44

190 8 0
                                    

"Kanda, dinda risau" air mata gugur. Datin Hasma memeluk suaminya.

"InsyaAllah takda apa" Tan Sri Kamal mengusap perlahan belakang Datin Hasma.

"Uncle, aunty, sebenarnya......" Amran pula berbunyi.

"Tak perlu jelaskan, uncle dah tahu. Danny dah bagitahu dulu"

"Bagitahu apa kanda?! Amran? Apa ni?!"

"Err Tan Sri, Datin" muncul pula seorang doktor lelaki.

"Anak saya okay tak doktor?"

"Keadaan Tuan Rayyan sangat kritikal. Dia dah berbulan-bulan tak makan ubat. Kalau dia buat pembedahan masa awal-awal dulu pasti tak kritikal macam ni"

"Saya dah nasihatkan dia, tapi dia degil" Amran mencelah.

"Pembedahan apa ni? Ubat apa?!" Datin Hasma menggongcang badan suaminya.

"Doktor, bagitahu" Tan Sri Kamal seperti tidak sanggup untuk memberitahu.

"Tuan Rayyan menghidap cancer otak stage 3. Dia sudah berbulan-bulan tidak ambil ubat dan membuat rawatan. Dia juga tidak mahu membuat chemotherapy. Ini akan membuat sel cancer dalam otak semakin membesar dan aktif. Bahaya kalau dibiarkan. Dia kena buat juga rawatan chemotherapy. Selepas itu baru pihak hospital kami akan membedah kepala Tuan Rayyan untuk membuang ketumbuhan itu"

Datin Hasma terdiam. Air mata ibu jatuh. Terduduk Datin Hasma mendengar nasib anaknya yang selama ini menanggung sorang-sorang.

Bella yang baru datang mendengar dari celah dinding turut terkejut. Dia juga menangis.

"Danny, kenapa tak bagitahu Bella!" air mata deras mengalir.

"Cik?" Amran yang hendak singgah ke cafe sebentar terlihat Bella yang sedang menangis di sebalik dinding.

Bella terkejut dan terus berlari pergi. Amran kehairanan dan hanya membiarkan sahaja.

Rayyan sedang terlantar lemah memakai alat pernafasan di hidung dan mulut. Dia masih belum sedarkan diri.

"Nak, bangun nak, umi minta maaf. Umi tak marah kamu lagi" teresak-esak Datin Hasma menangis sambil menggenggam erat tangan satu-satunya anaknya itu.  Tan Sri Kamal ingin saja menangis namun hati berkata jangan. Dia harus kuat disisi isteri dan anaknya.

"Dahla tu Hasma, kita balik dulu ya. Dah maghrib dah ni. Tenangkan diri dulu"

"Habistu siapa yang nak jaga Danny? Taknak! Dinda nak duduk sini teman anak kita!"

"Bukan tak boleh, boleh ja. Nanti kanda minta bantuan Amran untuk temankan Danny malam ni okay? Esok awal pagi kita datang sini terus"

"Kalau macam tu baiklah. Kanda keluar dulu"

"Jangan sedih sangat, nanti Danny bangun tengok kita sedih dia pun turut sedih juga nanti" Tan Sri Kamal sempat menasihat dan keluar dari bilik sakit itu.

"Danny, umi doakan Allah beri kesihatan yang baik dan lebih baik lepas ni. Umi pergi dulu ya nak" Datin Hasma sempat mengucup dahi anak kesayangannya itu sambil air mata mengalir.

******
Rania duduk termenung di halaman rumah membawa perutnya yang berat.

Fikirannya teringatkan Rayyan. Hanya lelaki Rayyan Danial bermain di mindanya.

"Hey! Kau dah gila ke? Mandi laut malam malam macam ni? Kalau aku tak perasan kau jatuh takde orang tahu kau nak lemas ke mati ke ape tau!"

Rania tersenyum. Peristiwa sewaktu dia dan Rayyan di Pulau Pinang. Ya, first meet mereka. Sungguh Rayyan waktu tu kerek gila. Dia teringat lagi.

" kenapa awak peluk saya ni"

"Biarkan. Let me give you a hot hug"

"Let me go! I hate this!"

"Kalau aku lepaskan kau, kau akan pengsan kesejukan. Kita tak tahu berapa lama bantuan akan tiba!"

Rania semakin galak ketawa. Kenangan lama mengusik jiwa tol. Bongoknya aku masa tu. Malu pula Rania teringatkan kisah lama itu. Namun, senyumannya mati. Peristiwa buruk pula bermain di minda.

"Eh pompuan!!!"

"Awak ni kenapa?"

"Aku dah suruh kau masak yang kau tak masak kenapa?!!!"

"Saya tak larat lah awak. Awak tak kesiankan saya ke?!"

"Kau nak tahu tak? Aku menyesal cintakan kau, sayangkan kau dan lagi teruk kahwin dengan kau!!!!!!"

"Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni?!!!"

"Kau penipu!! Kau tipu aku! Kau hancurkan hidup aku dulu! Kau buat aku kemalangan! Kau wartawan kan dulu?"

"Ya, memang saya wartawan dulu. Tapi awak, dengar dulu penjelasan saya!!!!!"

"Jangan sentuh aku! Aku jijik!"

Tanpa sedar air mata mengalir. Rania mengusap perutnya.

"Mama sayangkan papa. Tapi, lepas mama lahirkan baby, papa nak ceraikan mama. Mama cintakan papa baby. Sampai hati papa buat mama macam ni. Dulu papa janji taknak tinggalkan mama"  bajunya sedikit basah dek kerana air mata yang jatuh tidak henti-henti.

"Rania" seperti ada yang memanggil namanya. Rania menoleh ke tepi.

"Syaz?!!!! Kau buat apa kat sini?"

"Aku dah agak dah kau mesti dekat sini" Syaz duduk lantas memeluk Rania erat. Syazana turut mengalirkan air mata.

"Kau sabar eh. Allah takkan uji hambanya yang tak kuat"

Hanya bunyi esakkan tangisan Rania dan Syazana kedengaran.

Sahabat adalah insan yang paling memahami
Dikala susah senang dia selalu ada
Tatkala sedang menangis dia turut menangis
Gembira apatah lagi dialah yang paling bahagia
Semoga hubungan persahabatan takkan pernah putus hingga akhir hayat

MR PERFECT MILIK AKU !Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz