum Danny buat pembedahan Rania pasti datang. Assalamualaikum"
"Bella" langkah Bella terhenti setelah namanya dipanggil.
"Aku dah maafkan kau"
Bella tersenyum. Dia mengangguk dan terus beredar keluar.
******
Rania menunggu lama di cafe itu. Kalau ikutkan hati memang malas dia nak melayan orang tu tapi dia rimas, setiap jam orang itu merayu supaya Rania dapat berjumpa dengannya.Seorang wanita yang memakai dress labuh sambil rambutnya diikat satu. Senyum Rania serta-merta mati melihat kehadiran wanita itu.
"Kau rupanya. Buat apa nak jumpa aku? Nak bagi kad nikah kau dengan Rayyan ke" Rania senyum sinis.
Bella berjalan ke tepi Rania duduk melutut mencium lutut Rania sambil menangis.
"Raniaaaaa aku minta maaf. Aku salah. Maafkan aku Rania" makin deras air mata mengalir. Alangkah terkejutnya Rania melihat tindakan Bella itu.
"Bella, jangan macam ni. Malu orang tengok" Bella mengangguk sayu dan duduk semula di kerusi hadapan Rania.
"Aku minta maaf Rania,semua salah aku. Aku yang bawa Rayyan jumpa Azhar. Aku yang upah Azhar untuk reka cerita pasal kau. Pasal Rayyan curang tu tak betul. Aku hanya sengaja berlakon seperti girlfriend Rayyan sebab aku nak sakitkan hati kau. Aku minta maaf Rania" air mata masih berlinangan.
"Kau rupanya dalang semua ni" Rania tersenyum hambar. Sungguh segala kesakitan aku menahan pedih dilayan Rayyan kejam kau takkan dapat rasa Bella.
"Aku tak paksa kau untuk maafkan aku. Aku hanya nak kau balik untuk Rayyan Rania. Kau baliklah jumpa Rayyan. Dia sakit sekarang ni. Dia rindukan kau. Dia dah menyesal Rania. Aku merayu pada kau"
'Menyesal konon' hati Rania berkata begitu.
******
"Tuan Rayyan, kita tak boleh tunggu lama. Kita kena jalankan pembedahan secepat mungkin" kata doktor lelaki itu."Bagi masa sikit lagi doktor, saya nak tunggu isteri saya sebentar. Tolong lah doktor" Rayyan merayu-rayu kepada doktor itu.
"Baiklah, lagi 30 minit ya tuan"
Rayyan tersenyum gembira.
Kata-kata Bella terngiang-ngiang di kepalanya.
Rayyan sakit? Sakit apa? Sampai Bella sendiri yang datang jumpa aku?
Akhirnya Rania kalah. Dia naik teksi dan menuju ke kawasan perumahannya bersama Rayyan.
Dia menarik nafas panjang semasa berada di hadapan pintu rumah. Rania mengetuk pintu rumah. Namun Rayyan tidak membuka. Kereta ada pasti Rayyan ada di rumah. Sekali lagi Rania mengetuk namun hampa, Rayyan masih lagi tidak membuka. Perlahan-lahan dia cuba untuk membuka pintu rumah. Tidak berkunci.
"Rayyan" Rania memanggil-manggil nama Rayyan. Tiada sahutan. Dia mencari di dapur, ruang tamu dan tandas. Rayyan tiada. Rania gagahkan jua untuk menaiki tangga menuju ke bilik atas. Sungguh hati Rania pedih teringatkan peristiwa buruk yang berlaku di dalam rumah itu. Dia membuka pintu bilik Rayyan. Kosong. Rayyan tiada di rumah.
Dia berjalan masuk dan memandang katil sayu. Kenangan-kenangan manisnya bersama Rayyan di atas katil mula terbayang. Gurauan-gurauan manja Rayyan, rajuk Rayyan dan telatah Rayyan membuatkan Rania tersenyum. Langkahnya terhenti setelah berada di hadapan meja solek. Rania terlihat satu kertas putih di atasnya. Kertas itu adalah rekod perubatan Rayyan di hospital. Alangkah terkejutnya Rania. Dia terus bergegas menuju ke hospital.
******
"Bella, mana Rania?" gembira sekali senyum yang terukir."Maafkan Bella Rayyan. Bella tak dapat meyakinkan Rania untuk datang jumpa Rayyan"
Senyuman gembira Rayyan mati. Senyuman kelat pula diukir.
"Takpalah Bella. Danny redha. Doktor shall we ?" doktor lelaki itu tersenyum. Nurse-nurse mula menyurung katil Rayyan untuk ke bilik pembedahan. Datin Hasma, Amran, Bella, Tan Sri Kamal dan Farah berada di hadapan bilik bedah. Mereka semua tersenyum melihat Rayyan yang sedang disurung tetapi jauh di sudut hati menangis melihat keadaan Rayyan. Farah dan Amran pula sibuk bersorak untuk memberi semangat kepada Rayyan. Rayyan hanya tersenyum kelat.
"RAYYAN!"
Semua memandang Rania terkejut. Menangis Rania berjalan menuju ke katil Rayyan. Nasib baik sempat sebelum pembedahan.
"Rayyan, Rania minta maaf. Maafkan Rania. Rania berdosa pada Rayyan sebab dah tinggalkan Rayyan. Rania jahat, Rania tak tahu suami Rania sendiri sakit tetuk macam ni" teresak-esak Rania menangis sambil memeluk Rayyan yang sedang terlantar erat. Pilu hati Rania melihat keadaan suaminya yang lemah itu dan kepala Rayyan yang sudah tidak berambut.
Rayyan turut menangis.
"Hubby dah maafkan sayang. Hubby pun nak minta maaf. Hubby kejam. Hubby berdosa pada anak kita. Hubby bodoh"
"Jangan cakap macam tu hubby. Sayang dah maafkan hubby"
"Doakan hubby sweetheart" Rayyan mengukir senyuman.
"Nia sayangkan Rayyan"
"Rania, sini jap" Rania mendekatkan mukanya ke muka Rayyan. Rayyan mengucup dahi isterinya dengan penuh kasih sayang sambil air mata berlinangan. Makin kuat Rania menangis. Giliran dia pula mencium pipi Rayyan. Sempat Rayyan mengusap lembut perut Rania.
"Hubby pun sayangkan sweetheart, cantik isteri hubby bertudung" Rayyan tersenyum. Katilnya disurung masuk ke dalam bilik pembedahan.
Rania masih lagi menangis. Datin Hasma turut menangis. Dia memeluk Rania erat di tempat menunggu.
"Banyakkan berdoa ya sayang"
Rania mengangguk lemah. Air mata cuba dikesat. Dia harus kuat untuk suaminya.
Ya Allah sesungguhnya kau maha berkuasa lagi maha mengasihani
Kasihanilah hamba mu ini
Permudahkanlah segalanya
Amin.
KAMU SEDANG MEMBACA
MR PERFECT MILIK AKU !
Romansa[ COMPLETE ] *************** Soalan yang sering bermain di minda Rania Rafesya kini sudah terjawab. Mengapa hatinya semakin membenci lelaki bernama Rayyan Danial ? Perasaan ego dan benci semakin menghilang setelah Rania dan Rayyan bersama namun , ba...