Dah dua hari aku menetap di hospital sebagai seorang pesakit. Kini, tiba masa untuk pulang ke rumah. Kedengaran telefon bimbit milik Rania berdering.
Ibu Farhan
"Assalamualaikum ibu! Ada apa call Nia ni"
"Waalaikumussalam Nia. Ibu ada benda penting nak bagitahu, tapi Nia kena datang rumah dulu"
"Macam serious je bu" hairan Rania. Puan Diya. Ibu kandung Alif Farhan. Tempat di mana Rania menumpang kasih sayang seorang ibu. Iyelah Rania ni kan mak dia dah lama meninggal.
"Okay petang nanti Nia datang"
"Cakap dengan siapa" suara garau Rayyan membuatkan Rania terkejut.
"Oh mak kau potong cili masok kuali!" sudah, latah Nia ni tak habis habis.
"Weh, asal buruk sangat latah kau! Takde benda lain ke? Nak jugak potong cili masuk kuali!" terbahak bahak Rayyan ketawa.
"Encik datang sini nak jemput saya balik hospital ke nak ketawakan saya?" annoying gile mamat ni.
"Well , kau jangan perasan eh. Aku jemput kau sebab kesiankan kau. Kereta kau takde kat sini" control macho pulak dah.
"Iyala, saya fahamla encik! Beratus kali dah encik ulang benda sama"
"Good, takla mulut aku penat warning kau" Rayyan mengangkat beg tangan Rania.
"Eh, encik! Takpe takpe, saya bawak sendiri. Nanti apa pulak cakap orang tengok artis famous dengan perempuan" Rania ingin merampas semula beg tangannya tetapi Rayyan lagi kuat menahan.
"Aku boss ke kau boss ? Who care with them ? Jangan nak melawan aku pecat nanti!"
Rania akurkan sahaja. Rasa hati macam nak lenyek lenyek je muka Rayyan ni guna kaki baru puas hati err
***********
"Assalamualaikum"
"Waalaikumussalam, ya Allah Nia! Rindunya ibu dekat Nia!!!!" Puan Diya memeluk dan mencium kedua dua belah pipi anak angkat kesayangannya itu.
"Panas nya badan kamu. Demam ke Nia?"
"Eh taklah. Hari panas tadi kan itulah haba masih melekat. Nak cakap apa tadi bu?" Rania dan Puan Diya berjalan menuju ke ruang tamu rumah.
"Farhan mana?"
"Mana Nia tahu dia kat mana ibu, kenapa ni?" risau Rania.
"Okay, sekarang ni ibu nak bercakap dengan kamu. Woman to woman" serious muka Puan Diya berbicara. Rania pula terus focus untuk mendengar.
"Nia anggap Farhan sebagai apa eh?" sambil tangannya memegang erat kedua dua tangan Rania.
"Han tu, Nia dah anggap macam abang Nia, bestfriend Nia and tempat Nia untuk berkongsi cerita jugak. Hai ibu, tanya macam ni kenapa pulak?" hairan Rania.
"Takdelah Nia. Macam ni, emmmmm Nia nak tak kahwin dengan Farhan ?"
"Eh ibu ni. Nak bergurau pun bertempat lah buuuuuuuu" senyum Rania.
"Tak... Ibu tak bergurau. Ibu cakap benda betul, takkanlah Nia tak suka Farhan?"
"Macam ni lah bu. Ni soal hati dan perasaan tau. Bab bab kahwin ni tak boleh bawak main, biar Rania fikir masak masak dulu lepastu bincang dengan Farhan. Tapi, ibu jangan mengharaplah" rasa bersalah menyelebungi diri.
"Okay sayang. Ha! Hari ni ibu ada masak dinner special untuk Nia!" Puan Diya sengaja menukar topik, dia tahu Rania tidak selesa bercakap tentang perkara itu siapalah kita nak memaksa.
"Wahhhhhhh ni Nia sayang sangat kat ibu ni!! Muahhh jom makan!" pipi ibu dicium dengan penuh kasih sayang. Andai mummy masih hidup pasti aku gembira seperti ini selalu..
"Amboi..... Jam baru pukul 6 petang. Lambat lagi nak dinner, iyepon tunggu lah Farhan balik dulu. Makan sama sama"
"Hehe, tak sabar pulak Nia! Okay ibu yang cantik lagi hot!" Rania tersenyum riang. Puan Diya hanya menggeleng kepala melihat anak angkat kesayangannya itu.
okay guys. sorry kalau chap ni pendek sangat. ill promise a lil bit more parts then Rayyan and Rania pasti berkahwin percayalah !!! jangan lupa voted! thanks💕
BINABASA MO ANG
MR PERFECT MILIK AKU !
Romance[ COMPLETE ] *************** Soalan yang sering bermain di minda Rania Rafesya kini sudah terjawab. Mengapa hatinya semakin membenci lelaki bernama Rayyan Danial ? Perasaan ego dan benci semakin menghilang setelah Rania dan Rayyan bersama namun , ba...