22

168 9 0
                                    

Rania kelihatan mundar mandir di hadapan pintu bilik.

"Nak ketuk ke tak eh"

"Eh, Esya? Tak tidur lagi? Tak penat ke?"

"Oi mak kau daddy terbang!" sudah.

"Daddy ni kan.... Err japlagi lah err tiba-tiba tekak ni haus pulak hehe"

"Eh daddy, kenapa ni? Sayang? Tak masuk bilik lagi ke?" aduhhh boleh pulak dia muncul time time orang tengah menipu ni.

"Ni Esya ni cakap nak minum haus katanya sebab tu tak tidur lagi"

"Alaaa Esya ni malu daddy. Orang pompuan malam pertama memang macam ni" Rayyan mengangkat-angkat kening. Dato Dr Renny hanya tertawa.

"Eeeee gatal!" merah padam muka Rania. Rania masuk ke dalam bilik juga akhirnya. Kau ingat mentang mentang ada daddy bolehla selamat.

********

"Yang kau tak duduk kenapa?"

"Sukahati sayalah awak takpayah sibuk! Awak pergilah tidur dulu"

"Taknak. Sini jap" Rayyan menepuk-nepuk katil.Rania ikut arahan Rayyan.

Tak semena mena Rania ditarik rapat dalam pelukannya.

"Eeee lepaslah!"

"Kalau kau melawan aku cium kau" senyum nakal mula terukir.

"Saya penatlah. Nak tidur jangan buat hal boleh?"  Rayyan pekakkan telinga. Gerammmmm je Rania dengan mamat mental ni.

Hampir setengah jam mereka berkeadaan seperti itu. Sepi dan tiada kata- kata.

"Kau marahkan aku ke?" Rayyan cuba untuk menghilangkan rasa janggal. Tangan masih memegang erat pinggang wanita itu sambil bersandar di atas katil.

"Kenapa kau diam?" soalan Rayyan dibiarkan sahaja. Rania diam.

"Aku tahu kau marah. Aku minta maaf sangat sangat aku takda niatlah" soalan dibiarkan lagi.

"Say something please!"

Diam.

"Kau ni kan aku cium jugak karang!" Rayyan berpaling tepi untuk mencium Rania terhenti.

Dengkuran kecil jelas terdengar. Tersenyum manis lelaki itu. "Comelnya kau Rania" Rayyan membaringkan Rania.

Diperhatinya dari sudut ke sudut muka gadis yang sudah bergelar isterinya itu. Tangan mula meliar untuk menyentuh muka Rania. Dari mata turun ke hidung. Hidung ke pipi. Pipi ke mulut.

"Astaghfirullahalazim! Rayyan Danial. Kau kena tahan nafsu kau" Rayyan kemudiannya menyelimut Rania. Enak sahaja rupa dia tidur.

Cinta hadir tanpa diduga, cinta juga hadir tanpa isyarat. Jika gadis ini engkau takdirkan untukku sematkanlah rasa cinta dan sayangku terhadapnya hingga akhir hayat.

*********
Cahaya mentari dari luar tingkap membuatkan Rania tersedar. Terasa seperti bunyi deruan nafas seseorang. Membulat mata Rania.

"Awak!!!!!!!!!" Rayyan sedang  sedap tidur tanpa baju sambil tangannya melingkari pinggangnya.

"Kenapa ni?" Rayyan tersedar mendengarkan jeritan kecil Rania. Dalam keadaan mamai dia bertanya.

"Ada tak! " Rania kelang kabut membuka selimut dan melihat kotkot lah baju dia kena buka ke apa!

"Kau dah kenapa?"

"Awak buat apa ni!"

"Buat apa?"

"Awak sentuh saya ke!"

"Eh tak minatlah aku" waktu bagai terhenti. Malu menguasai diri. Rayyan turun dari katil dan mencapai towel yang bersidai.

"Oh, sebelum aku tutup pintu bathroom ni. Boleh tahan jugak ek kau fikir benda benda macam tu. Kalau kauu nak....... Jum basah basah lagi sedap" muka gatal mula keluar.

Merah padam muka Rania.

"Taknaklah!" Rania terus menyelimutkan diri.  Rayyan tersenyum bahagia.

Beginilah hari pertama mereka bersama. Dah kelang kabut.

MR PERFECT MILIK AKU !Où les histoires vivent. Découvrez maintenant