39

149 7 0
                                    

Hari-hari Rania dilayan begitu teruk sekali. Rayyan tidak menghiraukan Rania yang sedang mengandungkan anaknya. Dendam dan benci menguasai diri Rayyan.  Tidur pun berasingan sekarang. Mengapa baru sahaja hendak bahagia pasti ada duka yang datang mengganggu?

"Eh pompuan!!!" Rayyan menengking Rania.

"Awak ni kenapa?"

"Aku dah suruh kau masak yang kau tak masak kenapa?!!!"

"Saya tak larat lah awak. Awak tak kesiankan saya ke?!" Rania mengalirkan air mata.

"Kau nak tahu tak? Aku menyesal cintakan kau, sayangkan kau dan lagi teruk kahwin dengan kau!!!!!!"

Rania seakan-akan tidak dapat berfikir. Apa benar yang dikatakan suaminya itu?

"Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni?!!!"

"Kau penipu!! Kau tipu aku! Kau hancurkan hidup aku dulu! Kau buat aku kemalangan! Kau wartawan kan dulu?" tempik Rayyan.

Rania terdiam. Mana Rayyan tahu?

"Ya, memang saya wartawan dulu. Tapi awak, dengar dulu penjelasan saya!!!!!" Rania memaut lengan suaminya. Tangan kecil Rania segera ditepis!
"Jangan sentuh aku! Aku jijik!"

Ting tong loceng rumah berbunyi. Ya, itu Bella.

"Hi sayang!"

"Jum baby" hancur berderai hati Rania melihat adegan itu. Rayyan sampai hati awak curang dengan saya. Saya tak berniat nak hancurkan hidup awak dulu.

MR PERFECT MILIK AKU !Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu