"How doctor?" Amran bertanya kepada doktor yang membedah Rayyan. Semua orang berdiri menunggu keputusan itu dengan penuh debar.
"Alhamdulillah, sel cancer berjaya dibuang 100%"
"Alhamdulillah" Datin Hasma dan Tan Sri Kamal serentak mengucap syukur.
"Boleh saya jumpa suami saya?" Rania tersenyum lega.
"Tapi, Tuan Rayyan" doktor tersenyum kelat.
"Kenapa doktor?"
"Maafkan kami, kami tidak dapat berbuat apa-apa. Semuanya atas kuasa Allah swt, jantung Tuan Rayyan telah berhenti berdegup. Dia tidak dapat diselamatkan saya harap puan dan semua banyak bersabar"
Senyum Rania mati. Rania terkedu. Kenapa? Kenapa kau duga aku dengan ujian yang berat ya Allah! Satu-persatu orang yang aku sayang Allah tarik nyawa. Mengapa disaat aku dan dia bahagia kau tarik nikmat itu?
Air mata jatuh perlahan. Lantas kenangan lama terus memenuhi ruang ingatan. Senyum Rayyan, gelak tawa Rayyan dan rajuk Rayyan.
Hasbi rabbi jallallah mafbi qalbi ghoirullah nur muhammad sallallah lailahaillallah
"Hubby janji taknak tinggalkan sayang" terduduk Rania. Datin Hasma menahan Rania. Syazana yang baru datang berlari memeluk Rania. Amran dan Tan Sri Kamal tidak mampu berkata apa-apa.
"Innalillahiwainnalillahirojiun" Farah turut bersedih. Bella pula sudah teresak-esak menangis. Sungguh dia merasa serba salah dan menyalahkan diri sendiri atas kematian Rayyan.
Tiba-tiba terasa seperti sakit di bahagian perut. Mencurah-curah air mengalir di kaki Rania.
"Rania! Kenapa ni!" Syazana jelas terkejut.
"Umi, Syaz, perut Rania sakit. Rania nak bersalin"
Ya Allah, kalau diikutkan hari ini hari bahagia Rayyan dan Rania kerana anak pertama bakal dilahirkan namun, hari bahagia bertukar tiada makna setelah Rayyan meninggalkan dia dan anaknya.
******
Semakin banyak peluh-peluh yang keluar dek kerana sakit akan meneran anak."Sikit lagi puan, sikit lagi"
Rania mengerang sakit sambil air mata berlinangan. Sungguh dia tidak kuat bila suaminya tiada di sisi.
"Arghhhhhhhhh Allahuakhbar!!!!!!" kali ketiga Rania cuba untuk gagahkan diri. Sungguh, melahirkan anak sangat tersiksa. Ya Allah kau panjangkanlah umur ku, kasihan anakku. Dia baru sahaja hilang ayah. Kuatkanlah aku dalam bertarung nyawa demi anak kecil ini.
Akhirnya bayi selamat dilahirkan. Rania pula sudah kabur-kabur matanya dan sempat tersenyum kelat. Dia sudah tidak sedarkan diri. Doktor pula bergegas menyurung katil Rania ke bilik kecemasan. Dia masih lemah dan terkejut akan berita Rayyan. Rania didapati sukar untuk melahirkan anak juga. Keadaan rahimmya agak lemah dan tempat melahirkan anak yang koyak menyebabkan Rania tidak sedarkan diri.
Ya Allah. Satu lagi ujian kau bagi. Mengapa aku tidak kuat dalam bertarung sakit demi anakku?
"Doktor, macam mana anak saya?" risau Datin Hasma.
"Alhamdulillah, Puan Rania selamat melahirkan anak lelaki. Tapi, Puan Rania didapati sukar untuk bersalin dan dia masih belum sedarkan diri. Bayi nya pula didapati jantung berdegup sangat lemah dan mungkin jantung boleh terhenti. Jadi kami sedang menyalurkan alat pernafasan kepada bayi di bilik bayi. InsyaAllah semuanya akan berjalan dengan lancar jika bayi memberi tindak balas yang positif. Jika positif, bayi dikategorikan normal esok"
"Kesian Rania" Tan Sri Kamal memeluk isterinya yang dari tadi menangis tidak henti.
"Boleh kami jumpa Rania?" Syazana yang sudah risau akan keadaan sahabat baiknya bertanya.
"Boleh"
Datin Hasma, Tan Sri Kamal dan Syazana masuk ke dalam bilik Rania.
"Rania, Rania kena kuat demi anak Rania. Rania kena sedarkan diri cepat. Semua orang memerlukan Rania" Datin Hasma mengusap lembut rambut Rania.
"Baiklah, aunty dengan uncle tak dapat lama. Kami nak uruskan Rayyan dulu. Kalau Rania dah sedar call tau. Aunty amanahkan kamu Syaz"
Syazana mengangguk sambil tersenyum.
Bella masih lagi duduk termenung di tempat menunggu hospital.
Seorang lelaki bersama seorang wanita yang sedang sarat mengandung diperhati Bella dari jauh. Baru sahaja hendak mengejar lelaki dan wanita itu hilang.
Siapa lelaki tu?
Kenapa aku macam kenal sahaja dia?
Tak mungkin itu dia
Dia sudah tidak ada di sini lagi.Kesian Rania😢 Kenapa barunak berbaik Allah tarik nyawa salah seorang? Readers sekalian jangan nangis, kena redha tau! Wait! Cerita ni belum tamat lagi. Korang tak boleh stop baca disebabkan hero sudah meninggal. Korang kena teruskan membaca sebab sis ada buat surprise pada part seterusnya! Keep reading okay! Hm dah jangan nangis😭
ČTEŠ
MR PERFECT MILIK AKU !
Romance[ COMPLETE ] *************** Soalan yang sering bermain di minda Rania Rafesya kini sudah terjawab. Mengapa hatinya semakin membenci lelaki bernama Rayyan Danial ? Perasaan ego dan benci semakin menghilang setelah Rania dan Rayyan bersama namun , ba...