34

144 8 0
                                    

Abdul dan Bella berjalan seiringan di sebuah kompleks beli belah.

"B?" Bella berhenti sejenak.

"Kenapa dear?"

Okay, Bella dan Abdul telah bercinta tanpa pengetahuan siapa siapa pun tau! 3 bulan mereka bersama semuanya bahagia.

"I have something to tell you, but esok okay?"

"Kenapa tak sekarang?"  risau Abdul mendengarnya.

"Hm tak sesuai. Esok okay? Jumpa dekat tempat biasa" Bella tersenyum kelat.

"Okay"

'Mana Danny? Kenapa kau tak reply whatsapp aku? Besar sangat ke dosa Bella dekat Rania? Kenapa Danny benci sangat dekat Bella. Bella tak boleh move on!' Bella bermonolog di dalam hati.

**********
Rania turun dari tingkat atas untuk ke dapur. 

"Hubbyyyyyyyyyyy!!!!!" menjerit Rania memanggil suaminya di tingkat atas.

Berlari Rayyan turun tangga sampai ke dapur.

"Kenapa sayang?"  Rayyan tidak faham. Rania yang ada di hadapannya sudah bercekak pinggang.

"Apa ni?!" Rania menunding jari kesemua ubat ubat yang telah dimakan Rayyan semalam bersepah di atas meja makan.

"Itu ubat" Rayyan cuba mengawal takut.

"Tahulah ubat,kenapa tak kemas balik?!"

"SORRYLAH SAYANG HUBBY LUPA"

"Kemaslah!!!!"

"Sayang! Kenapa tinggikan suara? Cakap elok elokkan boleh?" Rayyan masih lagi sabar.

"Hubby ni kan!Rania stress lah! Rumah bersepah sana sini"

Rania seperti sedang mencium bau sesuatu.

"Hubby!!!!! Apa ni!!! Busuklah! Pergi mandi!!"  Rania menutup hidungnya.

"Sayang ni dah kenapa? Hubby perasan dua tiga minggu ni sayang asyik badmood je? Period ke?" Rayyan memegang kedua-dua belah bahunya.

"Hubby, sayang minta maaf. Sayang minta ampun, sayang tinggikan suara tadi. Maafkan sayang" Rania mencium tangan Rayyan.

"Dahlah, sayang takda buat salah apa pun, hubby yang salah. Hubby tak reti kemas balik"

"Takpa, biar sayang kemas"

"Errr ja ja jangan!" Rayyan laju mengemas kesemua botol ubat-ubatan dan menyimpannya di dalam kabinet dapur.

"Jangan pernah kacau ubat hubby tau!" Rayyan sudah memberi amaran.

"Kenapa pulak!!!" muncung sedepa Rania.

"Nanti tak baguslah ubat tu sekejap keluar kabinet sekejap masuk ubat kan perlukan suhu yang bersesuaian"

"Ubat apa hubby makan banyak sangat ni? Risaulah sayang"

"Alah, ubat migrain jeeeee"

"Oh okay" 

**********
My sweetheart❤❤; hubby, sayang rasa macam nak makan buah asam lah! Nanti balik kerja belikan eh! Sayang kamu hubby!💕

"Amboi bini aku ni bukan main dibuatnya akuni macam kaunter pesan makanan tapi hubby tak kisah. Asalkan sayang abang sentiasa ada" ketawa sorang Rayyan. Rayyan berjalan ke parking lot.

"Weh bro!" Amran yang berada di dalam kereta membuka cermin tingkap.

"Naiklah! Guna kereta aku!"

"Serious?" Rayyan terus duduk di tempat penumpang bersebelahan pemandu.

"Amboi kau! ingatkan nak berkias lagi rupanya lekjer masuk en!" mereka tertawa sesama sendiri.

"Bila kau nak bagitahu isteri kau?" Amran masih fokus dalam pemanduannya.

"Well, aku rasa dah tiba masanya aku bagitahu dia" Rayyan tersenyum kelat.

"Baguslah. Slow talk tau"  Rayyan hanya mengangguk.

"Weh! Balik nanti singgah market jap"

"Nak buat apa?"

"Nak beli barang sikit bini aku kirim"

"Okay"

*********
Selesai kerja yang dibikin , kedua dua mereka singgah di market.

Rayyan menyorong troli.

"Amboi kau! Penuh satu troli dengan buah asam, nak bagi siapa makan! Nanti kalau sakit perut jangan datang klinik aku ek?!" Amran menggelengkan kepala sambil ketawa.

"Itulah kawan zaman sekarang. Takdalah Rania, dia yang nak makan sangat asam ni. Kalau aku beli sikit macam kedekut sangat beli banyak-banyak nanti takpayah beli dah" tangan Rayyan tidak lepas dari mengambil pelbagai jenis bungkusan buah asam.

Amran diam sebentar sebelum bercakap semula.

"Tapikan...."

"Tapi apa?"

"Hm, aku nak tanya. Rania ada buat hal tak semenjak dua menjak ni macam cepat melenting ke tak suka bau bau ke ada tak?"

"Eh! Itulah pasal! Kebelakangan ni Rania asyik buat perangai. Cepat sentap,cepat marah dan ha! Pagi tadi dia halau aku suruh mandi dia cakap aku ni busuk!"

"Hah! Tahniah bro" Amran menepuk bahu Rayyan.

Rayyan menggaru kepala tidak gatal.
"Amende kau ni?"

"Bongoklah kau ni! Benda simple pun tak faham ke!? Isteri kau tu mengandung!"

"Eh kau ni! Biar betul?"

"Aku doktor aku tahulah"

"Please weh! Jangan fakehope. Kau tahu tak sakit fakehope tu macam mana!"  tersenyum Rayyan.

"Kalau macam tu, nanti kau bawaklah Rania buat check up dekat klinik aku. Rania ada simptom-simptom wanita mengandung pada awal bulan"

"Okay!!!" dalam hati ada bunga!

********
Abdul memakai pakaian dengan sungguh segak. Dia membetulkan rambutnya yang berjuntai di atas dahi. Mereka bertemu di taman tasik yang menjadi waktu pertama kali Abdul bertegur dengannya.

"Agak-agaknya Bella nak cakap apa eh? Dia cintakan aku sangata sangat? Dia nak kahwin dengan aku?! Uish Abdul, sabarlah wahai hati" senyum memang tidak lekang dari bibir.

"B?" Bella datang juga akhirnya.

"Wait! Before that this is for you" Abdul memberi sejambak bunga rose kepada Bella.

"Thanks b" Bella tersenyum kelat sebelum duduk di bangku.

"So? Nak cakap apa dear?"  senyuman manis Abdul tayang.

"Well, susah dear nak cakap"

"Cakap je lah". senyum masih lagi terukir.

"Let's break up?"

Hilang senyum Abdul. Sakitnya hati dia sekarang ni bagaikan ditendang orang. Tak! Tak cukup! Bagaikan peluru yang sedang menembusi hatinya!

"Kenapa tiba-tiba awak tak cintakan saya?"

"Aku bercinta dengan kau sebab nak lupakan Danny. Tapi aku tak boleh! Kau memang baik. Aku minta maaf Abdul" Bella berlalu pergi bersama air matanya yang mengalir.

"Ya, dia pilih Rayyan Danial bukan kau Abdul Zafran. Dia orang kaya, kau ? Orang miskin! Kau tak layak untuk dia, dia dah buang kau Abdul" Abdul tersenyum kelat. Digagahkan juga hati yang sedang terluka.

Menyesal, menyesal kerana meluahkan,
Menyesal kerana terlalu mencintai,
Kau hanya dipergunakan,
Tiada yang lebih sakit dari dibuang.
Dia bukan jodoh aku.
Sejujurnya aku memang sayangkan kau Bella.
Namun, aku cuba untuk menghilangkan rasa ini,
Meskipun harus merentasi api yang panas.

MR PERFECT MILIK AKU !Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz