15

163 10 0
                                    

Ramai orang sedang berhenti untuk melihat kejadian kemalangan itu. Rayyan yang sudah nyawa nyawa ikan di dalam kereta dengan dahinya yang dipenuhi darah dan kakinya tersepit di bahagian pedal minyak. Kemek keretanya sangat teruk.

Rania berlari lari menuju ke tempat kejadian. Rayyan sudah dikeluarkan oleh pihak polis dan sedang terlantar di atas jalan hanya separuh sedar.

"Ya Allah encik!!!! Tolong bangun! Encik ! Saya minta maaf! Encikk bangun!!!!!!" laju air mata Rania turun sambil memeluk Rayyan yang sedang berdarah.

"Rania........" sempat Rayyan memanggil nama Rania dan senyum. Akhirnya tertutup jua mata Rayyan.

**********
Sudah satu jam Rania sedang menunggu di hospital. Banyak wartawan yang datang. Abdul menjaga di hadapan pintu ICU. Dia tidak membenarkan seorang pun wartawan yang mengambil gambar Rayyan.

"Em siapa di sini keluarga Rayyan?" seorang doktor lelaki keluar dari bilik kecemasan itu.

"Saya PA dia" terdiri Rania melihat doktor tersebut.

"Oh, kalau macam tu okaylah. Encik Rayyan dah stabil sekarang cuma masih belum sedarkan diri. Kepala dia pula mengalami luka yang dalam sedikit sehingga kami terpaksa menjahitnya tulang kakinya pula retak dan telah dirawat  tapi semuanya insyaAllah baik"

"Alhamdulillah. Boleh saya masuk?"

"Boleh silakan tapi jangan terlalu lama sebab pesakit perlukan rehat yang cukup"

Rania menguak pintu bilik kecemasan itu. Sayu hatinya melihat Rayyan sedang dibalut kepala dan memakai alat pernafasan. Rania duduk di sisi Rayyan.

"Encik..... Saya minta maaf. Kalau saya dengar cakap encik pasti semuanya takkan terjadi" air mata diseka. Dia tidak mahu Rayyan melihat dia menangis. Rasa bersalah menyelubungi diri.

"Rania" lemah suara yang memanggil Rania.

"Eh, encik dah sedar? Doktor !!!! Nurse !!!!"

********

"Okay baiklah keadaan Encik Rayyan betul betul stabil sekarang ni. Saya keluar dulu lah ya" Doktor Shafiq melangkah keluar bersama dua orang jururawat.

Tersenyum Rania " Selamat malam encik"

"Selamat malam Rania. Thanks" Rayyan menggenggam tangan kanan Rania. Rania terkedu.

"Baik jugak kau ni kan. Kau ada masa aku susah. Thanks"

"Err encik, takpayah lah pegang hehe tak selesa"

"Abaikan. Aku selesa bila dengan kau. Aku suka"

"Em ssssa sa sa saya nak ke cafe   ada nak pesan apa apa ?" laju Rania mengalih tangan.

"Nothing except you" Rayyan bercakap sambil menutup mata. Senyum diukir tampak ikhlas.

Jantung Rania berdegup laju. Merah padam pipi dia. Laju Rania melangkah keluar. Tersengih sengih Rania terkenangkan Rayyan.

"could you find a way to let me down slowly a little sympathy i hope you can show me"

Ringtone call berbunyi.

"Hm nak ape?"

"Amboi Nia. Semenjak Nia viral ni sombong ek"

"Viral? Amende kau ni?" Rania kehairanan.

"Nia tak baca artikel ke? Okay japgi Han send tau" talian dimatikan.

Notification WhatsApp berbunyi.

"Han send a photo"

Nia; Astaghfirullahalazim. Ni aku kan? Jangan cakap kau yang viralkan!
                 
typing.........

                                        Han; Well. Han minta maaf tau Nia. Han terpaksa. Han nak tolong Nia. Tinggal tiga hari je lagi, Tuan Azhar nak jugak benda tu. Sekarang ni Rania tak perlu dah kerja dengan Rayyan Danial tu. Han nak jumpa Nia? Mcd.

Sakitnya hati Rania membuak buak. Tak sangka kawan yang disangka kawan dah tikam belakang dia. Eh? Bukan ke sepatutnya Rania gembira sebab dah dapat controversy yang hot nanti takdelah kena buang kerja en? Okay. Rania sebenarnya rasa bersalah untuk menyebarkan apa apa pasal Rayyan. Selama seminggu dia kenal Rayyan. Rayyan baik sangat.

Dia memecut laju Myvi menuju ke mcd yang dikatakan oleh Farhan tadi.

MR PERFECT MILIK AKU !Où les histoires vivent. Découvrez maintenant