40

168 9 0
                                    

Matahari mulai naik. Jam loceng berbunyi menandakan pukul 7 pagi.

Cepat-cepat Rania bangun.

"Ya Allah suami aku!" meskipun hatinya sudah remuk atas layanan suaminya namun dia tetap gigih ingin memastikan semua benda lengkap. Baju, breakfast walaupun hakikatnya semua baju yang diseterika tidak pernah disentuhnya walau sekali.

Gigih sahaja Rania menggoreng nasi goreng di dapur. Memang tak laratlah memasak bawak perut besar macam ni. Nak buat macam mana? Aku kena ambik hati suami aku balik.

Rayyan terhidu bau yang menyelerakan dari atas. Dia menapak turun ke bawah. Mesti bini aku masak ni.

"Hubby, jum breakfast" Rania takut takut hendak bercakap. Garang sahaja muka Rayyan.

"Takpayah. Aku jijik nak makan makanan yang kau masak" selamba sahaja Rayyan menjawab.

Pedih sangat hati Rania tika ini. Namun masih kuat untuk tersenyum.

"Takpalah, err hubby boleh temankan saya tak? Hari ni saya ada check up tak larat nak memandu"

"Naik teksi lah. Ajak aku pesal"

Sampai hati awak Rayyan. Hanya disebabkan silap kecil dan silap yang sudah lama awak layan saya teruk macam ni.

Bunyi ketukan pintu dari luar. Rayyan hendak membuka namun ditahan oleh Rania.

"Takpe takpe biar saya buka"

Muncul pula Bella di hadapan pintu. Senyum Rania mati.

"Hi Rania. Baby! Jum breakfast" Bella memaut lengan Rayyan. Rayyan hanya menurut.

Air mata tolonglah! Suka sangat nak keluar. Hati Rania sudah tidak tahan! Aku benci kau Rayyan!

"Jangan nak happy sangat!" Rayyan menjeling Bella sekilas.

"Alaaa you yang suruh I berlakon en depan pompuan tu! " bagi Bella masih belum mencukupi kerana belum mendapatkan Rayyan.

"Please jangan berlakon over sangat. Gelilah" Rayyan menyirup air kopi.

"Fine!" Bella menggulingkan anak mata.

******
Rania menunggu lama di ruang tamu. Hati sudah teruja kerana hari ni merupakan ulang tahun perkahwinannya bersama Rayyan. Genap setahun mereka berkahwin. Meja dipenuhi dengan makanan yang sungguh lazat. Kek red velvet juga dia tempah dari bakery. Di atas kek bertulis

Happy One Year  Anniversarry My Hubby

Bunyi enjin kereta jelas kedengaran. Rasa hendak berlari ingin mendapatkan suaminya namun atas faktor kandungannya yang sudah mencecah 8 bulan dia hanya berjalan perlahan.

Rayyan terdiam. Sungguh dia lupa hari ini merupakan ulang tahun perkahwinannnya bersama Rania. Dia hanya kaku di depan pintu.

"Hubby. So........ Pergi sini" Rania menarik tangan Rayyan pergi ke meja ruang tamu.Sungguh Rania rindu akan tangan suaminya.

"Happy anniversary!!!!" Rania menghadiahkan satu ciuman di pipi Rayyan. Rayyan masih lagi diam.

"Sayang ada hadiah tau!" sekotak hadiah dibuka.

"Tada!!!! Manchester City jersey untuk hubby!!!!! Sayang pun ada jugak satu" Rania membuka baju itu lalu dia seperti menyukat-nyukat di badan Rayyan.

Perlahan-lahan Rayyan mengambil baju itu. Ditikamnya jersey itu ke muka Rania.

"Kepala hotak kau anniversary!" tempik Rayyan. Kek red velvet diangkat dan ditikam ke atas lantai rumah. Hancur kek itu.

"Sampai hati hubby kan" air mata berlinangan.

"Ni! Lepas kau lahirkan budak ni aku akan ceraikan kau!" Rayyan menunding jari ke arah perut Rania.

Apa aku salah dengar? Rayyan nak ceraikan aku? Mana janji awak untuk saya sebelum ni!

"Budak ni anak awak!" air mata semakin deras mengalir. Jelas kedengaran esakkan Rania. Rayyan memberi pandangan maut.

"Aku tak pernah ada anak dengan pompuan tak sedar diri macam kau!!!!!!" Rayyan menyusun langkah untuk naik ke bilik.

"Sampai anak awak sendiri pun awak taknak mengaku Rayyan. Saya benci awak!!!!!!!!" sungguh kasihan anak ini. Bapa sendiri tidak mahu mengaku bapa.

Rayyan bersandar di belakang pintu bilik. Matanya merah. Menitis jua air mata lelaki.

"Allah, apa aku cakap ni" menyesal dengan percakapannya tadi kerana tidak mahu mengaku bahwa anak yang dikandungkan ialah anaknya sendiri.

"Kenapa Rania? Kenapa? Aku sayangkan kau separuh mati! Kenapa kau buat aku merana, sakit sebab terpaksa seksa kau! Tolonglah Rania jangan baik sangat! Kau buat aku rasa bersalah!" pintu bilik ditumbuk. Merah tangan Rayyan. Air mata lembut mengalir.

Rayyan melihat bungkusan beg yang ada di atas meja solek. Perlahan-lahan dia mengambil bungkusan itu.

Di dalamnya terdapat satu kotak. Oh satu camera berada di dalamnya. Bila masa pula Rayyan membelinya?

"Kalau Bella tak memberitahu perkara tu pasti aku dan kau hidup bahagia sampai kau lahirkan anak kita tapi aku berterima kasih juga pada Bella. Kalau dia tak bagitahu sampai bila-bila kau takkan cerita. Sakit hati aku!" Rayyan mengeluarkan satu kad yang sedia ada di dalam bungkusan itu.

Semoga anak kita akan menjadi anak yang soleh dan solehah. Sayang ingat tak? Dulu hubby pernah rosakkan camera sayang. Ha! Inilah hadiah dan penghargaan hubby sebab dah bagi zuriat untuk hubby. Hubby nak sayang tangkap dan simpan kenangan cinta kita dalam camera ni. Biar camera ini menjadi bukti cinta mama dan papa untuk bakal anak-anak kita masa depan nanti. I don't love you, but I really love you sweetheart. You're my shiny star. You're my heart, my life, my soul, my love, my cutie.

You're everything sweetheart. Can't describe how I really really love you sayang. Semoga Allah bagi kesihatan yang baik sepanjang sayang hubby ni berjuang melahirkan anak kita.Semoga dipermudahkan.

Demi Allah, hubby cintakan sayang sampai syurga.

-sayang cinta dari hubby.

Makin galak Rayyan meratap hadiah itu. Rupanya sebelum Bella beritahu dia perkara sebenar itu Rayyan beli satu hadiah buat isteri dia. Sebagai ganti dia rosakkan camera isteri dia dulu juga. Air mata tidak henti-henti mengalir.

MR PERFECT MILIK AKU !Donde viven las historias. Descúbrelo ahora