31

152 8 0
                                    

"RANIAAAAAAA~" sekali lagi suara itu mengganggu Rania.

"Pergi!!!!!" mimpi buruk melanda dirinya. Rayyan yang sedang tidur di sebelah turut tersedar.

"Rania?"

Rania memeluk Rayyan kuat.

"Kenapa ni? Mimpi buruk ke ?"

Semakin erat pelukan Rania.

"Rania takut... Ada orang kacau Rania tadi"

"Shhhhhh hubby kan ada apa nak takut. Dah, jangan risau mimpi tu mainan tidur je"

"Hubby janji takkan tinggalkan sayang tau!" pelukan dileraikan.

"Janji! Dah sambung balik tidur"

"Wait!"

"Apalagi sweetheart?"

"Panasnya badan! Hubby demam ke?!" Rania menyentuh dahi suaminya. Panas!

"Demam biasa je"

"Kenapa tak cakap"

"Dah cakapp pagi tadiii tapi orangtu letak handphone"

Rania senyap sejenak. "Risaulah. Pening semalam dah okay?"

"Takde apelah sayanggggg okay dah ni! Hubby kan kuat"

Rania turun dari katil.

"Nak pergi mana tengah tengah malam ni?"

"Nak pergi ambil tuala dan air nak tuam dekat kepala hubby boleh turunkan panas badan tu"

"Takpayahlah. Esok esok je"

"Hm. Kalau macam tuuuu jum pergi klinik nak!" Rania menarik tangan sasa Rayyan.

"Ya Allah sayang ni! Klinik apa malam malam ni! Esok je lah. Hubby okay. Hubby dah besar"

"Betulni? Risaulah sayang" Rania mengusap lembut kepala suaminya dengan penuh kasih sayang.

"Iyeeeee ha! Baik sayang ambil wuduk je"

"Nak solat apa pukul 12 ni?" jam dinding dikerling.

"Wuduk bukan untum solat je sweetheartttttt"

"Habistu?"

"Wuduklah, supaya hati tu tenang, takdalah mimpi buruk lagi"

"Hubbyyyyyyy" suara manja dibikin Rania.

"Jangan buat macam tu boleh tak! Tergoda hubby mendengarnya. Nanti hubby kerjakan baru tahu!" hidung Rania dicuit.

"Eeee gatal kan! Temanlah sayang ambil e
wuduk" Rayyan mengiringi ratu istana ke tandas yang ada di bilik mereka.

*******

Ting! Kedengaran bunyi cawan yang jatuh dan pecah!

Rania membuka kedua dua matanya.

"Hubby kenapa ni?"

"Sayang kepala hubby sakit.... Hubby nak makan ubat tadi" perit yang dirasa tika ini dikepalanya.

"Takpayah makan ubat. Kita pergi klinik lah! Rania tukar baju dulu" amboi tak mandi okay abaikan.

*********

Setelah sampai di klinik kepala yang sakit sudah hilang.

Rayyan dan Rania duduk di atas kerusi yang telah disediakan di hadapan meja doktor.

Telefon berdering. Aduh time time emergency ni lah client sibuk nak call.

"It's okay sayang, jawablah mana tahu penting" Rania keluar sebentar setelah meminta izin suaminya.

"Tuan ni Rayyan Danial bin Kamal ke?"

"Aaaa yes. Kenapa ?"

"Wehhh tak ingat aku lagi ke! Mentang mentang dah jadi pelakon terkenal sekarang ni!"

"Woiii botak !! Kau ke!!! Tak sangka kau jadi doktor sekarang ni!" Amran Rizuan atau botak. Kawan baik zaman sekolah Rayyan. Mereka terpisah kerana masing masing masuk ke universiti yang berlainan.

"Woi! Botak tu takleh buang ke?"

"Haah lah. Mana boleh boleh panggil botak lagi kau dah ada rambut!"  tertawa Rayyan.

Tiba tiba Amran bertukar serious.

"Okay serious pulak. Kau datang nak buat check up kan?"

"Haaa kepala aku ni pening sangat dari semalam"

******
Rania masuk semula setelah beberapa minit di luar.

"Suami saya okay doktor? Risaulah"

Rayyan mencelah "Hubby okaylah. Biasalah demam biasa je ni. Hubby kan kuat bekerja tak cukup rehat sebab tu stress jangan risaulah kan Am?"

Sempat Rayyan mengerling Amran
"Errr haaaa betul tu. Demam biasa je puan"

"Oh baiklah. Itulah hubby ni kuat sangat bekerja! Eh hubby kenal ke doktor ni?"

"Ha lupa nak bagitahu, ni Doktor Amran. Kawan lama hubby masa sekolah. Tak sangka jumpa kat sini sayang"

"Hai doktor, saya Rania Rafesya"

"Gila tak kenal! Business woman terkenal ni kan! Saya salah seorang pengguna produk puan hehe"

"Amboi kau! Okaylah kitorang balik dulu lah! Nanti lepak mamak bro!" Rania mendahului keluar dari bilik itu.

"Thanks bro"

"Hm. Takpe cuma aku risaulah apa apa call aku bro!"

"No hal" Rayyan menepuk bahu Amran.

"Sayang tak kerja ke?"

"Mc lah nak jaga hubby"

"Eeee hubby boleh jaga dirilah"

"No! Lagipun Rania belum mandi lagi ni"

"Patutlah busuk " tertawa Rayyan namun di sebalik tawa risau menyelubungi diri.

"Eeee ! Okay sayang pandu eh?"

"No! Hubby pandu"

"Mana boleh hubby sakit !"

"Eh eh budak kecik ni melayan kita macam sakit tenat!"

"Iyelah!" Rania menuju ke tempat duduk penumpang bersebelahan dengan tempat duduk pemandu. Kaki dihentak hentak tanda protes.

Cinta tidak akan dapat dipisahkan walaupun ada yang memisahkan
Hanya mati yang dapat memisahkan dua hati yang sedang mencintai
Semoga kau panjangkan umur dan hayatku
Kesihatan yang lebih baik untukku
Demi bersama isteri tercintaku
Amin.

MR PERFECT MILIK AKU !Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang