25

179 12 0
                                    

Perjalanan yang sungguh memenatkan dan mengambil masa berjam jam di dalam kapal terbang. Rania dan Rayyan akhirnya sampai di ibu kota Itali.

Terpancul kota bersejarah ini dengan keunikan yang cantik dan indah. Rania sudah tidak sabar ingin meneroka dunia Itali sudah berlari lari di luar airport.

"Hello Italy!!!"

"Woi! Dah gila ke? Kalau ye pon tak sabar jangan lah berlari tak malu ke tengok orang!!!" jerit Rayyan.

"Hehee sorry wak.... Excited pulak"

"Aku tengok kau ni macam bukan"

"Bukan apa?"

"Macam bukan business woman. Childish macam budak universiti tau!"

"Itulah orang cakap don't judge a book by it's cover. Kita nak ke mana sekarang ni?"

"Kita nak ke Lesley Hotel. Umi dah uruskan segalanya. Tinggal nak check in je"

"Kita dekat mana eh sekarang?"

"Florence,Italy sweetheart"

Wek bagainak muntah Rania di hadapannya.

**********

Pintu bilik mereka dibuka. Suasana dalam bilik itu sungguh romantik. Kelopak kelopak bunga ros bertaburan di atas katil. Lilin lilin yang menyala di tepi meja lagi menghangatkan suasana.

Rayyan menghempas diri di atas katil.

"Amboi amboi! Barang awak ni kemas lah dulu"

"Kaulah tolong kemaskan aku kan boss dekat sini"

"Eh eh banyak cantik awak!"

"Tak baik tau tinggikan suara dengan suami dosaaaaaa" Rayyan ketawa kecil.

Rania akurkan sahaja. Bagasi mereka berdua disandarnya di tepi dinding. Rania pun ikut sekali menghempas diri di atas katil.

Rayyan yang sudah menutup mata membuka semula dan meniarap di sebelah Rania.

"Nak join sekali ke?"

"Ish diam ah! Saya penat ni"

"Wei"

"Apa lagi?"

"Kau nak tak hilang kan penat?" soalan dibiarkan.

"Wei aku tanya ni jawablah"

"Hm amende?!"

"Buat anak lah! Confirm hilang penat!" jari telunjuk Rayyan sengaja diletakkan di atas perut Rania.

Terduduk Rania "Mandi dululah err ok bai!"

Kelam kabut Rania berjalan. Rayyan ketawa. Suka sangat buat Rania kelam kabut.

**********
Jauh betul tenungan Rayyan pada pasangan pasangan lain yang sedang bermesra.

Mengapa dia susah nak terima aku ?
Dia cintakan aku ke tak ?
Dia benci aku sebab aku tipu dia ?

Banyak soalan yang bermain di fikirannya.

"Awak, nak gi mana ?" Rania cuba untuk memecah kesunyian.

"Oh. Aku nak bawa kau pergi satu tempat ni, kau nak?"

"Mana?"

"Adalah. Ikut je"

Teksi yang dinaiki mereka berdua semakin jauh dari perkarangan hotel. Risau Rania. Tempat yang dituju sangat gelap dan hanya dipenuhi dengan hutan.

"Thank you sir" Rayyan membayar duit tambang kepada pemandu teksi itu.

"Err awakkkk ge ge gelapnya. Ta ta takutlah" bergetar suara Rania. Tangannya tidak lepas menarik hoodie Rayyan.

"Kau selamat dengan aku"

"Tapi.... Kenapa kita dua je dekat sini. Risaulah"

"Jangan risau dekat atas nanti ramai lagi orang"

"Nak mendaki bukit ke apa malam malam ni?!"

"Ikut je lah. Banyak bunyi pulak" Rayyan menggenggam tangan kanan Rania. Mereka pun memulakan pendakian.

Dalam 10 minit mendaki. Terdapat satu tempat yang lapang dan banyak pasangan yang sedang duduk di situ. Rayyan dan Rania turut duduk.

"Nak buat apa kat sini? Dahla gelap duduk je? Buat penat je mendaki"

"Shhhhhh just look at the sky"

Alangkah indahnya bintang bintang yang berkelipan di langit. Mata Rania tidak berkelip melihat keindahan maha pencipta itu.

"Rania"

"Hm" Rania masih fokus terhadap langit.

"Kau nampak bintang tu?"

"Yep"

"Kau nak tahu tak" Rayyan memegang kedua dua bahu Rania. Mereka bertentangan mata sebentar.

"Kau bagaikan bintang di atas langit. Kau buat hidup aku yang gelap keseorangan bercahaya, keindahan yang ada pada diri kau sama seperti bintang. Kau lengkapkan hidup aku Rania Rafesya"

Bertubir kaca mata Rania. Apa aku salah dengar? Betul ke ? Bukankah ini mimpi ?

"Aku ada lagu untuk kau"

Di antara beribu bintang
Hanya satu yang paling terang
Di antara berjuta orang

"Kau yang paling aku sayang. Rania, i love you so much. Sejak dari kita jumpa di Pulau Pinang lagi"

Terkedu Rania. Sungguh dia tak mampu mengungkap kata kata. Bunyi tangisan jelas terdengar. Rayyan memeluk Rania dengan penuh kasih sayang. Belakang diusap perlahan lahan.

"Kenapa kau menangis?" pelukan dileraikan.

"Sebab saya takut" air mata masih lagi turun.

"Takut?"

"Saya takut saya tak dapat balas cinta awak. Sejujurnya belum ada lagi rasa cinta saya kepada awak dalam hati. Maafkan saya Rayyan"

Rayyan senyum kelat. Namun dia gagahkan jua hati yang sedang perit dan sakit mendengarkan kata kata Rania.

"It's okay. Aku faham. Jangan nangislah. Serupa beruk je aku tengok"

"Amboi! Jahatlah!" Rania tertawa.

Satu jam mereka menikmati keindahan bintang bintang itu. Mereka pun pulang kepenatan.

sungguh hati ini pedih
terguris dengan kata katamu sayang
mengapa sukar kau mahu ungkapkan cinta ?
satu ubat yang bisa mengubat luka di hati ini
melihat kau tersenyum sudah memadai.

MR PERFECT MILIK AKU !Where stories live. Discover now