Bunyi alunan azan dari seseorang membuatkan Rania tersedar. Suara tu.
"Allahuakhbar Allahuakhbar, Lailahailallah"
Rayyan sedang mendukung bayi mereka sambil mengazankan anak lelaki mereka itu.
"Sayang dah sedar?" Rayyan tersenyum manis.
'Ya Allah, jika ini mimpi tolong jangan sedarkan aku dulu. Aku ingin merasa saat bahagia terakhir bersama suamiku. Meskipun semua ini hanya mimpi.
"Hubby, kenapa tinggalkan Rania?" air mata Rania mengalir.
"Hubby minta maaf. Hubby tak kuat. Sayang jangan bersedih. Hubby sentiasa ada bersama sayang"
"Rania rindu hubby"
Rayyan tersenyum manis.
"Sayang hero kita" Rayyan meletakkan bayi itu di sisi Rania.
"Rizz Darwish" serentak Rayyan dan Rania menyebut nama itu. Tertawa mereka.
"Sayang ingat nama idaman hubby?"
"Mestilah ingat"
"Sayang rehatlah, hubby taknak kacau"
"Hubby jangan pergi lagi" Rania sudah mula menangis.
"Sayang, hubby dah cakap jangan nangis. Hubby keluar dulu, assalamualaikum. Tutup mata tu" Rayyan mengucup lembut ubun-ubun isterinya. Rania akurkan sahaja. Dia menutup jua matanya.
******
Sudah empat hari Rania berada di hospital. Rizz Darwish pula sudah normal dan sihat. Rania pula sudah boleh balik. Walaupun berat untuk dia pulang ke rumah, namun dia harus kuat demi Rizz."Umi, Abi, kenapa balik rumah Rania?" Rania sayu melihat rumahnya dan Rayyan.
Datin Hasma tersenyum. Tan Sri Kamal juga tersenyum. Rania tidak faham. Rizz didukung oleh Datin Hasma. Tan Sri Kamal membawa beg pakaian Rania.
"Syaz? Kau buat apa kat sini? Eh Bella? Amran pun ada?" mereka bertiga hanya tersengih. Pehal dengan semua orang ni? Buka sahaja pintu rumah Rania kaku. Takkan mimpi lagi? Apa ini benar? Realiti?
"Selamat pulang sweetheart" Rayyan yang sedang duduk di atas kerusi roda membawa sejambak bunga ros dan menyerahkannya kepada Rania.
Rania masih lagi tercengang. Dia menutup mata rapat.
"Sayang kenapa tutup mata?"
Rania membuka semula mata. Kenapa dia tidak bangun dari tidur? Mengapa masih berdiri di hadapan Rayyan?
"Hubby, tolong, jangan seksa Rania" air mata Rania turun.
"Seksa apa?"
"Hubby selalu muncul dalam mimpi Rania. Rania nak tenangkan diri hubby"
Rayyan tersenyum.
Datin Hasma, Bella, Tan Sri Kamal, Amran dan Syazana masuk ke dalam rumah.
"Rania, ni Rayyan. Rayyan masih hidup Rania" Datin Hasma pula menggosok lembut belakang badan Rania sambil bayi yang didukung diberi kepada Rayyan.
"Tapi, ha ha haritu doktor cakap"
"Shhhhh. Listen here sweetheart"
flashback
Seorang nurse memanggil doktor yang membedah Rayyan.
"Doktor, jantung pesakit berdegup semula"
"MasyaAllah, pesakit masih hidup. Kamu semua bagi pesakit alat pernafasan"
Amran dan Bella yang sedang duduk kaku di luar terdiri melihat doktor keluar dari bilik pembedahan dan memanggil mereka.
"Cik, Encik, saya ada berita gembira. Jantung Tuan Rayyan berdegup semula. Alhamdulillah, pesakit dapat diselamatkan. Jantung pesakit hanya berhenti 2 minit"
Amran dan Bella tersenyum syukur. Allah, besar sungguh kuasa mu. Sungguh jodoh Rayyan dan Rania sangat kuat.
end of flashback
Rania menangis lagi.
"Sayang, tolong jangan menangis. Hubby tak dapat nak peluk sayang, hubby tak mampu nak berdiri"
Rania tersenyum. "Alhamdulillah, syukur ya Allah"
Miracles always happen
Kesemua mereka menyambut Rania gembira.
Bella yang sedang duduk di tepi kolam villa Rayyan dan Rania termenung. Dia masih memikirkan siapa lelaki dan wanita tiga hari lepas.
"Hai"
"Eh, Doktor Amran" Bella tersenyum.
"Tak payahlah doktor bagai. Am je"
"Ha, okay Am"
"Amran Ridzuan" Amran memperkenalkan dirinya.
"Aina Nabila" giliran Bella pula memperkenalkan dirinya.
"Amboi! Nampaknya kita ni nak dapat menantu baru lah kanda" Datin Hasma menegur dari jauh. Yang lain hanya ketawa.
Bella dan Amran tersipu malu.
"Hubby, sayang syukur sangat sebab Allah masih lagi bagi sayang peluang untuk hidup bersama hubby"
"Jodoh kita kuat sayang" Rayyan tersenyum.
"Jadi, memang betul lah hubby lawat sayang hari tu dekat hospital? Bukan mimpi?"
"Sayang tak mimpi. Hubby betul-betul lawat sayang. Hubby minta maaf sebab hubby takda bersama sayang semasa melahirkan Rizz"
"It's okay hubby"
Terima Kasih Ya Allah. Kau masih lagi memberi kebahagiaan kepada aku dan dia.
Kan sis dan cakap ada surprise! Ni lah surprise nya!!!!! Yeayyyy Rayyan masih hiduplah! Walaupun keadaannya yang lemah memakai kerusi roda dan rambut nya yang sudah botak itu tidak menjadi penghalang kepada dua mempelai tu nak bahagia tauuuuuu 😝😝😝 tak sampai hati sis nak biar Rania tersiksa bersama Rizz Darwish tanpa Rayyan tau!😢 Korang rasa lelaki dan wanita yang dilihat Bella tu siapa ekkkk teruskan membaca kk❤ MPMA dahnak sampai ke penghujungnya. Sis nak ucapkam terima kasih kepada readers yang sentiasa sabar menunggu sis update cerita ni. Hmmmmmmm thanks tau! Tak lupa juga sis nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua💕
BINABASA MO ANG
MR PERFECT MILIK AKU !
Romance[ COMPLETE ] *************** Soalan yang sering bermain di minda Rania Rafesya kini sudah terjawab. Mengapa hatinya semakin membenci lelaki bernama Rayyan Danial ? Perasaan ego dan benci semakin menghilang setelah Rania dan Rayyan bersama namun , ba...