20

178 10 0
                                    

Pejam celik pejam celik hari perkahwinan Rania dan lelaki yang tidak dikenali hampir tiba. Tinggal sehari je lagi. Esok dahnak kahwin.

"Amboi, Cik Rania! Besok nak kahwin masih lagi sibukkan diri di kedai kan" salah seorang pekerja menegurnya.

"Eh kamu ni Salina. Walaupun saya nak kahwin esok, business pun tetap kena nombor satu" okay itu alasan je sebenarnya. Kalau korang nak tahu. Ha Ha Ha hari ni aku kena fitting baju pengantin, nak uruskan hantaran, hiasan pelamin lagi. Ah serabutlah! Aku tak kenalpon siapa bakal suami aku !

"Baiklah boss"

Rania kembali meneliti satu persatu produk yang ada di dalam kedai itu. Seorang wanita cuba menghampirinya.

"Hoi!"

"Oi mak kau tak cukup produk!" sudah. latah lagi.

"Aduh, Nia ni bila nak berubah nye? Buat malu sajalah latah engko!" terbahak bahak Syazana ketawa.

"Kau dah tahu aku melatah kenakan lagi! Omaigod babe!!!!!! Rindu kau!!!!!!!" Rania memeluk Syazana dengan penuh erat.

"Eeee tak payahlah over sangat. Eleh semenjak kau jadi orang kaya ni sombong eh taknak jemput aku dah pi kedai kau!"

"Amboiiii sejak bila pulak kau ni kisah pasal make up make up ni! Bukan kau ni sejenis lelaki plus garang ke?" tertawa Rania.

"Jahat kau kan! Hm sejak aku bersama si diaaaaa" tersengih sengih Syazana. Terkejut gila Rania. Weh siapa malaun yang dapat pikat hati keras batu kawan aku nih hahaha.

"Wow! Siapa tu...... Tak nak share kat aku ke?"

"Aidil!"

"Weh!!! Seriouslah Aidil! Pembaca berita yang hot tu!!!! Aums!"  tersipu malu Syazana.

"Esok kau dah nak jadi isteri orang"

Rania diam sejenak " Iyelah tu"

"Kau kena banyakkan bersabar ajelah! Mana tahu bakal suami kau tu handsome macam pelakon! Ha Rayyan Danial tu! Kan bahagia hidup kau!"

Asal banyak banyak nama artis kenapa nama mamat mental tu jugak lah keluar.

"Banyaklah kau punya handsome! Jangan lupa pulak jadi pengapit aku esok!!!"

"Alright boss!"

Tengah malam pun tiba. Rania yang sekejap ke kiri sekejap ke kanan tak senanglah nak tidur! Nervous punya pasal lah ni! Rania turun dari katil menuju ke bilik air.

"Nak buat solat istikharah lah"

Rayyan yang sedang duduk di atas sejadah menadah tangan tanda berdoa.

"Ya Allah, bergelarnya aku seorang suami esok sungguh menakutkan diriku. Aku takut jika aku tidak dapat membimbing bakal isteriku kelak ke jalan syurgamu, aku takut jika aku tidak dapat membuat tanggungjawab. Kau maha mendengar lagi maha mengasihani, kau cekalkan lah hati ini, kuatkanlah hati ini, demi bakal isteriku. Kau kuatkanlah jiwa dan raga kami semasa berdepan dengan dugaan rumah tangga. Sesungguhnya aku ingin menjadi imam buat bakal isteriku Rania Rafesya selama lamanya. Amin" air mata bergenang sedikit. Rayyan menyeka dengan cepat. Sungguh dia takut akan reaksi Rania pada esok hari.

Usai solat istikharah, Rania berdoa.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. Jika benar ini ialah jodoh yang sudah tertulis untukku, sungguh aku redha dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Kau kurniakanlah seorang suami yang bertanggungjawab, penyayang dan baik rupa parasnya mahupun fizikalnya. Kau kurniakanlah pengetahuan agama yang cukup buat bakal suamiku. Kau tabahkanlah hati ini dalam menempuhi hari akad esok, sesungguhnya aku memohon agar dapat terus menjadi makmum bakal suamiku nanti. Amin ya robbal alamin"

*********

Degupan jantung kian berdegup laju. Solekan simple yang dikenakan membuat Rania terlihat anggun dan cantik. Purdah yang dipakai ialah atas permintaan pihak lelaki. Baju jubah putih yang berkilat sedikit membuat Rania tampak ayu.

Okay, readers bayangkan situasi Rania dan Rayyan sekarang ni bersama dengan lagu istikharah cinta. sigma.

'bersaksi cinta di atas cinta dalam alunan tasbih ku ini menerkam hati yang tersembunyi, berteman di malam suci penuh doa...... istikharah cinta memanggilku.....'

okay cukup hehe. maaf kalau lirik salah sis confident je.

Syazana yang duduk berhadapan dengan Rania memandang Rania risau. "Kau okay tak ni?"

"InsyaAllah aku okay. Cuma..... Aku nervous agaknya macam manalah rupa bakal suami aku tu. Boleh ke aku terima dia?"

"Kau ni kan.... Tak payahlah fikir negatif. Ini namanya jodoh. Allah dah aturkan jodoh kau dengan dia. Kau sabar dan redha eh. Dah, jum gerak"

Ramai orang sedang berkumpul di masjid. Rania yang duduk bersimpul tidak mampu mengangkat kepalanya. Debaran semakin hebat apabila namanya disebut.

"Rayyan Danial bin Kamal, sebagai wali aku nikahkan dikau dengan anakanda tercinta ku Rania Rafesya binti Renny dengan mas kahwin 800 ringgit tunai"

Terasa getaran di tangan Rayyan. Dalam hati tidak henti henti berzikir dan menyeru nama yang esa! Nervous gile!

"Aaaa... Aku terima nikahnya Rania Rafesya binti Renny dengan mas kahwin 800 ringgit tunai"

Setelah lafaznya akad Rayyan dan Rania sah menjadi sepasang pasangan suami isteri yang halal. Rania sudah tidak perasan dengan nama Rayyan dek kerana debaran yang dirasa.

Sedang Rania mengalirkan air mata sambil menunduk, ada yang memanggil namanya lembut.

"Rania...."

Rania masih tidak mengangkat kepalanya. Air mata semakin deras mengalir.  Rayyan memegang dagu kecil Rania. Tak berkelip Rania. Apakah? Mimpi ke? Rayyan? Suami aku? Rania hilang kata kata.

"Jangan nangis.... Tak eloklah" Rayyan tersenyum sambil tangannya membuka purdah. Tangan kasar Rayyan menyeka air mata gadis itu perlahan. Cincin diambil dari dalam dulang. Teragak agak Rania menyuakan tangannya.

"Jangan malu" sekali lagi Rayyan tersenyum. Dia menyentuh lembut tapak tangan Rania dengan tangan kiri manakala tangan kanannya sudahpun menyarungkan cincin yang bertatahkan crystal yang berkilat dan cantik. Rania masih lagi hilang kata kata.

"Rania.... Cium tangan suami kamu tu" Datin Hasma yang duduk disisi Rania berbunyi. Rania akurkan sahaja. Dia mencium lembut tangan suaminya itu. Rayyan perlahan lahan mengucup dahi Rania dengan penuh kasih sayang sambil menitiskan air mata. Sungguh dia terharu kerana berkahwin dengan perempuan yang dicintai.  Cepat cepat dia menyeka air matanya. 

Sesi bergambar semua sudah selesai. Kini tinggal Rania dan Rayyan yang sedang berdiri di hadapan pintu muka masjid kerana ingin bersalaman dengan tetamu.

"Kenapa kau diam" Rayyan memeluk erat pinggang Rania.

"Tak payahlah peluk"

"Rania, please. Demi Abi Umi dan Daddy" Rania akur jua.

Bella berjalan sayu dan sakit hati yang terlalu membuatkan dia menjeling tajam wajah Rania.

"Congratulations Danny. Semoga bahagia bersama Rania tu" senyum tidak ikhlas diukir. Rania tersenyum menang.

Hari ini pun berlalu dengan pantas dan memenatkan sehingga majlis yang seterusnya pada sebelah malam.

MR PERFECT MILIK AKU !Onde histórias criam vida. Descubra agora