50

346 11 0
                                    

3 TAHUN KEMUDIAN ........

"Hubby!" Rania bercekak pinggang.

"Kenapa sayang?" Rayyan yang sedang berlari-lari bermain dengan Rizz Darwish terhenti.

"Rizz dengan hubby ada main dekat atas tak?!"

Rayyan memandang muka anak lelakinya yang berumur 3 tahun. Rayyan menggelengkan kepalanya tanda isyarat supaya Rizz tidak memberitahu mama.

"Ye, papa dengan Rizz main corok-corok kat atas. Lepastu papa ajak main lumbe keyete mama" Rizz menayang gigi.

Rayyan menepuk dahi.

"Ya Allah Rizz! Kenapa bagitahu mama, kan papa tak kasi bagitahu"

"Oops! Hehe corry papa"

"Amboi awak, nak ajar anak kita menipu pulak kan"

"Janganlah marah. Tapi, sayang dah check dapur tak? Kitorang selerekkan dapur jugak tau!" Rayyan tersengih-sengih diikuti Rizz.

"Hubby! Rizz! Haih, betul lah cakap orang ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi"  Rania mengeluh panjang dan berjalan laju ke dapur.

Sebuah cake dan belon-belon yang tergantung membuatkan Rania terkaku.

"Happy birthday to you, happy birthday to you, happy birthday to mama, happy birthday to you" Rayyan dan Rizz bertepuk tangan.

"Siapa buat ni?" Rania bercekak pinggang sambil tersenyum.

"Dah tentulah anak kita yang hensem ni!" Rayyan mendukung Rizz. Rizz tersenyum bangga.

"Iyeke? Alololo shayanggggg anak mama!" Rania mencium pipi anak lelakinya itu.

"Rizz je, papa nya takda ke?"

"Hubby! Tak eloklah!" Rania tertawa sambil mencubit perut Rayyan.

"Hubby nak cakap thank you pada sayang. Sebab sayang dah lengkapkan hidup hubby. Walaupun hubby ni takdelah hensem mane, tapi hubby akan sayangkan sayang sampai syurgaa!"

"Bagi sayang, hubby sangat sempurna. Tiada yang kurang dan sweetheart pun sayangkan hubby sampai syurga! Untuk pengetahuan hubby, mr perfect ni sayang sorang je punya! Hubby hanya milik sayang sorang!"

Mereka sekeluarga hidup bahagia selama-lamanya.

Bella seperti sedang menunggu seseorang di sebuah restaurant. Dia seperti ternampak kelibat seseorang yang sangat dia kenal.

"Abdul" langkah Abdul terhenti setelah mendengar namanya dipanggil.

"Sorry? Siapa eh?" Abdul sudah tidak mengenali Bella. Bella sudah bertudung sekarang.

"Bella"

Senyum Abdul mati. Gadis ini! Gadis inilah yang melukakan hatinya suatu ketika dulu dan kerana gadis inilah dia tekad untuk bekerja keras. Alhamdulillah sekarang ni Abdul sudah mempunyai restaurant sendiri.

"Abang, dah jumpa dah client tu" seorang wanita bersama dengan seorang kanak-kanak lingkungan 3 tahun berdiri di sebelah Abdul.

"Eh, siapa ni bang?" Julia tersenyum manis terlihat Bella.

"Bella, kenalkan ni isteri tercinta aku ni pula anak aku. Ju, abang masuk dapur dulu ya. Bella aku minta diri dulu" Abdul hanya berlalu pergi.

Hati Bella tersangatlah pedih. Sungguh, 3 tahun dia cuba menjejak Abdul tapi tidak dapat. Sekarang Abdul sudah ada isteri dan anak. Inikah balasan Allah terhadap aku? Bella menahan diri dari sebak.
"Comelnya dia ni, sapa nama Julia?" Bella mengusap lembut rambut anak kecil itu.

"Aina Nabila. Cik ni, kawan lama Abang Abdul ke?"

Bagai petir menyambar diri Bella. Kenapa? Kenapa perlu nama aku Abdul?

"Ye, aaa saya minta diri dulu lah ya. Asslamualaikum" anak kecil itu menyalam tangan Bella. Sempat Abdul perhati dari jauh. Kenapa kau baru muncul sekarang Bella? Disaat aku sudah mula bahagia.

Bella menangis di kawasan leret restaurant Abdul.

"Cik?" suara garau menegur Bella.

"Am" cepat-cepat Bella menyeka air mata.

"Eh Bella? Buat apa kat sini? Nak buat check up ke?" Amran risau melihat Bella sedih.

"Ni klinik awak ke? " Bella berdiri betul-betul di hadapan klinik Amran. Sama leret di kawasan kedai makan Abdul.

"Ya, ada apa yang nak dikongsi ke? Saya free ni. Masuklah klinik saya"

Bella mengangguk lemah.

Satu jam Bella bercerita tentang dia dan Abdul.

"Itu sebab awak menangis?"

Bella hanya mengangguk.

"Bella, dia sudah beristeri dan ada anak. Lupakanlah dia. You deserve better. Ada ramai lagi yang sedang menunggu awak di luar sana"

"Apa maksud awak?"

"Err tak tak takde pa pa pape" Amran hanya tersengih janggal.

"Am, baik awak cakap"

Amran menarik nafas seketika.

"Bella, saya.... Saya cintakan awak"

Sungguh Bella terkejut. Dia dan Amran tidaklah serapat mana. Kadang mereka selalu terserempak di luar.

"Sejak bila?"

"Sejak 3 tahun lepas. Sejak saya terserempak dengan awak masa di hospital. Saya perhatikan awak, gerak-geri awak. Saya ada juga tengok awak senyap-senyap menangis. Saya minta maaf. Saya takda niat nak stalk. Saya dah lama simpan perasaan terhadap awak"

"Awak serious Am?"

Amran mengangguk sambil tersenyum manis.

"Kahwin dengan saya?" Bella bertindak berani untuk bercakap sedemikian.

Sungguh Amran seperti tidak percaya akan kata-kata Bella. Namun, dia terus mengangguk laju dan hampir mengalirkan air mata.Jangan nangislah!

"Terima kasih sebab terima saya Bella"

Bella hanya tersipu malu.

Hidup ni sementara,
Bahagia sementara,
Kecewa pun sementara,
Tiada yang kekal di dunia.
Berdoalah selagi mampu.
Jika perpisahan membuat kita sedih,
Beringatlah bahawa semuanya hanya sementara
Akan ada yang lebih baik hadir dalam hidup kita nanti
Bersabarlah, sungguh perancangan Allah itu indah.

TAMAT

MR PERFECT MILIK AKU !Where stories live. Discover now