14

146 11 0
                                    

"Boss, tengok ni" Abdul menunjukkan sebuah artikel kepada Rayyan. Alangkah terkejutnya Rayyan melihat artikel itu.

ARTIS TERKENAL MALAYSIA RAYYAN DANIAL MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS BERSAMA PEKERJANYA DI PEJABATNYA SENDIRI

"Shit!!!! Lahanat punya manusia! Ini tak betul!!!" Rayyan menumbuk dinding biliknya.

"Mana binatang ni dapat gambar aku dengan Rania? Masa tu hanya kami berdua sahaja!" berat betul tuduhan Rayyan.

"Saya tak pasti encik. Kalau encik tak buat semua ni kenapa encik memeluk perempuan tu?" Abdul bersuara.

"Perempuan ni pekerja ganti Farah. Dua hari lepas dia pengsan depan aku sebab tu lah aku sambut dia. Jahanam punya media! Aku nak kau siasat siapa yang mereka semua cerita ni"

"Baik boss" Abdul keluar meninggalkan Rayyan yang sedang duduk di atas katil bilik tidurnya.

************

ting tong loceng rumah berbunyi. Datin Hasma dan Tan Sri Kamal sedang berbual bual di ruang tamu yang besar dan mewah itu.

"Eh Abdul, kebetulan kamu nak keluar, bukakan pintu sekali. Ada orang tu" Abdul berjalan menuju ke pintu utama villa itu.

"Maklong ! Paklong !" Bella memeluk dan mencium Datin Hasma.

"Haih, Bella. Apa pulak mimpi Bella ni tiba tiba datang rumah mak long bukan ke Bella busy ke?" Datin Hasma buat buat merajuk.

"Eh, awak ni dinda. Biarlah anak Bella nak datang melawat. Tak payah nak merajuk bagai" Tan Sri Kamal membelek belek telefon bimbitnya.

"Ish kanda ni. Orang nak manja manja dengan anak perempuan orang kan kan"

"Eish maklong ni. Sorry tau Bella lepas balik dari London tak sempat nak jenguk. Busy laaa" Bella duduk bersebelahan Datin Hasma.

"Maklong, Danny mana?"

"Danny macam biasalah. Terperap je dalam bilik, penat katanya"

"Sebenarnya Bella datang ni nak bertanya pasal Danny" serious muka Bella bercakap.

"Apa tu?" serentak Datin Hasma dan Tan Sri Kamal bertanya.

"Okay, look at this" Bella menunjukkan artikel tentang Rayyan dengan kedua dua ibu bapa Rayyan. Terdiam Datin Hasma. Setahu dia anak dia tak macamni.

"Kanda nak pergi mana?"

"Kanda nak bersoal jawab dengan anak dinda tu" dingin sahaja Tan Sri Kamal berbicara.

"Maklong, Bella takde niat nak buat paklong marah" risau Bella.

"Eh, bukan salah Bella. Memang patut Danny kena marah. Maklong tak sangka dia macam ni" menitis juga air mata ibu.

Pintu bilik dihempas kuat. Rayyan yang sedang membaca buku turut terkejut.

"Abi? Why?" bingung Rayyan. Marah betul Abi. Tak pernah pon nampak abi marah macam ni.

"Danny jangan nak berdolak dalih! Abi tahu semuanya! Kau tak tahu dosa ke!!!!! Aku tak pernah ajar kau jadi macam ni!" satu tamparan dikenakan oleh Tan Sri Kamal kepada Rayyan. Sakit yang teramat sungguh menyayukan hati Rayyan. Kali pertama abi naik tangan dengan aku.

"Danny!!!! Kurang asam punya anak! Nak pergi mana tu!" Rayyan berjalan lurus tanpa menghiraukan kata kata dari abinya. Begitu juga uminya yang sedang menangis di ruang tamu. Sempat Rayyan menjeling tajam muka Bella. Pasti Bella yang bagitahu! Sial!

Enjin kereta dipanaskan. Pedal minyak ditekan kuat. Meluncur laju mercedes yang dipakai oleh Rayyan. Sungguh Rayyan berasa sakit hati dengan tindakan abinya itu. 

"Aku tak buatlah!!!!!!" jerit Rayyan,stereng kereta ditumbok kuat! Dia mencapai iphone xs yang berada di dalam poket seluar.

Rania Budak Kecik

"Assalamualaikum, encik. Kenapa call malam malam ni?"

"Rania, aku nak jumpa kau sekarang" merah mata Rayyan menahan marah.

"Dah malam ni. Tak bolehla encik"

"Aku nak jumpa jugakkk sekarang!!! Penting ni!"

Bunyi yang kuat datang dari dalam telefon. Rayyan yang telah dilanggar oleh sebuah kereta lagi sudah tidak menjawab panggilan Rania.

"Helo, encik! Apa bunyi tu! Hello! Encik!" gelabah hati Rania. Tergesa gesa Rania menyiapkan diri dan terus memecut laju kereta Myvi menuju ke tempat kejadian. Harap harap sempat jumpa.

MR PERFECT MILIK AKU !Where stories live. Discover now