33

155 9 0
                                    

3 bulan berlalu. Masjid yang dibina Rania dan Rayyan pada mulanya hanyalah paksaan ibu ayah kini, masing masing sedang mencintai sesama sendiri. Bahagia dan setiap hari dipenuhi dengan cinta dan sayang. Rania pula sudah terbuka pintu hati untuk Rayyan. Namun, hanya satu. Perkara pelik seperti kelibat bayang hitam dan bunyi bunyi seram sering mengganggu Rania.

Usai solat isyak, Rania menyalam lembut tangan suaminya.

"Sayang"

"Kenapa?"

Rayyan tersengih sengih seperti kerang busuk.

"Hubby ni kenapa?"

"Takdalah. Sayang nampak cantik lah pakai telekung"

"Jap cannot brain"

"Hmmmm tapikan sayang kalau sayang pakai tudung lagi cantik"

Rania terdiam. Dia sememangnya belum terfikir hendak bertudung lagi.

"Sayang. Hubby takda niat nak buat sayang terasa. Hubby faham" Rayyan tersenyum sambil mengusap lembut kepala isterinya yang masih berbalut telekung.

"Thanks" Rania membalas senyuman.

Selesai melipat sejadah dan telekung Rania menghempas diri di atas katil diikuti Rayyan.

"Sini" Rayyan memeluk pinggang Rania sambil bersandar.

"Sayang hubby nak tanya boleh?"

"Tanyalah"

"Sayang cintakan hubby tak?"

"Kenapa tanya macam tu?"

"Okay" Rayyan meleraikan pelukan. Dia berpaling dan menyelimut diri tutup mata tidur.

Aip? Tidur? Merajuk ke?

Rania baring melihat belakang Rayyan. Jari telunjuknya dicucuk cucuk pada bahu Rayyan.

"Awak"

"Hm"

"Pandanglah sini"

"Hm"

"Pandanglah!"
Rayyan berpaling.

"Tak pernah sesaat pun sayang hilang rasa cinta pada hubby. Sungguh sayang cintakan hubby sampai syurga!" Rania memegang pipi suaminya.

Rayyan mula bertubir kaca namun dia menahan.

"Demi Allah hubby pun cintakan dan sayangkan sweetheart sangat sangat sangat sampaiiiiii syurga!" bibir Rania dipagut bibirnya seminit.

"Hubby cukup" mengalir air mata Rania.

"Eh sayang ni dah kenapa menangis bagai?" cengeng nye bini aku!

"Sayang terfikir, macam manalah hidup sayang tanpa hubby kan? Sayang takut nanti hubby tinggalkan sayang" makin deras air mata mengalir. Entahlah persoalan itu sering bermain di mindanya.

Rayyan diam seribu. Bagaikan petir yang menyambar dirinya.

"Err ke ke kenapa sayang cakap macam tu!" cuak di hati.

"Takdalah sayang cakap je. So, hubby kena janji takkan tinggalkan sayang tau!"

"Dah jangan nangis. Tidur jum?" Rayyan mengesat air mata Rania. Selimut ditarik sehingga paras bahu Rania.

"Sleeptight sweetheart" Rayyan mencium ubun ubun jiwanya itu. Rania tersenyum indah.

Rayyan turun dari katil. Dia turun ke dapur. Dia seperti sedang mencari sesuatu. Terdapat banyak ubat ubat yang ada di dalam plastik. Rayyan makan satu persatu sambil meneguk air suam. Kepala yang sakit sudah mula hilang. Stress sebab kerja mungkin? Saja tidak mahu memberitahu isterinya. Dia tidak mahu Rania risau.

Telefon berdering

Abi

"Assalamualaikum abi"

"Waalaikumussalam, Danny betul ke apa abi dengar?"

"Dengar apa?"

"Danny nak berhenti berlakon dan nak fokus jadi ceo je?"

"Yep. Danny dah puas berlakon abi, tiba masa Danny luangkan masa dengan keluarga Danny"

"Hm abi okay ja apa apa yang kamu putuskan. Okaylah umi kamu dah panggil. Kirim salam umi dengan abi dekat Rania ya"

"Baik abi. Kirim salam dekat umi jugak. Assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" tutttt talian dimatikan.

Ting! Notification berbunyi.

Anabella; hi Danny! long time no see 😗

"Aduhhh apalagi minah ni nak!! Aku baru nak tenang 3 bulan sebab dia dah tak ganggu aku lagi! Buat kepala aku makin pening je! Dahla baik aku peluk bini aku puas puas kat atas hilang sikit sakit" Rayyan mengeluh kecil dan tersenyum indah.

Rahsia ini telah lama aku pendamkan
Bila pula aku hendak memberitahu?
Satu hari nanti pasti kau akan tahu juga.

MR PERFECT MILIK AKU !Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang