42

183 6 0
                                    

Rania masih lagi meratap kubur ayah kesayangannya.

"Kenapa daddy tinggalkan Esya" teresak-esak Rania menangis.

"Rania, jum balik tak baik meratap kepergian seseorang lama lama. Kita yang hidup ni kena move on" Datin Hasma mengusap belakang badan Rania.

"Betul tu Rania, panas ni. Kamu tu sarat mengandung tak elok banyak sangat menangis. Abi faham kamu sedih, tapi kalau daddy kamu ada pasti dia lagi sedih tengok anak dia menangis macam ni" Tan Sri Kamal pula berbunyi.

"Korang tak faham! Daddy kena bunuh depan mata Rania sendiri. Semua ni sebab Rayyan! Kalau Rayyan angkat call pasti tak jadi" Rania menjeling tajam Rayyan.

Rasa bersalah menyelubungi diri. Namun, dia lawan perasaan itu semata-mata demi dendam dan ego.

"Ajal tu di tangan Allah. Dahla, Danny tunggu dalam kereta penat nak melayan drama ni" Rayyan sempat mengerling Rania.

'Maafkan hubby, hubby tak dapat nak peluk sayang, pujuk sayang sekarang ni. Hubby tak tahu kenapa hati makin tawar.' hati berbicara.

Rayyan terus beredar. Datin Hasma dan suaminya menggelengkan kepala melihat anak lelaki mereka yang tidak mahu memujuk isteri sendiri.

******
"Aku dah takda siapa siapa lagi di dunia ni. Aku sebatang kara. Mummy dah takda,kakak dah takda sekarang daddy pun dah tinggalkan aku" Rania meluah perasaannya kepada Syazana.

"Syaz, minum" Mak Jah datang dari dapur membawa sedulang air untuk Syazana dan Rania. Sempat Mak Jah menyentuh bahu Rania perlahan sambik berkata

"Sabar ya nak, Allah lebih sayangkan Dato" Mak Jah senyum manis lalu beredar pergi.

"Kau ada aku kot. Suami kau, mak ayah mentua kau"

"Suami?" Rania tersenyum sinis.

"Kenapa?"

"Takda apalah Syaz. Hidup aku jadi kosong sejak daddy takda. Aku nak buat permintaan boleh?"

"Apa dia?" Syaz tertanya-tanya.

"Maafkan aku,kalau aku ada buat silap ke apa dekat kau. Terkasar bahasa ke. Halalkan makan minum pakai aku masa duduk rumah kau dulu"

"Eh! Kau pesal cakap gitu. Taknaklah!" Syaz menarik Rania ke dalam pelukan. Air mata dia dan Rania serentak mengalir. Kesian kawan aku.

"Aku rasa macam nak lawat kubur mummy dengan kakak aku. Rindulah"

"Dekat London tu ke? "

"Hm. Tapi aku tak boleh pergi sekarang"

"Okay. Sabar tau. Aku tahu kau kuat. Kita sama-sama takda ayah takda ibu beb. Aku faham"

Rayyan hanya memerhati Rania dan Syazana dari tingkat atas. Muka Rayyan jelas bingung.

Datin Hasma menyergah Rayyan.

"Umi"

"Kenapa kena intai dari jauh? Tegurlah"

"Tak boleh umi. Hati Rayyan sakit sangat"

"Danny semua tu kan dah lepas. Buat apa nak berdendam lagi. Maafkanlah. Cuba Danny fikir kebaikan yang Rania pernah buat selama ni. Danny marah macam mana pun dia, dia tetap sabar. Kenapa Danny harus menghukum dia hanya kerana silap kecil? Betul lah kata orang. Manusia takkan pernah pandang walaupun beribu kebaikan dia buat tapi bila buat kejahatan sekali ja. Manusia boleh ingat sampai bila-bila pula walau beratus tahun mana pun benda tu dah jadi. Danny kena ingat, isteri kamu tu tengah sarat mengandung. Masa masa macam ni lah dia perlukan sokongan seorang suami di sisi. Danny tak sayang Rania? Anak dalam perut tu anak Danny kan. Fikir baik baik Danny. Lepas ni umi dah taknak nasihat Danny dah. Satu ja umi minta, dengar penjelasan dia dulu. Danny nak jadi dayus ke? Itu je lah." Datin Hasma berlalu pergi.

MR PERFECT MILIK AKU !Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin