12

158 12 0
                                    

Rayyan membelek jam tangan DW  nya. Jarum menunjukkan pukul 10;30 malam.

"Aduh..... Macam mana aku boleh kerja sampai lewat malam ni" itulah workaholic sangat Rayyan ni. Seminggu ni dia tak shooting  sebab ada banyak lagi kerja yang dia tak siapkan sejak dia shooting sebuah  drama di Pulau Pinang hari tu.

"Nampaknya office dah gelap, staff semua dah balik aku jelah yang tinggal" Rayyan bercakap sendiri.

Pintu pejabatnya diketuk. Eh? Bukan semua pekerja dah balik ke?

"Masuk"

Rania berjalan mendekati Rayyan yang sedang berdiri di hadapan sofa di ruang tamu pejabat.

Berdehem Rayyan "Kau tak balik lagi ke?"

"Ni kertas kerja yang encik arahkan untuk disiapkan encik boleh semak sekarang" Rania tidak memandang muka Rayyan. Tunduk je dia kenapa?

'Allah pesal kepala aku pening sangat ni, tak mampu nak angkat kepala' Rania bermonolog sendiri.

"Rania aku minta maaf tau. Akuuuu" belum habis percakapan Rayyan, Rania rebah di dalam dakapannya. Nasib baik Rayyan sempat sambut.

*********

Rania membuka matanya perlahan lahan. Matanya sedikit silau kerana berada di bawah lampu yang terang. Dia sedang terlantar di atas katil .

"Saya kat mana ni" Rania berasa sangat lemah dan pening. Rayyan yang tidur di sofa pelawat tersedar.

"Kau dekat hospital"

"Bukan saya dekat pejabat ke tadi? Apa dah jadi, saya nak balik lah" Rania cuba untuk turun dari katil tetapi dihalang oleh Rayyan.

"Tadi kau pengsan. Doktor cakap kau letih dan kurang darah. Aku minta maaf"

Tertawa Rania"Jap kenapa nak minta maaf"

"Rania, aku serious ni. Aku minta maaf sebab aku bagi kau banyak kerja sampai kau tak dapat rehat" rasa bersalah menyelubungi diri Rayyan. Rania terdiam. Rambut yang menutup sebelah mata Rania diselak ke belakang telinga. Sungguh Rania terkejut dengan tindakan Rayyan itu.

"Kau kena duduk kat hospital ni 2 hari pasal bil biar aku yang settlekan. Aku minta maaf tau"

"Aaaaaaaa ssss...s.ssaya nak ke tandas sekejap" laju je Rania berjalan ke tandas.

"Amboi, demam pon cergas eh" tersenyum Rayyan.

Hampir satu jam Rayyan menunggu. Mana entah Rania tak keluar keluar dari tandas.

"Satu jam aku kat dalam ni. Harap harap mamat hipocrit tu dah balik" Rania menguak sedikit pintu tandas.

"Mak kau naik belon !" terkejut Rania melihat Rayyan berdiri betul betul di hadapan pintu tandas. Baru sahaja Rania ingin menutup semula pintu tandas tetapi ditahan. Tangan sasa Rayyan mampu menahan tolakan pintu dari Rania.

Kini, Rania sudah tidak berdaya lagi untuk menahan pintu. Rayyan masuk ke dalam tandas dan mengunci pintu tandas dari dalam.

"Encik, saya rasa encik tak eloklah masuk tandas dengan saya" bergetar suara Rania.

"Kenapa tak keluar tadi?"

"Aaaaa saya nak keluar lah ttttapi sssaya rasa nak masuk balik hehe" sebaris gigi putih Rania tayang. Semakin hampir jarak Rayyan dan semakin mengundur Rania dibuatnya sehinggalah Rania tersepit di antara singki dan Rayyan.

"Aku tahu kau malu kan?"

"Mmmm.... mmane ade!" Rania masih ingin menafikan.

"Oh tak mengaku eh.... Kalau kau tak mengaku aku cium kau!" tersenyum gatal Rayyan.

"Iye saya malu! Tolong jangan apa apakan saya !!!!" Rania merayu sambil tutup mulut.

"Shhhhhhh keep quite Rania nanti nurse dengar. Kenapa tutup mulut?" menunduk Rayyan yelah Rania ni pendeklah.

"Nanti encik cium"

Ketawa Rayyan "Kau nak ke?"

Laju Rania menggeleng "Taknak!!!!!" makin kuat Rania menekup mulutnya sendiri.

"Kau ni comel lah!" dicubitnya pipi halus Rania lalu neninggalkan Rania seorang di dalam tandas. Merah padam muka Rania.

Berdehem Rania"Encik tak balik rumah ke?" malu masih menguasai diri.

"Kalau aku balik pun bukan ada isteri nak dihadap dekat rumah. Itulah aku ajak nikah dulu taknak" selamba badakje Rayyan menjawab sambil bermain handphone.

"Hek eleh dah ada sorang nak dua pulak. Ada yang masuk icu japgi"

"Siapa?  Bella? Hahahaha dia sepupu aku je lah, tadi dia bergurau dengan kauje. Aku takde apa apa hubungan dengan dia .Sorry tau"

"Saya tak tanya pun plus ada saya kesah?" roll eyes gituuuu.

"Aku bagitahu benda betul je. Takpayah nak perasan. Dah pergi tidur, meh aku selimutkan"

Rania hanya memerhati tingkah laku Rayyan. Baik betul lah Rayyan Danial ni.

"Thanks" senyum Rania kepada Rayyan.

"Kau jangan perasan aku tolong sebab kau pekerja aku je " Rayyan terus beredar keluar untuk pulang ke rumah. Masuk satu jam setengah dia  temankan aku. Rania apa lagi senyum tak lekang lah malam ni sampai ke telinga !




MR PERFECT MILIK AKU !Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt