29

152 9 0
                                    

"Farhan! Astaghfirullahalazim! Apa nak jadi dengan kamu ni" mengalir air mata orang tua itu.

"Kau senyapla! Ni semua sebab kau! Kalau kau paksa Rania dia mesti jadi bini aku!" Farhan menengking ibunya.

"Ya Allah Farhan.….. Dahla tu nak, Rania tu dah kahwin dengan orang lain. Sudah sudahla tu ganggu rumah tangga orang lain..... Bersyukur sebab mereka tak lapor kepada polis tentang apa yang kamu buat !!!"

"Mereka yang bodoh! Aku takkan berhenti !! Rania pasti jadi milik aku!"

"Farhan!!! Kenapa kamu macam ni? Dulu kamu bukan macam ni!" Puan Diya yang sedang meronta ronta dibiarkan.

"Ibu terpaksa bagitahu Rania sebelum kamu cuba lakukan perkara buruk !"

"Jangan!" Puan Diya berkeras mahu berjumpa dengan Rania.

Pum! Satu das tembakan terlepas dari pistol seludup yang ada di tangan Farhan. Puan Diya yang sudah berdarah di perut terlantar di luar rumah. Berlari Farhan mendapatkan ibunya.

"Iii ii ibu Ha ha han tak sesengaja......." teresak esak Farhan menangis sesal akan perbuatannya sendiri.

"Berhentilah nak....." suara separuh sedar itu kuat untuk menasihati anaknya. Akhirnya nyawa yang dipertahankan wanita tua itu sudah ditarik. Innalillah.

Jiran jiran yang keluar melihat kejadian serta merta menghubungi pihak polis. Farhan pula sudah menghilangkan diri dek kerana takut akan diburu polis.

Satu lorong yang sunyi menjadi tempat persembunyian Farhan.

Dia menjerit kuat " ini semua sebab kau perempuan!!!! Aku hilang kerja! Aku hilang tempat tinggal! Aku hilang ibu!!!!" satu penumbuk digenggam.

Sakit pasti berakhir dengan dendam
Namun dendam hanyalah racun
Racun yang akan membunuh jiwa
Matilah jiwa seorang lelaki yang ceria kini suram dengan hati yang penuh dendam

**********
"Sweetheart"

"Eh hubby, kenapa?" Rania tutup handphone dan memandang suami tercintanya di sebelah.

"Kepala hubby sakit. Pening sangat sangat" Rayyan baring di atas riba Rania.

"Eeee macam budak budak lah hubby ni! Kat mana pening tu"

"Kat sini" Rayyan menarik tangan Rania untuk menyentuh bibirnya.

"Hey! Sakit sakit pun gatal kan" Rania mencubit bahu suaminya.

Mengaduh sakit Rayyan.

"Urut kat sini sayang. Pening sangat ni"

"Itulah sibuk sangat dengan kerja. Jadinya hubby ni stress sebab tu pening" Rania mengurut perlahan.

Rayyan pun tertidur di atas riba Rania. Tersenyum gadis itu. Kesian suami aku.

MR PERFECT MILIK AKU !Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz