Setiap hari Rayyan ke hospital untuk rawatan chemotherapy. Setiap hari juga dia teringatkan Rania. Apalah khabar isteri aku. Mesti dia dah bencikan aku.
"Danny, makan sikit" Datin Hasma membawa satu mangkuk bubur untuk Rayyan yang sedang terlantar di atas katil biliknya.
"Takde selera lah"
"Danny mana boleh macam ni. Chemotherapy tu perlukan tenanga, kalau takde tenanga cane nak sihat"
"Kalau Rania ada pasti dia dah membebel sebab Danny taknak makan" Rayyan tersenyum kelat.
"Danny, pasal Rania kita boleh settle kemudian. Lagipun dia tak pergi jauh tu yang penting jaga diri kamu, kalau kamu sakit cane nak jumpa Nia?"
Rayyan hanya mengangguk lemah. Datin Hasma keluar atas permintaan Rayyan untuk bersendirian.
Rayyan duduk menyandar katil dalam keadaan lemah. Dia mengangkat mangkuk bubur menyuap sendiri bubur ke dalam mulut.
"Okay, disini saya ada satu lagu buat isteri tercinta terimalah......."
Memenangkan hatiku bukanlah suatu hal yang mudah
Kau berhasil membuatku tak bisa hidp tanpamu
Menjaga cinta itu bukanlah suatu hal yang mudah
Namun sedetik pun tak pernah kau berpaling dariku
Beruntungnya aku dimiliki kamu
Kamu adalah bukti
Dari cantiknya paras dan hati
Kau jadi harmoni saat ku bernyanyi
Tentang terang dan gelapnya hidup ini
Kaulah bentuk terindah
Dari baiknya tuhan padaku
Waktu tak mengusaikan cantikmu
Kau wanita terhebat bagiku
Tolong kamu camkan itu."Semoga Allah sentiasa sematkan rasa cinta dan sayang kepada awak dalam hati saya" semua tetamu bertepuk tangan.
Kenangan masa persandingan bermain di minda. Sambil Rayyan menyuapkan bubur sendiri, air mata juga jatuh.
"Nak join sekali ke?"
"Ish diam ah! Saya penat ni"
"Wei"
"Apa lagi?"
"Kau nak tak hilang kan penat?"
"Wei aku tanya ni jawablah"
"Hm amende?!"
"Buat anak lah! Confirm hilang penat!"
"Mandi dululah err ok bai!"
Kenangan waktu honeymoon pula menghantui diri Rayyan.
"Nak buat apa kat sini? Dahla gelap duduk je? Buat penat je mendaki"
"Shhhhhh just look at the sky"
Alangkah indahnya bintang bintang yang berkelipan di langit. Mata Rania tidak berkelip melihat keindahan maha pencipta itu.
"Rania"
"Hm"
"Kau nampak bintang tu?"
"Yep"
"Kau nak tahu tak"
"Kau bagaikan bintang di atas langit. Kau buat hidup aku yang gelap keseorangan bercahaya, keindahan yang ada pada diri kau sama seperti bintang. Kau lengkapkan hidup aku Rania Rafesya"
"Aku ada lagu untuk kau"
Di antara beribu bintang
Hanya satu yang paling terang
Di antara berjuta orang"Kau yang paling aku sayang. Rania, i love you so much. Sejak dari kita jumpa di Pulau Pinang lagi"
Rayyan menangis dan terus menangis. Sungguh aku menyesal. Aku tak matang buat keputusan. Rayyan menahan kepala yang sakit. Banyal helai rambut Rayyan gugur. Rayyan melihat rambut yang berada di dalam tangan sayu.
Dia memukul-mukul kepala sendiri.
"Kenapa aku? Kenapa aku kena hadap semua ni? Kenapa aku yang kena sakit?! Kenapa aku perlu mati!!!!"
Bunyi kaca pecah mengejutkan Datin Hasma, Tan Sri Kamal dan Bella yang sedang berbual di bawah.
"Danny!!!" Tan Sri Kamal menjarakkan anaknya dari cermin yang berderai pecah. Tangan Rayyan berdarah kerana menumbuk cermin.
"Danny kenapa?" Datin Hasma memeluk anak kesayangannya.
"Abi, umi, Danny tak sanggup dah. Danny tak sanggup. Kenapa Danny kena hadap semua ni!" raung Rayyan sambil menangis. Rayyan membuka tapak tangan dan menunjukkan helaian rambut yang banyak telah gugur. Datin Hasma turut menangis. Pilu hatinya melihat anaknya terpaksa menanggung derita sakit. Tan Sri Kamal sudah bertubir kaca turut memeluk Rayyan.
Bella tidak berani hendak masuk ke dalam bilik. Dia hanya berdiri di luar pintu bilik. Teresak-esak dia menangis melihat keadaan Rayyan sebegitu teruk.
Semuanya sebab aku
Aku yang bersalah
Aku yang runtuhkan rumah tangga mereka
Rayyan menderita sebab aku"Kau! Kau buat apa kat sini! Aku benci tengok muka kau!!!!" Rayyan menunding ke arah Bella yang berada hadapan muka pintu. Rasa hendak tumbuk saja muka pompuan tu!
"Danny bawak mengucap!" Tan Sri Kamal menahan Rayyan untuk bertindak sedemikian.
Makin galak Bella menangis. Sungguh Bella rasa bersalah.
"Sudahlah Bella, baliklah" Datin Hasma pula berbunyi.
Bella berlari sambil menangis. Maafkan Bella Danny.
******
"Babe! Breakfast!" Syazana menjerit memanggil Rania yang berada di dalam bilik."Amboi! Kau buat ke pancake ni?" Rania berjalan sambil dibantu oleh Syazana.
"Buat sendiri amende nye. Aku belilah dekat kedai depan sana"
"Oh" Rania menikmati sarapan dengan penuh berselera.
"Selera betul kau makan"
"Mestilah. Dari semalam aku mengidam nak makan pancake tau!"
"Nia, aku dah sebulan dah kat sini. Kerja aku dah selesai. Aku kena balik esok. Kau taknak ikut?"
Senyuman Rania mati.
"Aku memang nak balik Malaysia pon tapi dalam seminggu dua lagi. Kau baliklah dulu. Nanti aku roger. Aku nak anak aku dilahirkan kat sana. Senang"
"Hm tapi aku risau. Boleh tak kau balik sensorang?"
"Ek eleh aku pergi sini pon sorang sorang chill ah"
"Iyelah"

YOU ARE READING
MR PERFECT MILIK AKU !
Romance[ COMPLETE ] *************** Soalan yang sering bermain di minda Rania Rafesya kini sudah terjawab. Mengapa hatinya semakin membenci lelaki bernama Rayyan Danial ? Perasaan ego dan benci semakin menghilang setelah Rania dan Rayyan bersama namun , ba...