Perlahan lahan Rania menghendap. Dah macam pencuri aku berjalan. Baru sahaja Rania ingin mengeluarkan camera nikon nya entah silap mana dia terpijak kucing yang lalu di hadapannya. Terjerit Rania.
"Arghhhhhh!!!!!! Ya Allah ya tuhanku mana pulak datang kucing ni!!! Dekat hotel pun ada kucing ke !" Rania mengalihkan kucing itu ke tepi. Baru sekejap hilang pulak dah pelakon Aizat ni. Tepuk dahi Rania. Dia duduk mencangkung bercakap dengan kucing.
"Kau tahu tak, aku dah terlepas dia! Kalau kau tak gatal lalu depan aku takdenye aku terlepas target! Nasib baiklah kau ni comel eee!!!!!!" geram Rania melihat kucing di hadapannya itu. Dia memang hantu kucing. Dekat rumah sewa dia dengan kawan pon dah ada tiga ekor kucing.
Rayyan berjalan dengan dingin sekali. Bodyguard dan pengurusnya terpaksa berjalan laju untuk mengejar majikan mereka. Eleh Rayyan ni takfikir oranglain ke selfish!
"Farah, Abdul korang tak payahlah ikut aku ke bilik cukup sampai lobby ni je"
"Emmm tapii Tan Sri...." takut takut Farah bercakap.
"Korang kerja dengan aku ke Tan Sri? Aku bayarlah gaji korang! Abdul kau inform dekat Tan Sri cakap aku tak balik. Aku stay hotel je" penatlah nak balik lagipun shooting tadi dekat Pulau Pinang. Jauh kot nak balik Kuala Lumpur. Abdul hanya mengangguk. Dia dan Farah berlalu pergi.
********
"Allah, penatnya aku. Jadi wartawan ni memang susah kalau dekat Australia pi Australia lah aku hari ni. Nasib baik Pulau Pinang je. Farhan ni mana entah tak sampai sampai. Cakap pi beli coffee je" tangan Rania masih lagi membelai kucing di hadapannya. Ahh ada aku kesah terkangkang kat sini pon takde hal lah. Bukannya ada orang pun. Sunyi jeeeee.Tiba tiba seorang jejaka berhenti di hadapannya. Kaki je nampak sebab Rania kan duduk mencangkung. Wuihhh kasutt macam mahal kaki macam menawan makin atas makin atas zapppppp. Ternganga mulut Rania. Mata tak berkelip. Apakah. Omaigodddddd!!!!!!!!!!!! Rayyan Danial ke tu !!!!!!!!!!! Berseri seri muka Rania.
Rayyan memetik jarinya di muka Rania beberapa kali. Dah kenapa pompuan ni.
"Excuse me?"
"Oh sorry sorry mengelamun"
Rayyan menggoyang goyangkan tangannya tanda dia nak lalu. Hek eh pompuan ni dahla cakap dengan binatang lepastu duduk tengah jalan. Gila ke.
Rania berdiri. Dia bersalam dengan Rayyan.
"Oh, terima kasihlah nak kenal dengan saya. Saya tak tahu pulak awak ni ramah dengan orang biasa sampai nak berjabat tangan hehe. Saya Rania peminat awak" tersengih sengih Rania. Rayyan blurr. Aik bila masa pulak aku ni nak bersalam dengan dia. Aku suruh dia ke tepi kot. Laju Rayyan menarik tangannya.
"How dare you touch my hand! Who give you permission to do it! Omaigod. My hand is allergic with woman. Tepi sikitlah orang nak lalu. Gila pompuan ni" Rayyan menolak Rania sampai teralih badannya. Apaje daya dia nak menahan tolakan orang sado ni ceh.
"Hek eleh poyo punya artis. Dalam tv bukan main dekat luar sombong. Oiiiiii aku tak heranlah dekat kau Rayyan !!!!!" jerit Rania. Allah apa ke bongok jugak aku ni! Perasan sungguh. Laju Rania berjalan menuju ke lobby.
"Mana Farhan ni! Bencik ah tertunggu tunggu camni" tiba tiba pandangannya teralih dan melihat susuk badan dua orang lelaki tu.
"Eh macam Aizat yes dah jumpa! Duduk sini sekejap. Encik Nikon masa untuk beraksi!" Rania cepat cepat duduk di meja cafe di lobby itu. Dia asyik menangkap gambar dengan banyak. Tanpa sedar ada seorang lelaki di belakang kerusinya. Lelaki itu menutup mulut Rania. Camera yang ada di tangannya diletakkan di atas meja.
"Kau wartawan eh. Aku nampak kau ambik gambar artis tu . Jangan bergerak" terkaku Rania . Allah kantoi ke. Matilah nak. Tekekek Farhan ketawa. Oh kenakan aku eh mamat ni!
"Ha Ha Ha lawakla Nia ni. Cakap berani usik sikit dah takut" terbahak bahak Farhan ketawa.
Rania memukul bahu Farhan yang duduk di sebelahnya. Hannnnnnn!!!! Mengaduh sakit Farhan.
"Okay okay Farhan minta maaf. So ada perkembagan tak?"
"Okay. Jom tengok gambar yang aku snap ni. Aku nampak Aizat ni berjumpa dengan seorang lelaki tapi taktahulah siapa tak jelas sangat. Mungkin Encik Nikon aku nampak kot" Rania melihat skrin kameranya. Dia meneliti satu persatu gambar yang diambil bersama Farhan . tapi hampeh semua gambar lelaki tu taknampak. Belakang je nampak. Eh kejap! Ada satu Alhamdulillah syukur. Tak sabar Rania nak zoom . Terbeliak mata Rania. Rayyan Danial !
"Aip apa pulak Rayyan Danial ni buat dengan Aizat ish curious lah. Ada duit pulaktu dia kasi kat Aizatt"
"Farhan dah cakap dah. Memang ada udang di sebalik batu. Rania handle lahya" Farhan menyedut minumannya menggunakan straw.
"Eh! Kenapa pulak aku yang handle. Selalunya kau ada temankan ! " mana boleh aku sorang. Aku mana pandai . Aku baru lagi dlm bidang ni. Tak pasal pasal Tuan Azhar mara lagi. Haritu dah kena marah sebab takdapat hasil selama sebulan bekerja.
"Nia, Nia kenalah usaha sendiri. Farhan sengaja tinggalkan Nia sorang tadi sebab nak Nia berdikari sendiri. Sampai bila nak bergantung dekat Han. Han pun ada kerja Han. Lagipun Tuan Azhar akan pecat Nia kalau Nia still takdapat bahan selama sebulan ni. Han taknak Nia kena pecat" senyum Farhan. Baik betul hati Alif Farhan ni. hm
"Hm betul cakap kau, okay mulai sekarang aku akan berdikari cari bahan sendiri dan bekerja keras!! Aku taknak kena pecat!! Aku akan usaha!!!" berkobar kobar semangat Rania tiber. Siap letak tangan di dada pulak tu tanda semangat. Farhan hanya tersenyum. Seronok tengok Nia senyum taklah sedih macam selalu.
"Bagus! Han akan support Nia dari belakang! Macam ni lah yang Han nak! Go Nia go Nia rambo!!" excited lebih pulak dia. Mencuka muka Rania. Riak muka Farhan seperti bertanya kenapa.
"Kau samakan aku dengan rambo! Whatta!" bercekak pinggang Rania. Iyelah dah macam rambo. Kasar betul. Kuat pulak tu. Kedua dua mereka ketawa happy.
![](https://img.wattpad.com/cover/189059963-288-k264679.jpg)
STAI LEGGENDO
MR PERFECT MILIK AKU !
Storie d'amore[ COMPLETE ] *************** Soalan yang sering bermain di minda Rania Rafesya kini sudah terjawab. Mengapa hatinya semakin membenci lelaki bernama Rayyan Danial ? Perasaan ego dan benci semakin menghilang setelah Rania dan Rayyan bersama namun , ba...