Amir memandang ke arah lelaki tersebut..
Kini, mereka berdua saling bertentangan mata..
...
"Err.. Hai?" Sapa lelaki itu dengan bajunya separuh basah. Kemeja putihnya itu jelas kelihatan tompokan air hujan. Lelaki itu cuba untuk kelihatan tenang walaupun tengah gugup.
Amir masih lagi terdiam sambil mengerutkan dahi dan bibir dimuncungkan dengan manja. Mukanya dalam kehairanan memandang ke arah lelaki itu.
Mereka berdiri berjauhan hanya beberapa meter. Amir yang menggigil kesejukkan teruskan sahaja memandang lelaki di hadapannya itu tanpa sebarang kata.
"Awak masih tak kenal saya ke?" Sambung lelaki itu lagi dengan sedikit senyuman kekok. Mukanya seperti ada secebis harapan.
"Hummm?" Amir cuba mengingati lelaki yang terpacak berdiri di hadapannya itu siapa. Setelah beberapa saat, Amir tersenyum.
"Oh ya! Saya ingat. Ini abang yang jatuhkan ais krim saya dekat mall tadikan, kan?" Amir bersuara dengan nada ceria walaupun tubuhnya menggigil kesejukkan.
"Haa.. Err.. Haah." Balas lelaki itu sambil memutarkan bebola matanya ke kiri dan ke kanan. Kedua-dua belah tangannya diletakkan di belakang poket seluar. Dia terasa hampa dengan jawapan yang di berikan oleh budak terencat akal itu. Bukan itu jawapan yang dia ingin dengarkan.
"Haha.. apa lah abang ni. Kenapa abang cari saya hah? Saya dah maafkan abang ah. Jangan risau." Balas Amir sambil menggigit kuku.
"A.. abang nak hantar awak balik. Boleh kan?" Perlahan lelaki itu membalas dengan sedikit senyuman di bibir. Lelaki itu cuba untuk bertindak selamba. Tidak mahu kelihatan kekok. Dia harus mencari alasan yang bernas agar dia dapat merapatkan dirinya dengan budak terencat akal di hadapannya ini.
"Tak naklah. It's okay abang. Mama Amir tak bagi ikut orang yang tak kenal." Balas Amir.
"Hmm, habis Amir balik naik apa ni? Tunggu mama ke?" Tanya lelaki itu lagi.
Amir hanya menggelengkan kepalanya.
"Habis tu?" Lelaki itu mengerutkan dahinya.
"Amir tunggu grab tapi Amir tak pandai guna grab." Balas Amir dengan bendul.
"Habis tu? Tunggu teksi? Duit ada?" Tanya lelaki itu lagi.
Amir menggelengkan kepalanya lagi.
'Allah.. kesiannya.' Kata lelak itu dalam hati dengan rasa sebak. Tak sangka, keadaan Amir menjadi lebih buruk setelah mereka 'terpisah' selama tiga tahun.
"Kalau tak ada duit, macam mana nak naik teksi? Macam mana nak naik grab?" Lelaki itu bersuara kembali setelah terdiam beberapa saat.
Sejenak Amir cuba untuk berfikir..
"Haah, yalah."
"Jadi.. takpe kan abang hantar Amir balik. Kesian Amir Hari dah lewat nak malam. Hujan pulak tu, duduk sorang-sorang. Bahayalah." Lelak itu cuba untuk meyakinkan Amir.
Amir masih terdiam.
"Jangan risau, abang bukan orang jahat." kata lelaki itu sambil hulurkan tangannya ke arah Amir dengan segaris senyuman pada bibirnya.
Amir membalas senyuman lelaki itu, lalu dia menyambut tangan lelaki yang dia tidak kenali dengan penuh yakin dan percaya.
"Okay, tapi Amir taknak bayar tahu!" Katanya sambil diselit ketawa.
"Hmm, yelah.." Balas lelaki itu seraya memegang bahu Amir lalu dia menutup kepala Amir dengan tapak tangannya, takut Amir basah terkena hujan lagi.
Mereka berdua berlari masuk ke dalam perut kereta sepantas yang boleh. Setelah masuk ke dalam kereta mereka menarik nafas lega, akhirnya mereka dapat berteduh di tempat yang selesa.
Amir terdiam sambil keningnya berkerut..
"Kenapa Amir?" Tanya lelaki itu turut mengerutkan keningnya.
"Bau perfume kereta abang ni macam Amir pernah baulah tapi Amir tak ingat." Balas Amir dengan dahi masih berkerut.
Lelaki itu terdiam dan wajahnya menjadi suram. Tiada jawapan yang keluar dari mulutnya. Ya, Amir tentunya tahu bau perfume kereta ini kerana dia pernah 'bau' perfume kegemarannya ini tiga tahu lepas.
"Okay dah, Amir pakai tali pinggang. Nanti ada polis abang yang susah."
"Okay!" Sahut Amir ceria sambil menyarungkan tali pinggang keledar keselamatan. Serta merta perwatakkannya berubah ceria kembali.
"Sebelum tu, nah ambik kain ni lap badan Amir yang basah tu. Kang sejuk pulak." Ucap lelaki berkemeja putih itu sambil mengambil satu kain tuala bersih berwarna putih dari belakang lantas dia menyerahkan kepada Amir.
"Thank you abang." Balas Amir, lalu dia mengambil kain itu untuk mengelap tubuhnya dengan kalut.
Lelaki itu tersenyum sahaja melihat tingkah laku comel penumpang disebelahnya ini. Setelah enjin kereta di hidupkan, mereka berdua terus berdesup laju pergi dari tempat itu.
"Amir, saya rindu sangat dekat awak." Bisik hati lelaki misteri itu seorang diri.
YOU ARE READING
HANYA RINDU |BL| (COMPLETED)
RomanceKisah cinta yang terlarang telah memisahkan mereka berdua selama tiga tahun. Pertemuan yang tidak di jangka telah menemukan mereka kembali. Namun, segalanya telah berubah kerana Amir mengalami hilang ingatan dan dia langsung tidak mengenali siapa Ji...