36

164 7 0
                                    

"Sayang" Rayyan yang sedang membuat kerja berhenti seketika.

"Kenapa hubby? Nak air?"

"No"

"Habistu?"

"Esok hubby kena pergi Melaka tiga hari. Sayang okay tinggal sorang?"

"Okay je lah"

"Tapi hubby risau dengan sayang pregnant ni tadi nasib baik tak jadi apa-apa bleeding kecil je"

"Takpe! Esok daddy balik sini lupa pulak sayang bagitahu"

"Iye? Ha kalau macam tu takdalah risau sangat. Jaga diri tau. Jangan sibuk nak buat kerja rumah. Nanti hubby upah orang datang bersihkan rumah weekend" Rayyan mengusap kepala isterinya lembut. Senyum terukir di bibir Rania. Oh indahnya bercinta!

********
Hai, sunyi betul rumah tanpa suami tersayang! Rindunyaaaaaa baru je berangkat pagi tadi malamnya dah rindu hm.

Daddy pula? Hah! Flight dia malam! So mungkin tengah malam nanti baru sampai. Perut bergoncang tanda lapar. Rania yang sedang menonton televisyen menuju ke dapur untuk masak. Alang-alang baik masak untuk daddy sekali.

Hariku lebih indah
Pabila kau ada ku menunggu
Kau pulang
Pulang sekarang
Ku rindu wajahmu
Senyuman manismu hubby!

Tergelak Rania. Bukan main meroyan rindu laki. Tengah masak boleh pula menyanyi nasib baik laki muda hihi! Tok tok tok

Bunyi ketukan jelas kedengaran. Aik? Pintu dapur diketuk? Siapa pulak yang guna pintu dapur malam malam ni. Daddy? Daddy baru je masuk flight tadi. Sekali lagi Rania diganggu bunyi pelik.

Perlahan-lahan dia menguak pintu sedikit. Tiada siapa di luar. Meremang bulu roma ketiak tangan kaki semualah!

Baru hendak menutup pintu. Satu boneka anak barbie ditikam dari luar pagar rumah. Terkejut Rania!  Boneka yang sama mengacaunya bulan lalu.

"Allahuakhbar! Astaghfirullahalazim!" laju Rania menutup pintu dapur dan menguncinya dari dalam. Dia menutup api gas dan menutup makanan yang sedia dimasak. Berlari Rania menuju ke tingkat atas. Rambut diikat satu dan mengenakan hoodie putih. Dia mengambil kunci kereta dan terus keretanya meluncur laju keluar dari perkarangan rumah.

"Rania Rania. Kesian, sorang sorang je kan dekat rumah" Farhan tersenyum sinis. Oh rupanya Farhan lah yang sering menjadi "hantu jadian" yang selalu mengacau Rania. Jahat betul!

Rania menuju ke sebuah restoran.  Debaran masih kian terasa.

"Apa benda tadi tu! Ya Allah!" Rania seperti sedang mendail nombor seseorang.

Setelah beberapa minit Syazana sampai di restoran.

"Babe! Kau okay!"

"Aku takut" menangis Rania.

"Kau takut apa?"

Panjang lebar Rania bercerita dari A ke Z.

"Oh, jadi selama 4 bulan ni kau selalu kena ganggu bunyi pelik lah ni? Kenapa tak bagitahu Rayyan!  Tak pun bagitahu aku! Bahayalah!"

"Nak buat apa ni!!!!"

"Macam ni lah nanti aku carikan ustaz kau pergi berubat lah"

"Okau syaz. Syaz, lepas ni kau teman aku ambik daddy aku dekat airport. Pakai kereta aku"

"Bolehje. Habistu? Kereta aku macam mana pulak!" selepas Rania bekerja sendiri, myvi lama tu dia kasi dekat Syaz tau! Mana nak dapat kawan baik macam Rania!

"Aku ikut kau hantar kereta ke rumah dari belakang"

"Ha okaylah"

*********
"Home sweet home" Dato Dr Renny tersenyum. Rania seperti sedang merenung dapur dari jauh. Takut beb! Syazana menepuk Rania dari belakang. Dia berbisik.

"Woi! Jangan difikir sangatlah daddy kau ada, aku pun ada kan sekarang ni"

"Kau tidur sini malam ni? Temankan aku pleaseeee"

"Daddy kau tak marah ke?"  tak selesa pulak dia nak tidur rumah besar dengan kawan yang kaya raya daripada dia hanya seorang wartawan biasa saja.

"Daddy, Rania ajak Syaz tidur sini. Boleh daddy?"

"Eh boleh sangat! Lagipun daddy tak boleh nak pantau kamu sangat daddy banyak juga kerja nak buat. Inikam rumah Rania dan Rayyan nama daddy dah ditukar nama kamu berdua kan?" Dato Dr Renny tersenyum manis memandang Syazana.

"Err terima kasih Dato"

"Tak payahla Dato bagai uncle je"

"Ha! Rania ada masak tau tadi! Jum makan"

********
Rayyan yang baru balik dari meeting menghempas diri ke atas katil hotel. Rindunya dekat sweetheart!

Rayyan mendail nombor isterinya.

"Assalamualaikum. Sayang"

"Waalaikumussalam. Baru nak call?"

"Alaaa sorrylah sayang, hubby sibuk sangat. Serta datang Melaka terus jumpa client meeting lagi. Sorry sayang"

"Hehehe gurau je! Hubby buat apa tu?"

"Baru balik dari meeting ni, nak tidurlah penat"

"Hubby dah buka stoking belum ?"

"Hehe lupa pulak hubby nak buka penat sangat!"

"Hubby ni kan! Baru sehari hidup tanpa sayang dah cuai dah tak terurus. Sayang takda tau nak tolong bukakan. Pi bukak sekarang!"

"Dah sayang. Janganlah marah hubby hm nanti kita nangis baru tahu!"

"Eeee dahnak jadi bapa orang still manja kan!"

"Baby sihat tak tu? Mamanya pula sihat juga ke?"

"Alhamdulillah sihat cuma"

"Cuma apa! " risau pula Rayyan.

"Rinduuuuuu"

"Alolololo hubby pun rindu tau! Sabarlah sayang lusa hubby balik k! Nak cium nak peluk sayang! Tiga hari ni macam tiga tahun tau!"

"Mengadalah! Okaylah sayang nak tidur ni. Penat sangat bekerja. Sayang rindu hubby sangat sangat. Muah!" kiss depan depan tak dapat kiss skrin handphone je lah!

"Rest well sweetheart! I miss you more! Sayang kamu sampai syurga! Muah!" Rayyan peluk dan cium skrin telefon. Amboi! Mimpi indah sweetheart!

MR PERFECT MILIK AKU !Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu