"Dinda, apa dah jadi?" Tan Sri Kamal yang baru balik dari restoran terus mendapatkan isteri tercintanya.
"Duduk dulu kanda. Eh, Dr Renny pun ada? Duduk duduk" Datin Hasma mempelawa sopan.
"Maaflah doktor, kalau saya dah menyusahkan doktor sampai ikut sekali ke rumah. Macam ni kanda, tadi Danny terlanggar seorang wanita ni. Wanita tu pekerja dia sendiri. Nak dipendekkan cerita pekerja Danny tu tergesa gesa nak melawat ibu dia sakit baru je saya dan Danny nak bergerak jumpa doktor tiba tiba dengar dia menjerit. Allah kanda pekerja Danny tu hampir hampir je nak kena rogol kawan dia sendiri. Nasib baik Danny ada. Kesian budak tu sebab tu lah dinda suruh dia bermalam saja di sini. Dia masih takut lagi kanda" panjang lebar Datin Hasma bercerita.
"Allahuakhbar! Ada lagi lelaki tak guna sekarang ni. Budak tu dah tidur dah?" risau juga Tan Sri mendengarnya. Mulia betul hati pasangan suami isteri ni kan.
"Oh, poor little girl. I hope she was okay" Dato dr Renny juga mencelah.
"Kanda, dinda nak buatkan air dulu boraklah dulu ye"
"Well, alang alang dah di rumah kau ni. Kau ingat tak anak bongsu aku tu"
"Eh mestilah aku ingat, kenapa?"
"Macam ni, aku terhutang budi dengan anak kau Danny. Dia yang selamatkan arwah anak sulung aku dulu dari diragut. Sayangnya ajal dia menjemput jua semasa di hospital" sebak juga Dato Dr Renny berbicara.
"So? Kau nak buat apa?"
" Kalau kau setuju aku teringin sangat nak bermenantukan anak kau. Aku nak satukan anak bongsu aku dengan Danny"
"Alhamdulillah. Elok sangatlah tu. Aku okay je. Nanti aku bincang dengan Danny ye"
"Saya pulak boleh lah pujuk pujuk dia. Memang bagus sangat Danny tu lama dah single" Datin Hasma yang baru datang dari dapur membawa talam yang berisi jug dan cawan mendengar juga.
************
Hari mulai terang. Usai solat subuh, Rania pergi membersihkan diri. Keadaannya sedikit baik. Tak bagus jugak kalau dibawa bawa sedih tu. Life must go on !
Pintu bilik diketuk.
"Eh datin"
"Aunty je Rania"
"Okay aunty. Kenapa ni?"
"Dah solat subuh? Jum kita solat berjemaah dengan Danny dan Tan Sri"
"Eh, minta maaflah aunty. Rania dah solat tadi" rasa bersalah pula Rania.
"Alhamdulillah baguslah tu. Sejuk hati mummy kamu di atas sana" Datin Hasma berganjak pergi. Dari jauh Rania dapat melihat Rayyan Danial keluar dari biliknya yang ada di seberang tangga tingkat dua. Segaknya dia memakai kurta dan seluar hitam. Songkok di kepala diatur kemas. Muka yang masih basah dengan air wuduk, alangkah sejuknya hati Rania melihat.
"Seronok sangat perhatikan aku" sejak bila pulak dia ada dekat sebelah aku? Itulah berangan lagi.
"Oh engkau boss hensem!" sudah! Rania menekup mulutnya. Haih apa punya latah lah tu. Laju Rania menutup pintu. Malu! Rayyan tersenyum. Dia bercakap sendirian.
"Tahu pulak aku ni hensem, di ajak nikah taknak" menggeleng Rayyan.
*******
Sementara menunggu mereka sekeluarga solat, Rania turun ke dapur. Dia ternampak seorang makcik tua yang sedang memasak sarapan pagi. Orang gaji mungkin.
"Assalamualaikum. Makcik" senyum Rania.
"Waalaikumussalam. Eh cik pasti Rania. Sila lah duduk di meja makan depan sana, sikit lagi siaplah ni. Ha nama makcik Ijah. Panggil je Mak Jah!"
YOU ARE READING
MR PERFECT MILIK AKU !
Romance[ COMPLETE ] *************** Soalan yang sering bermain di minda Rania Rafesya kini sudah terjawab. Mengapa hatinya semakin membenci lelaki bernama Rayyan Danial ? Perasaan ego dan benci semakin menghilang setelah Rania dan Rayyan bersama namun , ba...