"Cik Bella?" Abdul menegur Bella yang sedang berjalan lurus ke bilik pejabat Rayyan.
"Abdul" Bella tersenyum manis.
"Rayyan tak masuk kerja hari ni, dia tak sihat demam katanya"
"Oh. Okay"
Abdul baru sahaja ingin melangkah pergi tetapi terhenti setelah mendengar namanya dipanggil.
"Abdul" Bella menyeru nama Abdul.
"Hm?"
"Temankan aku?"
Hati Abdul mulai berdebar " Mana?"
"Just temankan. Please?" Bella tersenyum kelat.
Abdul faham perasaan itu. Cinta yang tidak terbalas. Bagaimana pula dengan hatinya? Yang sudah menyimpan perasaan dengan Bella sejak kali pertama bekerja dengan Rayyan dulu. Adakah cinta dia bakal ditolak? Patut ke dia bagitahu Bella? Dia ni hanya bodyguard biasa kalau nak dibandingkan dengan Bella memang langit dan bumi. Abdul memilih untuk berdiam diri.
"Okay"
**********
ioi mall.
"Cik nak beli apa lagi?"
"Kenapa? Kau dah bosan? Sebab teman aku shopping?"
"Eh, taklah. Saya tanya saja" mana Bella pergi situlah dia mengikut. Hati Abdul apa lagi berbunga bunga lah!
"Jum makan!" tanpa sedar Bella memaut lengan Abdul. Sungguh Abdul terkedu.
"Err okay"
Sedang mereka mengunyah makanan.
"Kau ni boring lah! Cakap sepatah je"
"Hm" Abdul hanya tersenyum.
"Kau tak makan?"
"It's okay"
"Ni kan dekat luar, aku anggap kau macam teman aku dah tau! So aku taknak kau formal sangat dengan aku!"
"Tapi"
"Kenapa? Kau tak suka berkawan dengan aku ke?"
"Eh! Bukan! Saya suka cuma nanti apa pulak kata orang"
"Pedulikan"
Sungguh aku takut Bella
Aku takut nanti bila suatu masa aku terpaksa lepaskan kau
Aku pasti sukar untuk melepaskan
Biarlah aku menjauhkan diri
Sementara masih awal lagi
Maafkan aku.********
Rania sedang memasak bubur di dapur buat Rayyan. Satu kelibat bayang hitam dilihat di pintu belakang rumah. Rania hairan. Buat apa pulak laki aku ni pi dekat belakang rumah tu?Perlahan lahan Rania membuka pintu dapur. Dia melilau sekeliling kawasan.
"Hubby?"
"Hubby jangan main main sayang nampak tau tadi!! Hubby kan demam tak eloklah main dekat luar panas ni!" Rania masih lagi mencari cari suaminya.
"Ya Allah!" terkejut Rania. Ada satu tangan sedang menyentuh bahunya dari belakang.
"Sayang?"
"Eh hubby? Tadi bukan hubby dekat luar ke?" Rania jelas hairan.
"Aik hubby elok je tidur dekat atas. Kenapa sayang?" risau pula Rayyan.
"Errr takde apelah" Rania menutup semula pintu dapur. Kalau bukan suami dia siapa kelibat bayang hitam tu? Dua hari ni benda pelik sahaja menimpa dirinya.
Rania kembali menuju ke periuk yang berisikan bubur ayam. Satu kepala menyentuh bahunya dari belakang. Tangan Rayyan memeluk erat Rania dari belakang.
"Hubbyyyyyyyyy"
"Hubby nak manja dengan sayang takkan tak boleh"
"Eh eh dia ni! Hubby lepaslah Rania nak masak ni"
"Give me 5 minutes pleaseeeeeee" Rayyan mula mengucup leher putih Rania. Ketawa Rania.
"Gelilah! Hubby!!! Jangan buat macam tu panas ni!"
"Shhhhhh" Rayyan mula menikmati begitu juga Rania. Kucupan yang dibuat dengan penuh kasih sayang membuatkan kedua duanya terbuai.
"Done! Thanks sweetheart!" Rayyan menggenggam erat tangan isterinya.
"Dah puas en? Pergi duduk dekat meja makan sana!"
"Siapa cakap puas! Kalau hubby tak demam memang grrrr hubby kerjakan sayang!" bunyi seakan akan harimau mengaum.
"Hubby! Jangan mengada!" Rania tersipu malu. Namun, pandangannya kembali merenung pintu dapurnya setelah Rayyan berlalu pergi.
!!!! Sekali lagi kelibat bayangan hitam melimpas! Cepat cepat Rania membawa bubur dan air lalu terus meninggalkan ruangan dapur yang mewah itu. Hati tidak henti henti istighfar.
"Sayang kenapa? Macam orang kena kejar hantu je?" Rayyan yang sedang duduk di meja makan risau.
"Takde apalah! Sayang nak cepat je takut hubby kita ni lapar!" pipi Rayyan dicubit.
"Sayanggggg ingat hubby ni budak kecik ke! Lainlah sayang tu!"
Rania tertawa. Ya Allah jauhkanlah diri ini dari segala gangguan jin atau makhluk halus, lindungilah hamba mu ini selalu. Amin.

أنت تقرأ
MR PERFECT MILIK AKU !
عاطفية[ COMPLETE ] *************** Soalan yang sering bermain di minda Rania Rafesya kini sudah terjawab. Mengapa hatinya semakin membenci lelaki bernama Rayyan Danial ? Perasaan ego dan benci semakin menghilang setelah Rania dan Rayyan bersama namun , ba...