30

169 8 0
                                    

Rania berjalan masuk ke dalam bangunan kedainya. Semua pekerjanya menyapa hormat.

"Puan, hari ni puan kena jumpa cutomer kita dari luar" Aida selaku PA Rania membaca buku catatannya.

"Yang mana satu eh?"

"Madam Vanessa from America she's our big customer"

"Okay set masa pukul 10 pagi"

"Oh. Sekarang ni puan kena jumpa client dari butik ariana tu pulak"

"Aip manager mana? Kenapa saya pula yang kena pergi?"

"Oh manager kita mc puan"

"What? Macam macam lah manager baru tu! Okay i'll go make sure dia masuk esok, saya takda masa nak buay kerja dia"

Aida mengangguk dan berlalu pergi.

*******
Bunyi handphone minta diangkat.

My hubby❤❤

"Hello sweetheart"

"Hm nak ape ni hubby"

"Sayang buat apa tu?"

"On the way nak jumpa client. Dekat parking lot ni"

"Oh... Sayangggggggg hubby demam ni"

"Sayanggggg"

"Ooo sayang ?" kali ketiga Rayyan memanggilanya di hujung talian. 

Tuttt talian dimatikan.

"Siapa tu!!!!" gelabah Rania seperti ada yang memerhatikannya.

"RANIAAAAAAAA~" suara garau seperti hantu sedamng mengilai memanggil namanya.

"Ja ja ja jangan ma ma mainlah!" debaran semakin kuat. Takkan ada hantu pagi pagi ni!

"HAHAHAHAHAHA~" 

Tanpa membuang masa Rania terus masuk ke dalam perut kereta dan menghidupkan enjin kereta hrv nya. Baru sahaja kereta ingin bergerak....

Pap! Satu anak boneka jatuh di atas cermin hadapan keretanya. Barbie tuuu. Tersenyum lebar boneka itu. Terjerit Rania.

"Astaghfirullahalazim" beratus kali dia istighfar. Pedal minyak ditekan kuat. Boneka itu pun terjatuh di atas jalan raya. Seram siot.

"Allahuakhbar!" sekali lagi Rania terkejut. Lah ringtone handphone dia rupanya berbunyi. Dia menghentikan keretanya di tebing jalan.

"Sayang? Kenapa letak phone? Okay tak?" suara Rayyan jelas kerisauan.

Istighfar Rania dalam hati sebelum bercakap.

"Okayje tadi Rania tertekan"

"Sure ke ni? Sayang kat mana tu? Hubby datang eh"

"Takpe hubby! Rania okay. Sayang nak jumpa client ni. Nanti jumpa kat rumah eh. Love you assalamualaikum"

"Waalaikumussalam. Love you more, safe drive sweetheart"

Siapa tu?
Dari mana datang boneka tadi?
Takkan hantu?

Persoalan itu bermain di mindanya.

********

"Hi!" Bella masuk ke pejabat Rayyan tanpa rasa segan silu.

"Buat apa kat sini?"

"Benci sangat dekat Bella eh sekarang?" Rayyan malas hendak melayannya. Rayyan mula tidak melayan Bella sejak dia cuba malukan Rania di khalayak ramai dulu.

"Hey! Jawablah! Oh kalau pompuan tu boleh kan Danny layan!"

"Pompuan tu bini aku!!! Abdul bawak dia keluar!! Kau ingat aku tak tahu ke yang kau ni tak suka dekat bini aku ! Makin dibaik makin jadi kan!" terkejut Bella. Kali pertama dia ditengking Rayyan.

"Sampai hati you tengking i macam tu!" Abdul menarik kuat tangan Bella sampai ke lif bangunan.

"Lepaslah!"  Abdul hanya buat pekak.

"Hey! Berani kau sentuh aku!"

"Aku takkan lepaskan kau selagi kau tak keluar dari bangunan ni" lif terbuka. Mereka menuju ke pintu utama bangunan.

"Lepas!" Abdul pun meleraikan pegangan. Dia masih lagi memerhati dari jauh gerak geri gadis diva itu.

Bella menuju ke sebuah taman yang ada di hadapan bangunan syarikat milik abi Rayyan. Dia duduk di bangku hadapan tasik. Mengalir air matanya.

"Sanggup you layan i macam ni! I cintakan you sangat sangat tahu tak Danny!!!

So you said you found somebody else
And i prayed that that was just a lie
So i said i love you one more time
Incase that would change your mind

Nyanyia kecil kedengaran dari Bella. Terhenti nyanyian Bella apabila seorang lelaki duduk di sebelahnya dan menghulurkan sapu tangan.

"Kenapa berhenti ?"

"Kau buat apa kat sini!" Abdul dijeling tajam.

"Tak elok menangis. Lap air mata tu" Bella ambil jua sapu tangan dan menyeka air matanya.

"Nah! Sekarang kau blah!" Bella memberi semula sapu tangan itu kepada Abdul.

"Takpa, cik simpan. Kenapa tak nyanyi lagi?"

"Sukahati lah!"

"Nyanyilah lagi, kalau cik rasa dengan menyanyi boleh tenangkan hati cik, then nyanyilah saya sedia mendengar" Abdul tersenyum manis.

"Kenapa kau nak dengar aku nyanyi pulak!"

"Tak baik memendam cik..."

"Betul kau nak teman? Orang cakap suara aku buruk tau!"

"Eh saya dengar elokje. Seelok orangnya"

"Kau tak kesah?"

"Hm. Itu orang bukan saya. Saya is saya. Bagi saya suara cik sedap je"

Bella tersenyum kelat. Dia mula menyanyi membawa hati yang terluka.

Bertahun lama sudah ku simpan rasa cinta terhadap dia
Sungguh aku menunggu lama saat ini
Saat dimana aku bisa bersamanya
Hanya aku dan dia
Jika ini mimpi pasti aku tidak mahu terjaga
Demi wanita yang aku cinta dalam diam.

MR PERFECT MILIK AKU !Donde viven las historias. Descúbrelo ahora