Rania teragak agak untuk keluar dari bilik mandi atau tidak. Sudahlah dia lupa nak bawa baju baru.
"Takkan nak keluar pakai towel je kot"
"Nanti kalau dia apa apakan aku macam mana?!"
"Eeee taknaklah aku" makin berkerut dahi Rania.
Bunyi ketukan dari luar terdengar.
"Lamanya kau mandi. Kau buat apa tu" suara garau Rayyan berbunyi.
"Aaaaaaa awak"
"Kenapa"
"Boleh tolong saya tak ? Tolong ambikkan baju seluar saya. Emm sa sa saya lu lu lupa bawak" sejak bila pulak akuni bela penyakit gagap.
Rayyan tertawa " Keluar je lah pakai towel apa masalahnya"
Makin risau Rania "Janji awak tengok tempat lain eh"
"Okay"
Dengan beraninya Rania keluar hanya menggunakan towel sahaja. Rayyan pula sedang baring di atas katil sambil bermain handphone. Slow slow Rania berjalan.
Rayyan beberapa kali menelan air liur. Betis putih dan bahagian atas dada Rania terdedah membuatkan nafsu seorang lelaki tergugat. Ah ! Tak tahan dah !
"Awak!!!!! Tengok tempat lain lah!" Rania kaku di hadapan katil.
Rayyan berdiri dan menghampiri Rania. Dilihatnya dari atas sampai bawah.
"App ap apa ni aww awak nak ape" Rania sudah takut. Dia belum bersedia lagi. Mana mungkin dia mahu bersama dengan lelaki yang sudah menipu dirinya itu.
"Aku nak kau" Rayyan semakin dekat dengan Rania. Rambut basah Rania dikalih ke belakang telinga.
Rania pula beku di situ. Tidak tahu kenapa dia tidak menolak. Tangan sasa Rayyan mula menyentuh bibir merah Rania yang masih sedikit basah. Tanpa rasa segan silu Rayyan memagut bibir Rania. Bibir dua insan ini bercantum. Membulat mata Rania. Hilang kata kata.
Rayyan berhenti seketika. Dia seperti membisikkan sesuatu di telinga Rania "Just shut up and be a good girl. Please, give me a chance to feel your kiss"
Tidak tahu mengapa Rania seperti sudah terbuai dengan ciuman itu. Perlahan lahan dia membuka mulutnya dan lidah Rayyan mula memenuhi ruang mulut Rania.
Kini tindakan Rayyan lebih agresif. Rania semakin mengundur hingga ke dinding. Rayyan semakin asyik. Rania pula masih menutup kedua dua belah matanya.
"Delicious sweetheart. Next time kau pulak yang bagi" Rayyan mengucup pipi Rania sekali. Rania yang masih berfikiran kosong berlari masuk ke bilik pakaian. Pipinya mula berona merah.
Apa perlakuan itu hanyalah sekadar main main ?
Dia ikhlas ke buat semua tu ?
Dia buat kerana cinta ke ?
Atau hanya sekadar melepaskan nafsu lelaki ?Dan malam pun berlalu dengan perasaan janggal di antara pasangan itu.
*********
"Assalamualaikum""Waalaikumussalam. Eh anak umi!"
Datin Hasma memeluk dan mencium menantu kesayangannya itu. Rayyan dan Rania menyalam tangan tua itu.
"Umi ada masak sedap jum lunch"
Bunyi garfu dan sudu memenuhi ruang makan rumah agam itu.
Datin Hasma berdehem
"Kamu berdua taknak honeymoon ke?"
Berbunga bunga hati Rayyan setelah mendengar pertanyaan Datin Hasma. Ego seorang lelaki membuatkan dia mengawal perasaan teruja.
"Eh Danny nak je"
Terbatuk Rania. Cepat cepat dia meneguk air. Takkan nak honeymoon kot. Adegan malam tadi pun belum pudar dari ingatan!
"Kamu berdua nak honeymoon dekat mana? Biar umi uruskan"
"Dekat dekat sini ajelah umi" Rania menyampuk.
"Eh sayang ni! Mana boleh. Overseas lah umi"
Eeeee geramnya. Depan umi boleh pula berlakon panggil aku sayang. Kalau takda umi pasti kau aku yang dia bahasakan!
"Tapi saya kan ada banyak lagi kerja""Sayang ni workaholic sangatlah. Sayang kan ada pekerja biarlah diorang uruskan. Tiga hari cukuplah kan umi?"
Oh. Takpa! Depan umi kau menang. Ikutkan hati garfu yang ada di tangan nak je korek korekkan biji mata mamat ni.
"Okay Rania ikutje tapi nak ke mana?"
"Italy!!!!!!" Rayyan dengan seronoknya berbicara.
Datin Hasma tersenyum puas. Alhamdulillah akhirnya anaknya sudah membesar dan menjadi suami orang. Dia yakin anaknya pasti bahagia bersama Rania.
Hihohi korang rasa honeymoon ni dapat pulihkan tak hati dua orang mempelai ni? Tapi sis rasa dengan korang menekan bintang di bawah lagi buat sis bahagia dan semangat nak update part seterusnya ! 💕
KAMU SEDANG MEMBACA
MR PERFECT MILIK AKU !
Romansa[ COMPLETE ] *************** Soalan yang sering bermain di minda Rania Rafesya kini sudah terjawab. Mengapa hatinya semakin membenci lelaki bernama Rayyan Danial ? Perasaan ego dan benci semakin menghilang setelah Rania dan Rayyan bersama namun , ba...