38

139 9 0
                                    

Pintu dihempas kuat. Rania yang sedang menonton televisyen turut terkejut.  Muka suaminya ditatap dari jauh, bengis sekali!

"Hubby?" suara lembut Rania memanggilnya namun hanya dibiarkan. Kenapa pula laki aku ni? Rania mengekori langkah Rayyan untuk naik ke bilik. Dia tidak menghiraukan Rania yang sarat mengandung menaiki tangga. Selalunya dia pasti mencepung Rania naik ke atas.

Rayyan baring di atas katil tangannya disilangkan ke atas muka. Rania turut duduk di atas katil.

"Hubby kenapa? Ada masalah ke?" perlahan saja suara Rania menegur namun tetap dibiarkan. Rania tidak berputus asa.

"Hubbyyyyy"

"Hubbyyyyyyyy"

"Awakkkkkk"

"Hubbyyyyyyyyy"

"Kau ni kenapa! Aku nak rehat pun tak senang lah!!!!!" Rania terkedu. Kali pertama Rayyan menengkingnya. Terguris hati wanita yang sedang berbadan dua itu.

Rania keluar dari bilik meninggalkan Rayyan sambil menangis. Sampai hati tengking saya macamtu:)

Rasa hati hendak memujuk namun ego, ego Rayyan yang menghalangnya untuk berbuat demikian! Aku benci kau Rania!

Flashback

"So Danny this is Tuan Azhar, pemilik syarikat harian akhbar" Bella memperkenalkan Tuan Azhar kepada Rayyan. Rayyan dan Tuan Azhar bersalaman.

"Apa kena mengena dia dengan Rania"

"Macam ni lah Encik Rayyan. Do you still remember about this article?" ya, artikel tahun lepas di mana Rayyan dituduh mempunyai hubungan seks bersama Rania.  Satu Malaysia kecam Rayyan.

"Yes! Kenapa?"

"Rania Rafesya, dia lah wartawan yang menyebarkan berita itu"

"Wait? Kenapa pula isteri saya yang terlibat ni? Dia business woman bukan wartawanlah!"

"Rania pernah bekerja dengan encik kan sebelum ni?"

"Ya, jadi PA saya"

"Kalau encik nak tahu itu semua salah satu rancangan pihak media kami untuk mendekatkan diri dengan encik. Rania kami telah upah untuk menyiasat. Dia stalk Encik Rayyan. Dulu sebelum dia mula memperkenalkan diri sebagai business woman, dia bekerja di bawah syarikat kami"

"Aku tak percaya jika tiada bukti"

Tuan Azhar mengeluarkan satu borang dan fail ke atas meja.

"Ini surat kontrak Rania dulu dan ini fail peribadi bekas pekerja kami"

Rayyan hanya mampu tersenyum kelat. Tergamak kau Rania. Kau tipu aku selama ni, aku cintakan kau sangat sangat. Kau hancurkan kebahagiaan aku kau hancurkan kepercayaan aku" Rayyan berlalu pergi dengan perasaan bengis! Bella tersenyum menang.

End of flashback

Jam dinding menunjukkan pukul 1 pagi. Rayyan tersedar dari tidur. Rania tiada di sebelah. Takkan merajuk lagi? Ah lantaklah! Aku paling pantang ditipu orang!

Rayyan menguak pintu bilik tetamu perlahan. Rania sedang nyenyak tidur bersama air mata yang mengalir. Rayyan mendekati. Dia mahu mencium ubun-ubun isterinya tapi, terhenti. Hati berkata jangan. Buat apa mahu kasihankan gadis yang sudah pernah menghancurkan hidupnya dulu. Rayyan keluar meninggalkan Rania semula.

"Hubby" langkah Rayyan terhenti setelah mendengar panggilan daripada Rania.

"Rania ada buat salah ke?" Rayyan masih lagi membelakangi Rania tanpa berkata apa-apa.

"Hubby, pandang Rania" air mata kembali mengalir. Dengan kejamnya Rayyan hanya berlalu pergi. Dibiarkan sahaja isterinya menangis sendirian. Rania tidak faham. Apa salah dia?!

******
Rania mengetuk pintu bilik Rayyan perlahan. Rayyan membuka.

"Kau nak apa!" dia melayan Rania tidak kurang seperti musuhnya.

"Hubby sayang tak larat nak turun. Tolong pimpin sayang?"

Pap! Pintu ditutup kuat. Terlukanya hati Rania atas layanan suaminya yang begitu kejam sekali. Sabarlah wahai hati. Dia suami kau, kau kena kuat.

Rania hanya mampu tersenyum kelat. Baju yang siap diseterika digantung pada tombol pintu. Satu sticky note dilekatkan.

Sayang minta maaf kalau ada buat salah

-Your wife.

Bunyi enjin kereta membuatkan Rania tersedar dari lena. Dia memerhati gerak-geri suaminya dari tingkap bilik tetamu. Pedihnya hati Rania ketika ini. Dia tidak sentuh pun baju yang diseterikanya pada pagi tadi malah sticky note yang ada sudah berterabur koyak di atas lantai. Air mata menitis lagi. Rania kenapa kau lemah sangat?

Cinta yang dulu mekar kini layu
Matinya seorang lelaki penyayang bertukar menjadi lelaki kejam
Hati ini pedih bagai ingin mati
Mengapa aku begitu lemah sekali?
Minda serabut dan terus bertanya mengapa suaminya begitu
Itu bukan Rayyan yang dia kenal.

MR PERFECT MILIK AKU !Donde viven las historias. Descúbrelo ahora