41

177 8 0
                                    

"Kanda" Datin Hasma menuang air dalam jug ke dalam cawan suaminya.

"Ha dinda"

"Dinda rasa kan, Danny dengan Rania tu ada masalah lah kanda"

"Masalah apa pulak ni"

"Bukan apa kanda, mereka tu dah lama dah tak jenguk kita. Last pun bulan lepas. Risaulah kanda. Sudahlah Rania tu tengah sarat mengandung, saya takut Danny tak boleh nak jaga dia dengan baik"

"Eh, dinda ni! Tak baik cakap macam tu. Sepatutnya kita ni mendoakan kebahagiaan anak menantu kita. Jangan risaulah mungkin Rania tu dah tak larat nak berjalan sini sana. Nanti kita lawatlah diorang"

"Firasat seorang ibu kanda, susah nak buang"

"Dah, call lah Rania nanti kalau rindu sangat tu"

"Hm iyalah kanda" Datin Hasma tersenyum kecil.

******
Rayyan merenung lama pintu bilik Rania. Pagi ni, Rania tak seterika baju dia pun. Sticky note lekat di pintu pun tak ada. Marah sangat dekat aku ke?

Mahu dia mengetuk pintu bilik permaisuri hatinya namun ego menguasai diri. Dia hanya berlalu turun ke bawah.

Kek yang ditikam Rayyan malam tadi sudah dibersihkan. Hadiah jersey bola dilipat kemas dalam kotaknya. Perhiasan perhiasan seperti belon dan lilin-lilin masih elok terhias. Makanan yang ada di atas meja pula ditutup kemas. Perlahan-lahan Rayyan mendekati kotak hadiah itu.

Kejadian malam semalam bermain semula di mindanya. Istighfar Rayyan. Dia tidak sedar atas perlakuannya malam semalam.

Dia melihat makanan yang tersedia dihidang di atas meja. Belum pernah Rania tidak memasak sarapan untuknya. Dia je yang tak makan. Tanpa sedar Rayyan mengukir senyum. Namun senyumannya mati setelah pertemuannya dengan Tuan Azhar tempoh hari bermain di minda. Rayyan tidak menyentuh sikitpun makanan itu. Dia terus menghidupkan enjin Mercedes nya untuk turun kerja.

Rania yang sedang menahan sakit di kepala. Pening sangat kepala dia. Kalau diikutkan dia ada check up hari ni. Tapi, dia sudah tidak larat untuk berjalan. Mual terasa. Rania bergegas ke tandas termuntah-muntah. Dia menangis dan terus menangis mengenangkan suaminya yang tiada di sisi.

Dia membaringkan diri di atas katil dan tertidur membawa kepala yang pening.

Datin Hasma dan Tan Sri Kamal menekan loceng berkali-kali namun tiada siapa membuka pintu. Datin Hasma cuba untuk membuka pintu tidak berkunci rupanya.

"Ya Allah tengok kanda, pintu rumah pun tidak berkunci"

Sempat Datin Hasma dan Tan Sri terlihat belon-belon yang masih bergantung. Tersenyum kedua-dua orang tua tu.

"Kan kanda dah cakap, mereka bahagia saja"

"Rania" Datin Hasma memanggil namanya namun tiada sahutan. Risau pasangan itu dan terus menuju ke bilik Rayyan dan Rania. Rania tiada di dalam. Datin Hasma cuba mencari di bilik tetamu. Rania sedang elok tidur di dalam bilik itu.

"Ya Allah, kenapa tidur dekat sini Rania?"

"Umi, tolong Rania"

"Kenapa ni? " Tan Sri Kamal risau melihat keadaan menantunya sebegini rupa. Seperti tidak terurus.

"Kepala Rania sakit.Bawak Rania pergi hospital"  Rania seperti tiada daya lagi untuk bercakap. Tan Sri Kamal bergegas turun untuk menghidupkan enjin kereta. Datin Hasma perlahan-lahan memapah Rania turun.

******
"Baiklah, anak puan dengan tuan ni stress. Jangan bagi dia stress sangat, nasib baik pening sahaja kalau melarat pada kandungannya pula susah nanti. Lagipun Puan Rania ni hampir di hujung bulan. Dia tak boleh bergerak lasak sangat. Dia ni kurang darah" terang doktor wanita panjang lebar.

MR PERFECT MILIK AKU !Where stories live. Discover now